Showing posts with label Farah Diana. Show all posts
Showing posts with label Farah Diana. Show all posts

26 July, 2013

Iftar with Farah Diana a.k.a Farah AF

Assalammualaikum... Actually nie story pasal event yg hapen sebelum Iftar dgn Ofismate hari tu, tp posting selepas entry Iftar Double Tree pulak.. tertinggal story nie... so hari nie bila ada free time sikit kita share gambar2 sewaktu majlis berbuka bersama Farah Diana a.k.a Farah AF a.k.a Farah Breep Breep. Walaupun x banyak tapi boleh la buat kenangan....

Actually lama tak jumpa Farah nie, last jumpa masa Wedding dia kat Putrajaya 2 tahun lepas... Lama dah kut, dia pun dah ada anak sorang Elsa...dah besar pun... Iras-iras habis muka Johan, Husband Farah...comel.. 2-3 minggu sebelum Puasa, FFC dah inform nak buat berbuka puasa nie (awal tu plan), so memandang aku memang dah lama x jumpa dia, so aku pun join la sekali event nie, plus mewakili kawan-kawan Fadam Fanatic yg lain yg tak dapat join... Ptg yg fun.. seronok jumpa budak-budak trek yg dah bertahun x jumpa... eh budak ke?... dah jadi pak mak budak nie semua... hehehe...

Majlis Berbuka bersama Farah berlangsung secara santai... lebih kepada macam perjumpaan kawan-kawan lama yg dah lama x jumpa...

Iftar Bersama Farah Diana & FFC
Tarikh : 20hb Julai 2013
Tempat : Restauran Istana Bambu



menu-menu semua not bad.. makan sampai x larat nak balik.. hehehe..


Ketibaan Farah bersama keluarga, baby Elsa, Johan, Aimi, Wawa dan Asraf (abg Farah) sekeluarga. Uncle & Aunty je yg x de sebab ada emergency kes di kg.

Comel si Elsa nie...geram tgk...


adik makin cantik la... badan dah fit balik...suka tgk... dia ckp exercise sebab kena dukung Elsa hari-hari...hehehe..


Farah & Aimi sempat lagi buat keek video tuk fans... ;)
snap sebelum Balik..ketara muka dua-dua dah kepenatan... Thanks Farah for the all those memori sepanjang 9 tahun nie (bulan depan masuk 9 tahun dah kawan-kawan semua....)
 


Terima Kasih FFC... Terima Kasih Roon FFC sebab usaha anda kita semua dapat berjumpa semula setelah sekian lama... thankss all of you... Luv u...

19 October, 2011

Paper KOSMO 19Okt2011




Farah tidak berlagak diva

MUZIK asli Thailand beralun lembut, mendayu-dayu menghiasi ruang lobi Hotel The Imperial Mae Ping, Chiang Mai, Selatan Thailand. Biasan sinar suria melimpahi ruang lobi dan terpanah cantik pada wajah pengacara Rasa Halal Orient Astro Oasis, Farah Diana Anuar, 26, atau Farah Akademi Fantasia (AF).


Dari situ, penulis lihat wajah penyanyi lagu Antara Dua itu begitu gembira dan teruja bercerita mengenai kejutan yang diberi oleh suaminya, Johan Johari, 26, ketika dia menjalani penggambaran di Bangkok, Thailand.


Farah tidak menyangka suaminya sanggup datang ke Bangkok semata-mata untuk berjumpa dengannya. Biarpun kedatangan suami ke kota Bangkok hanya tiga hari iaitu 1 hingga 3 Oktober lalu, ternyata ia berbaloi buat pasangan itu melepaskan rindu. Maklumlah, baru dua bulan lebih berkahwin dan menyulam cinta sebagai suami isteri, Farah dan Johan terpaksa berjauhan hampir tiga minggu demi tuntutan kerja si isteri.

