19 July, 2011

Selamat Pengantin Baru Farah Diana

Jumaat lepas aku attend wedding yg selama nie aku tunggu2.. Perkahwinan Farah Diana bt Anuar (Farah AF2)......cewahh kalau tanya zaman2 7-8 tahun dulu aku amaginekan Farah punya pasangan is orang lain, but now secara jujurnya aku suka pilihan dia skrg... Terima kasih kepada Uncle Anuar atas jemputan yg telah di berikan... amat2 menghargainya... Oleh kerana jemputan utk Akad nikah Farah Diana nie amat2 la terhad je, so aku, Yus dgn Ibu Khaty shj yg dapat hadir mewakilkan member2 yg lain... tapi hari Sabtunya, di majlis resepsi Farah, kawan2 yg lain dan menyatakan persetujuan mereka utk hadir, dan secara x langsungnya pada ku dah jadi mcm reunion kawan2 mentrek yg lama.. suka, seronok jumpa ramai2 nie.... walaupun gambar pengantin aku x dapat snap byk sgt hari Resepsi tu tapi aku x rasa ralat sgt la di hati cz hari Jumaat tu aku dah dapat snap bertimbun gambar Farah di Akad nikah je... so aku puas hati, utk memberikan kawan2 yg lain hasil gambar2 dari kamera yg x berapa canggis ni di fotopages dan facebook.. Dlm blog nie aku upload sikit je lah je.. utk nikahnya aku dah upload dlm 70 keping lebih kat fotopages, gila banyak k... utk Majlis Resepsi lebih byk gambar kami2 dari pengantin...hehehe... nama pun perjumpaan kawan2 lama kan...




Lagi satu nak komen Majlis Pernikahan Farah ini diadakan di atas kapal Cruise, Putrajaya. Artis pertama yg bernikah di atas kapal..suka2, sgt santai majlisnya.. dan makanan2 yg di sediakan pun sedap2... termasuk lah makanan2 sewaktu majlis Resepsi hari Sabtu nya.. Dengan sekali lafaz Farah Diana telah sah menjadi isteri kepada Johan Johari. Alhamdulillah, Farah menerima wang hantaran berjumlah RM25,185 (mengikut tarikh lahir Farah), dan mas Kawin sebanyak Rm2,500. Majlis Resepsi Farah Diana berkonsepkan Love Lake Wedding (perkahwinan dalam taman), dan tetamu semua di dresscode kan as smart kasual, dia tak nak orang pakai melerat2 ku, cz dia buat outdoor kan, open area....majlis diadakan secara santai tidak mengikut protokal seperti majlis artis2 yg lain di Malaysia sblm nie. Tapi memang happening gila majlis Farah nie, orang ramai gila, press ramai, jurugambar pun ramai, sampaikan nak tgk Farah pun susah, gila hapening... walaupun orang kata dia low profile la x de gosip la, x byk masuk paper, magazine la, tapi wedding dia meletop gila2.... terharu tgkkk... baju dia sgt cantik, mackup dia sgt cantik.. konsep cantik, pelamin cantik..semua2 la cantik... hehehe.. so kepada


PERNIKAHAN FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI





Tarikh : 15hb Julai 2011.




Tempat : Cruise, Putrajaya




Masa : 4.00pm



FARAH DIANA SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAK NOR , SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...AMIN...

nak jugak... pembuka gambar, gambar sendiri la yea.. hehehe.. pose dgn Yus depan kapal Cruise sblm majlis bermula....


cantik baju nikah dia...geramm tgkkkk...


Alhamdulillah..




Terserlah seri Pengantin di wajahmu Farah...

Comel Farah ketawa bila di usik oleh para wartawan..


Ala-ala titanic gitu..curlassss ;p





Pose utk majalah2 & newspaper... standby la majalah2 hujung minggu nie, mesti byk gambar dia lagi...




Di temuramah oleh hampir semua stesen TV di Malaysia nie.. bagus2..

Pengantin bersama dgn keluarga Farah Diana..





Hazama antara artis yg hadir memeriahkan majlis pernikahan ini..

MAJLIS RESEPSI FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI



Konsep : Love Lake Wedding




Tempat : Maritime Putrajaya, Presint 5




Tarikh : 16hb Julai 2011




Masa : 8.30mlm.




Cantik kan pelamin dia.. mcm dalam taman cita fantasi.. penuh dgn bunga.. sweet, nice..
Sgt cantik k baju dia.. dua cantik, baju pengantin perempuan dan lelaki. Outfit kalau tak silap aku rekaan pereka Zery Zamri.. lawa kan?? mcm princess kan??

Senyuman manis si pengantin...




Ni la perangainya kalau dah lama x jumpa kan.. hehee..



background gambar nie sgt cantik ok..hehehe..

13 July, 2011

Jemputan FD..

Salam sejahtera..cewahh.. rasanya dah seminggu lebih x update nie kat sini.. sibuk tahap gaban kat ofis nie.. gaban pun x sibuk mcm ni rasanya.. huhuhu.. tahap otak merapu dah sampai... just nak share kat sini berkenaan jemputan yg aku terima baru2 nie... ermm kalau dari myspace aku dulu bertimbun gambar2 'adik angkat 'nie, tapi dlm blog aku low profile sikit, takut ada yg byk bunyi lak.. walaupun apa2 pun nak say thanks kat uncle Anuar cz percayakan ku utk turut serta 'mendistribute' kan kad2 undangan anak beliau kepada member2 yg berkenaan.. anak yg mana ni?..ala yg sorang tu... hehehe cik Farah Diana kita akan menjadi Puan Diana Jumaat nie.. Tahniah Farah in advance... (kalau tanya lagi Farah mana?.. Farah AF2 ya)... dulu pasal dia sanggup dtg dari Putrajaya ke Seremban utk wedding aku, so aku pun harusla berada di sana bila wedding dia pulak kan... x sabarnya.. di samping x sabar nak tgk dia jadi pengantin, x sabar jugak nak jumpa kawan-kawan mentrek lama kt sana... 6-7 tahun yg lepas...hissshhh byk kenangan dgn geng2 nie.. dulu masing2 terkinja-kinja lagi..sekarang semua dah ada life sendiri, dtg dgn husband and anak.. ohh my god sy sudah tuaaa...huhuhu.... kiranya dah mcm perjumpaan reunion secara x langsung la...





ohh seblm terlupa, aku masih blum finalis nak pakai baju apa??... adeii...




Kad Undangan majlis Pernikahan - 15hhb Julai.







Kad Undangan Majlis Resepsi Farah Diana - Unik kad nie, bentuk kipas..senang nak kipas bila panas kat sana nanti..hehehe..



04 July, 2011

Low Blood Presure..

Dah lama x kena..
Dulu-dulu selalu kena..
Tapi last year buat pertama kalinya doktor ckp darah aku tinggi..
so aku ingat dah x kena la..
Alih-alih hari nie pitam lagi kat ofis.
Pg la klinik.. alih=alih..
Doktor ckp tekanan darah rendah..
Aku ingat tinggi rupanya rendah..
haisshhh...