"Jika dulu sebelum kahwin saya hanya fikir pasal diri sendiri. Tetapi selepas berkahwin otak asyik melayang pada suami. Tetapi, bila fikir-fikirkan balik elok juga berjauhan sekejap dengan suami. Dari situ barulah saya fikir mengenai objektif perkahwinan," katanya kepada media yang mengikuti penggambaran program Rasa Halal Orient di Chiang Mai, Thailand, pada 5 hingga 8 Oktober lalu.

Biarpun berjauhan, Farah yang juga merupakan penyanyi dan pelakon itu tidak pernah putus mengirimkan khabar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) setiap hari kepada Johan. Begitupun, Farah bersyukur kerana suami sangat memahami kesibukannya sebagai pengacara.
"Selama enam tahun bercinta lagi kami jarang berjumpa. Kadang-kadang dua atau tiga bulan sekali baru berjumpa. Disebabkan itu sehingga kini saya merasakan macam saya dan dia baru bercinta. Ada benda yang masih perlu disesuaikan lagi," katanya ketawa.

Tidak cerewet


Pandai menjaga tingkah laku sepanjang masa dan tidak membuatkan orang di sekelilingnya terasa hati dan menyampah, selain tidak cerewet soal makan jika dibawa ke mana sahaja oleh pihak produksi Rasa Halal Orient menjadi sebab mengapa Farah masih menjadi pilihan pengacara program travelog popular itu selama enam musim berturut-turut.

PENGGAMBARAN Rasa Halal Orient di Thailand disulami kegiatan bersama haiwan.
Saat diajukan soalan mengenai Farah kepada krew produksi ternyata sikapnya sangat disenangi oleh mereka. Salah seorang krew produksi, Nurjannah Mohd. Salleh yang juga bertanggungjawab bagi bahagian perolehan Astro Oasis memberitahu, walaupun Farah merupakan seorang selebriti dan juga pengacara program tersebut dia tidak pernah merungut mengenai makanan dan juga tempat makan yang dibawa oleh pihak produksi.
Tidak timbul langsung rungutan seperti tekak tidak boleh terima makanan negara lain selain makanan yang dijamukan tidak sedap daripada mulut comel Farah. Maka tidak hairanlah, selama pengacara berzodiak Capricorn itu berada dalam industri nyanyian mahupun di bidang pengacaraan tiada langsung suara sumbang dan kontroversi yang diperkatakan melainkan kisah cintanya bersama penyanyi Adam AF yang hanya bertahan hanya beberapa ketika sahaja.

"Alhamdulillah, saya masih diperlukan untuk mengacara program Rasa Halal Orient. Maklumlah sudah berkahwin. Saya ingat mereka akan cari pengganti lain," katanya yang memberitahu sering membuat rujukan demi memantapkan program yang dipikulnya.

Menjadikan program Travel & Living sebagai panduan pengacaraan, Farah mengaku tidak mahu nampak bodoh di hadapan penonton rancangan itu kerana tidak tahu apa kandungan yang terkandung dalam makanan yang dimakannya.
"Farah sayangkan program ini. Jadi, Farah akan fikirkan sesuatu yang lain untuk diterapkan dalam program ini.
"Untuk musim keenam ini, Farah ada berbincang dengan tenaga produksi untuk memasukkan istilah-istilah makanan. Farah juga akan pastikan apa bahan-bahan yang terkandung di dalam makanan yang Farah makan," katanya.

Fokus menyanyi

Sudah lama tidak menyanyi dan merakamkan lagu, kali terakhir Artis Harapan Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM 12) itu keluar dengan album Antara Dua pada tahun 2005 dan Fantasia pada tahun 2009.

FARAH tidak merancang keluarga. Dia menerima jika diberi rezeki hamil awal.
"Untuk album Fantasia ia tidak dapat dipasarkan walaupun Farah sudah rakamkan hampir 10 buah lagu dengan Aidit Alfian dan juga Ajai. Memang sangat kecewa tetapi nak buat macam mana ketika itu syarikat yang menguruskan kerjaya nyanyian Farah bermasalah," katanya yang rindu untuk aktif menyanyi semula.


Tidak mahu meninggalkan dunia nyanyian yang disukai, Farah akan kembali aktif menyanyi pada tahun depan. Untuk permulaan, dia baru sahaja merakamkan lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang berjudul Warisan Hawa untuk program Ustazah Pilihan. Artis Baru Wanita Popular ABP 2005 itu juga memberitahu, masih menerima jemputan menyanyi pada hujung minggu jika mempunyai kelapangan.


Menyentuh mengenai kehidupan sebagai seorang isteri, kata Farah, dia kini sudah banyak mengenali bahan-bahan mentah dalam masakan. Jika diuji dengan jenis-jenis sayur Farah tiada masalah untuk membezakannya.
"Sejak mengacara program makanan, Farah dah tahu banyak benda mengenai masakan. Farah juga sudah cuba masak sambal udang untuk suami. Cuma lauk kegemarannya kari ikan masih belum Farah cuba buat," katanya terus terang.
Beralih soal anak pula, Farah memberitahu masih belum ada rezeki. Dia juga mengaku tidak merancang untuk mendapatkan anak.
"Farah ada dengar kalau orang rancang anak lepas itu susah nak dapat. Farah terima sahaja kalau dikurniakan anak pada bila-bila masa," katanya lagi.

19 July, 2011

Selamat Pengantin Baru Farah Diana

Jumaat lepas aku attend wedding yg selama nie aku tunggu2.. Perkahwinan Farah Diana bt Anuar (Farah AF2)......cewahh kalau tanya zaman2 7-8 tahun dulu aku amaginekan Farah punya pasangan is orang lain, but now secara jujurnya aku suka pilihan dia skrg... Terima kasih kepada Uncle Anuar atas jemputan yg telah di berikan... amat2 menghargainya... Oleh kerana jemputan utk Akad nikah Farah Diana nie amat2 la terhad je, so aku, Yus dgn Ibu Khaty shj yg dapat hadir mewakilkan member2 yg lain... tapi hari Sabtunya, di majlis resepsi Farah, kawan2 yg lain dan menyatakan persetujuan mereka utk hadir, dan secara x langsungnya pada ku dah jadi mcm reunion kawan2 mentrek yg lama.. suka, seronok jumpa ramai2 nie.... walaupun gambar pengantin aku x dapat snap byk sgt hari Resepsi tu tapi aku x rasa ralat sgt la di hati cz hari Jumaat tu aku dah dapat snap bertimbun gambar Farah di Akad nikah je... so aku puas hati, utk memberikan kawan2 yg lain hasil gambar2 dari kamera yg x berapa canggis ni di fotopages dan facebook.. Dlm blog nie aku upload sikit je lah je.. utk nikahnya aku dah upload dlm 70 keping lebih kat fotopages, gila banyak k... utk Majlis Resepsi lebih byk gambar kami2 dari pengantin...hehehe... nama pun perjumpaan kawan2 lama kan...




Lagi satu nak komen Majlis Pernikahan Farah ini diadakan di atas kapal Cruise, Putrajaya. Artis pertama yg bernikah di atas kapal..suka2, sgt santai majlisnya.. dan makanan2 yg di sediakan pun sedap2... termasuk lah makanan2 sewaktu majlis Resepsi hari Sabtu nya.. Dengan sekali lafaz Farah Diana telah sah menjadi isteri kepada Johan Johari. Alhamdulillah, Farah menerima wang hantaran berjumlah RM25,185 (mengikut tarikh lahir Farah), dan mas Kawin sebanyak Rm2,500. Majlis Resepsi Farah Diana berkonsepkan Love Lake Wedding (perkahwinan dalam taman), dan tetamu semua di dresscode kan as smart kasual, dia tak nak orang pakai melerat2 ku, cz dia buat outdoor kan, open area....majlis diadakan secara santai tidak mengikut protokal seperti majlis artis2 yg lain di Malaysia sblm nie. Tapi memang happening gila majlis Farah nie, orang ramai gila, press ramai, jurugambar pun ramai, sampaikan nak tgk Farah pun susah, gila hapening... walaupun orang kata dia low profile la x de gosip la, x byk masuk paper, magazine la, tapi wedding dia meletop gila2.... terharu tgkkk... baju dia sgt cantik, mackup dia sgt cantik.. konsep cantik, pelamin cantik..semua2 la cantik... hehehe.. so kepada


PERNIKAHAN FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI





Tarikh : 15hb Julai 2011.




Tempat : Cruise, Putrajaya




Masa : 4.00pm



FARAH DIANA SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAK NOR , SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...AMIN...

nak jugak... pembuka gambar, gambar sendiri la yea.. hehehe.. pose dgn Yus depan kapal Cruise sblm majlis bermula....


cantik baju nikah dia...geramm tgkkkk...


Alhamdulillah..




Terserlah seri Pengantin di wajahmu Farah...

Comel Farah ketawa bila di usik oleh para wartawan..


Ala-ala titanic gitu..curlassss ;p





Pose utk majalah2 & newspaper... standby la majalah2 hujung minggu nie, mesti byk gambar dia lagi...




Di temuramah oleh hampir semua stesen TV di Malaysia nie.. bagus2..

Pengantin bersama dgn keluarga Farah Diana..





Hazama antara artis yg hadir memeriahkan majlis pernikahan ini..

MAJLIS RESEPSI FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI



Konsep : Love Lake Wedding




Tempat : Maritime Putrajaya, Presint 5




Tarikh : 16hb Julai 2011




Masa : 8.30mlm.




Cantik kan pelamin dia.. mcm dalam taman cita fantasi.. penuh dgn bunga.. sweet, nice..
Sgt cantik k baju dia.. dua cantik, baju pengantin perempuan dan lelaki. Outfit kalau tak silap aku rekaan pereka Zery Zamri.. lawa kan?? mcm princess kan??

Senyuman manis si pengantin...




Ni la perangainya kalau dah lama x jumpa kan.. hehee..



background gambar nie sgt cantik ok..hehehe..

13 July, 2011

Jemputan FD..

Salam sejahtera..cewahh.. rasanya dah seminggu lebih x update nie kat sini.. sibuk tahap gaban kat ofis nie.. gaban pun x sibuk mcm ni rasanya.. huhuhu.. tahap otak merapu dah sampai... just nak share kat sini berkenaan jemputan yg aku terima baru2 nie... ermm kalau dari myspace aku dulu bertimbun gambar2 'adik angkat 'nie, tapi dlm blog aku low profile sikit, takut ada yg byk bunyi lak.. walaupun apa2 pun nak say thanks kat uncle Anuar cz percayakan ku utk turut serta 'mendistribute' kan kad2 undangan anak beliau kepada member2 yg berkenaan.. anak yg mana ni?..ala yg sorang tu... hehehe cik Farah Diana kita akan menjadi Puan Diana Jumaat nie.. Tahniah Farah in advance... (kalau tanya lagi Farah mana?.. Farah AF2 ya)... dulu pasal dia sanggup dtg dari Putrajaya ke Seremban utk wedding aku, so aku pun harusla berada di sana bila wedding dia pulak kan... x sabarnya.. di samping x sabar nak tgk dia jadi pengantin, x sabar jugak nak jumpa kawan-kawan mentrek lama kt sana... 6-7 tahun yg lepas...hissshhh byk kenangan dgn geng2 nie.. dulu masing2 terkinja-kinja lagi..sekarang semua dah ada life sendiri, dtg dgn husband and anak.. ohh my god sy sudah tuaaa...huhuhu.... kiranya dah mcm perjumpaan reunion secara x langsung la...





ohh seblm terlupa, aku masih blum finalis nak pakai baju apa??... adeii...




Kad Undangan majlis Pernikahan - 15hhb Julai.







Kad Undangan Majlis Resepsi Farah Diana - Unik kad nie, bentuk kipas..senang nak kipas bila panas kat sana nanti..hehehe..



27 June, 2011

Selamat Pengantin Baru Wan...

Selamat Pengantin Baru kepada adikku Dekwan. Semoga bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat... byk2 bersabar melayari alam rumahtangga... (cewwahh berckp dari pengalaman ye).. jgn gaduh2... sentiasa fikir positif dan selesaikan apa jua masalah dalam keadaan tenang. Akak sayang wan sentiasa... muahhhh22...






Pengantin : Siti Wan Mahani Bt Awang Kechik @ Dekwan & Badrul Nizam



Lokasi : Kg Ampang Campuran, Ampang



Tarikh : 25hb June 2011









ni dah mcm perjumpaan member2 lama nie.. paling lama x jumpa aunty nora & kak ira nie, dalam 3-4 tahun dah.. akhirnya jumpa gak smlm.. rindduuuuunyaa...
hehehe dah mcm reunion...;p


Pengantin dgn bakal pengantin cik Farah Diana Anuar kita.. next reunion jumpa kat wedding Farah pulakk bulan depan.. yezzeerr....

27 January, 2010

HAPPY BIRTHDAY 25TH FARAH...

HAPPY BIRTHDAY FARAH DIANA BT ANUAR... Happy 25th Birthday to u sis...








Birthday Farah kali nie di sambut secara sederhana... just a small gath tapi tetap meriah.. hehehe.. seronok mlm tadi... gabungan fans2 Farah dari FFC & FaDam sendiri, kepada yg hadir... tq u all semua.. lama x memekak mcm mlm tadi.... ;p. Apa2 pun... Happy Birthday yg ke-25 sis Farah Diana....



Birthday gurl with geng FFC...



Birthday gurl with FaDam members...

25 August, 2009

HAPPY 5TH ANNIVERSARY FADAM FANATIC





HAPPY 5TH ANNIVERSARY FADAM FANATIC.

Wow dah 5 tahun, sekejap je rasa…. Tak Tahu nak kata apa lagi… just I will always luv u all… Terima Kasih semua kerana terus-terusan menyokong kami. Di harapkan Persahabatan yg dibina selama 5 tahun ini akan tetap berterusan pada tahun2 yg mendatang. Amin.

Take care semua…



12 August, 2009

Farah, 9 & Emy..


Ermmmm nak mulakan dgn apa ni yaa… hehehe… rasanya dah lebih 2 minggu tak berupdate blog nie…. Kesibukan membataskan segalanya…cewahhh… Ok lah kita mulakan dgn Assalamulaikum kawan-kawan semua… salam sejahtera…sihat???... ada baik??.... harap2 semuanya sihat2 hendaknya…amin… Aku masih dgn ubat lagi this week cz last Friday sekali lagi aku ke klinik…MC lagi…wahhh lately kerap gila MC…. Aduhhh… antibody dah x kuat mcm sblm kawin dulu la rasanya….huhuhu…..

Tapi dalam sakit2 tu, masih lagi mlm nya blh lepak dgn Farah and geng… Oleh kerana racangan nya dah di plan awal utk celebrate belated birth Emy…nak–tak nak ku gagahkan jugak peig, tapi sblm pergi telan ubat dulu la… baru leh tahan sikit….. lama x lepak dgn Farah sampai midnight… berbulan2 rasanya x tanya khabar dia…sempat jugak dia perli kitorang cz dah lama x mentrek dia…hehehe… Mlm tu for the 1st time jugak aku face to face dgn 9 RE… wahhh dia nie, konon2 la pendiam atas stage (watak yg biasa dia bwk kalau kita tgk dlm show2)…sekali bila dah lepak… cakap non-stop la mamat nie…. Adeii… tapi dia siap perli jugak bila tgk kitorang berposing2 gambar dgn Farah, dgn gelagat2 yg mcam2 nie… blh ckp kitorang gila…sabar je lahh 9 oiii….. (gambar2 tidak dapat nak share cz kak reyna blum emailkan lagi…harap sabar yee… ;p )



Ermmm next week dah nak masuk Ramadhan… sekajap je kan rasanya… hari nie pun genap 8 bulan usia perkahwinan ku… pejam celik..dah nak Raya for 1st time as a wife… tak di sangka… btw, sblm aku menyambung tugasan ku yg dah sedia menimbun nie..nak wish TAHNIAH buat NOREMY BAITI or EMY... bakal ibu yg x blh duduk diam nie… hehehe.. nasihat akak utk Emy, jaga diri, kurangkan lompat2 dah, awak tu dah nak jadi mama dahh…. Akak doakan kesejahteraan mama to be Emy and the baby ok….

Oklah, that’s all for now.. kita sambung di lain entry sekiranya ada kelapangan lagi, (tp x tahu bila.. ;p)… take care semua..bye.

p/s : kak shah jgn mskkan nor dlm group update setahun sekali tau, kecik hati denn hehehe… peace


Credit picture diatas to En.Nine.

16 April, 2009

Review 2nd Album Farah @ Fantasia

Ok seperti yg aku mention kelmarin.. aku buat sedikit review tentang 2nd album Farah Diana.. sikit je... nak ulas panjang2 x berapa pandai lagi...hehehe... lagipun lama dah x buat review or report2 nie... otak tepu nak buat ayat dah...hahaha... nie just hasil tulisan ku sendiri tiada kena mengena dgn orang lain yaa.. harap maklum.

Review 2nd Album Farah Diana @ FANTASIA

Kalimah Indera
Lagu : Edrie Hashim
Lirik : Edrie Hashim

Bila first time dengar lagu nie terus terharu… Melodi yg indah, muzik arrangement pun best, mcm ada bunyi violin jugak rasanya…and vocal….x sangka begitu besar perbezaan suara Farah dari dulu dan sekarang… Ternyata beliau dah matang dlm membuat inforvasi suara dlm lagu ni…. Betul ckp Ramli MS sewaktu dlm AF dulu… memang penerbit lagu akan suka buat eksperimen dgn suara Farah…dari note yg rendah sampai la ke head tone.

Cinta Ini
Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Ad Samad

Cinta datangnya tak berancang
Satu kejutan manis
Tiada kuduga......


Lagu yang comel…nama pun lagu Aidit kan?...hehehe... suka lagu nie...lagu yg sweet and ringan... Tapi still good voice control dari Farah…. Boleh disarankan utk siaran Radio.

Kau Yang Bernama Cinta
Lagu :Ajai
Lirik : Abie

Lagu nie lagu yg pertama aku dengar utk koleksi 2nd album nie....dah dengar dari 2 tahun lalu lagi…sewaktu Farah buat IKON 2007 dgn Zoom In Bersama FADAM dulu….. mcm 1st lagu jugak…Ajai guna kan suara Farah dari yg paling low note sampai lah yg paling tinggi… secara jujurnya komenku utk lagu ni… lirik mcm terkena diri sendiri…hahaha..and melodinya terlalu “melo” utkku… and utk radio jugak, aku rasa kurang sesuai…terlalu balad….

Tak Pernah Ada
Lagu :Alim The Times
Lirik : Bakhtiar Effendy

Kau tak pernah ada
Kau tak pernah hadir
Saatku perlukan
Sinar kekuatan......


Lagu ini juga aku dah dengar sewaktu di semifinal IKON 2007 lagi. 1st time dengar aku dah mula suka..... ballad yg agak sedap jugakk walaupun aku x kenal sapa penciptanya. Aku lebih suka ballad yg nie dari yg 3rd one…hahaha..sorry Ajai…

Cinta Lagi
Lagu : Ajai
Lirik : Ajai

2nd lagu ciptaan Ajai utk album ni…. And yes this one I like the melody and the lyrics….. Panjang gak liriknya…hehehe…..lirik mcm perli pun ada…hahaha…. Rasanya kalau pertaruhkan lagu nie utk single radio, mungkin boleh di terima ramai. Cz lagu ni dlm kategori pertengahan… tidak terlalu ballad and tidak juga terlalu fast…..

Fantasia
Lagu : Aidid Alfian
Lirik : Ad Samad

2nd lagu Aidid utk album ni…. Mula dengar lagu nie bila Farah mula promosi sendiri di booth Power Root serata Malaysia… ditambah dgn kerjasama peminat2nya, membantu lagi promosi dgn meletakkan rakaman2 persembahannya dlm youtube. Lagu yg fast number and sesuai dgn suara dan attitude Farah yg terkenal dgn kelincahannya…. Dia bleh buat mcm2 aksi bila bwk lagu ni.

Grafiti Cinta

Lagu : Alim The Times
Lirik : Loloq (Al-Fatihah)

Halus rambut di belah tujuh
Halus lagi hati perempuan
Sayang bukan sekadar lafaz
Sayang harus selalu di belai....


2nd lagu dari Alim… but 1st lirik dari Arwah Loloq utk Farah dan kini menjadi yg terakhir…what a nice lyric, aku sukaaa. Terima Kasih Loloq…. Ditambah dgn melodi, errrmmmmm…hehehe aku rasa aku dah mula suka lagu2 ciptaan Alim nie…ada nada yg tersendiri…. Lagu nie pun aku suka jugak kalau terpilih utk ke radio….. ;)

Gembira Hidup Ini
Lagu : Ajai
Lirik : Abie

Lagu terakhir dlm album nie merupakan lagu yg di petik dari Soundtrack Filem Kayangan… mcm yg sedia maklum lagu nie fast number and enjoy bila mendengarnya di tambah dgn gelagat Farah kalau bwk lagu nie…hehehe… lagu ni dah mula bersiaran di radio dari tahun lepas lagi.

**k lah u all....tu je utk kali nie... budak kepoh dlm ofis nie dah masuk... i beter log off now...enjoy reading... see u next time....take care semua... adioosss....

14 April, 2009

2nd Album FARAH DIANA @ Fantasia...

Just nak share cover album Baru Farah Diana yg bru memasuki pasaran diberi judul "Fantasia".... walaupun marketing agak slow and kelam kabut gara2 syarikat rakaman baru shj istihar di tutup... tpi usaha FFC menjual Album ini melalui internet...amatlah di hargai.... sila ke laman web http://www.farahfanclub.com/ utk keterangan lanjut...



Aku nak buat review about this album..tp x sempat nak karang lagi..kerja tgh banyak... but InsyAllah akan ku cuba jugak review album nie sedikit masa nanti.....









**Ada beberapa lagu yg di keluarkan di saat2 akhir..antara lagu yg di keluarkan "9 Langkah" (judul asal 2nd album nie) & "CT lagi", tak tahu apa masalahnya.... pasal 9 Langkah tu, zeti & emy, tu lah suka sgt nombor 9 tu kan...dah kena keluar..... hehehe... badi ke??... opppsss....





Setelah 4 Bulan...


Kelmarin genap 4 bulan usia perkahwinan ku.... x sangka kan..rasa mcm sekejap je dah nak masuk setengah tahun... dlm masa nie jugak, emy dah pun selamat mengikut jejak langkah ku mendirikan rumahtangga... Dekwan jugak sudah selamat menjadi tunangan orang... betul la karang orang2 tua... masa amat pantas berlalu... mcm2 suka duka yg aku alami selama 4 bulan nie... Aku akui aku masih dlm process mengenali husband ku luaran dan dalaman... masih cuba belajar apa2 yg patut.... sedikit sebyk aku dah kurang rasa kekok skrg... cuba utk adaptasi kan beberapa perkara yg tidak pernah terlintas di fikiran ku nak buat sebelum nie... hahaha kelakar dgn sikap husband ku last week..terkejut dgn tingkah laku ku yg padanya tidak pernah di lihat sblm nie... well kena kena la buat suprise sekali sekala dlm perkahwinan kan.... baru la sesuatu hubungan tu akan manis sepanjang masa.....

k lah... sambung entry later k...hehehe..byk drawing nak kena submit this week.... x sabar nak tunggu weekends ni... miss my parents.... next weekends parents mertua di Kluang pulak.... kembali ke seremban awal bulan depan.... huhuhu, jaduallll adeiii, sesiapa yg ada agenda utk ku utk 3 kali weekends nie, harap maaf sekiranya tidak dapat dipenuhi, may be next time yaaa....... take care semua.... byee....

sekian.