Showing posts with label FA-DAM. Show all posts
Showing posts with label FA-DAM. Show all posts

04 September, 2014

25hb August - 10 Years Fadam members

10 tahun dahulu...
Bermula 25hb August 2004 sehingga kini 25hb August 2014...
10 tahun dulu baru kenal mereka..
10 tahun dulu masih remaja..
10 tahun dulu we gain lots of new adventures. New experience..
10 tahun ni penuh dgn gelak tawa, senda gurau, diselang seli dgn dugaan tangis sekali sekala.
10 tahun dulu ada yg masih bersekolah, sekarang ramai dah berkeluarga sendiri, ada yg dah beranak pinak...
 
Tapi ukhuwah kita masih disini...
 
Saya sgt sayang dgn mereka semua..
 
Termasuk yg tidak dpt hadir majlis ulangtahun ke-10 nie..walaupun setahun merancang, tapi Tuhan yg menentukan segalanya... Apa2 pun kalian tetap di hati... dan tuk tuan rumah Farah Diana dan Adam, terima kasih diucapkan buat kalian berdua. Kerana kalian akak dpt kenal dgn begitu ramai org... dpt kenal mereka2 yg hebat ini.. rapat dari dulu sampai skrg  dah ibarat saudara sendiri.. aduii emo lak.. so sblm terlebih emo nor belanja gambar ni je lah ye.. :-D
 
cuba menampilkan konsep warna 10 tahun dulu...Ungu @ purple sentiasa warna pilihan di hati kami.
 
Lokasi : FLORA CAFE, KUALA LUMPUR
Tarikh : 16hb August 2014 (kami buat gath awal atas sebab masing2 tak available on 25hb)
Masa : 2pm
 
Terima kasih Zeti sebab settingkan semua dari booking sampai ke table set... cantik sangat semuanya.. food kt sini pun sedap2...walaupun tak ramai but we had so much fun... tq girls..
 
HAPPY 10 YEARS ANNIVERSARY FADAM MEMBERS
 










 


ulasan lain tuk event nie boleh tgk blog zeti.. http://thehopelesshomemaker.blogspot.com/2014/08/128-celebration.html

19 July, 2011

Selamat Pengantin Baru Farah Diana

Jumaat lepas aku attend wedding yg selama nie aku tunggu2.. Perkahwinan Farah Diana bt Anuar (Farah AF2)......cewahh kalau tanya zaman2 7-8 tahun dulu aku amaginekan Farah punya pasangan is orang lain, but now secara jujurnya aku suka pilihan dia skrg... Terima kasih kepada Uncle Anuar atas jemputan yg telah di berikan... amat2 menghargainya... Oleh kerana jemputan utk Akad nikah Farah Diana nie amat2 la terhad je, so aku, Yus dgn Ibu Khaty shj yg dapat hadir mewakilkan member2 yg lain... tapi hari Sabtunya, di majlis resepsi Farah, kawan2 yg lain dan menyatakan persetujuan mereka utk hadir, dan secara x langsungnya pada ku dah jadi mcm reunion kawan2 mentrek yg lama.. suka, seronok jumpa ramai2 nie.... walaupun gambar pengantin aku x dapat snap byk sgt hari Resepsi tu tapi aku x rasa ralat sgt la di hati cz hari Jumaat tu aku dah dapat snap bertimbun gambar Farah di Akad nikah je... so aku puas hati, utk memberikan kawan2 yg lain hasil gambar2 dari kamera yg x berapa canggis ni di fotopages dan facebook.. Dlm blog nie aku upload sikit je lah je.. utk nikahnya aku dah upload dlm 70 keping lebih kat fotopages, gila banyak k... utk Majlis Resepsi lebih byk gambar kami2 dari pengantin...hehehe... nama pun perjumpaan kawan2 lama kan...




Lagi satu nak komen Majlis Pernikahan Farah ini diadakan di atas kapal Cruise, Putrajaya. Artis pertama yg bernikah di atas kapal..suka2, sgt santai majlisnya.. dan makanan2 yg di sediakan pun sedap2... termasuk lah makanan2 sewaktu majlis Resepsi hari Sabtu nya.. Dengan sekali lafaz Farah Diana telah sah menjadi isteri kepada Johan Johari. Alhamdulillah, Farah menerima wang hantaran berjumlah RM25,185 (mengikut tarikh lahir Farah), dan mas Kawin sebanyak Rm2,500. Majlis Resepsi Farah Diana berkonsepkan Love Lake Wedding (perkahwinan dalam taman), dan tetamu semua di dresscode kan as smart kasual, dia tak nak orang pakai melerat2 ku, cz dia buat outdoor kan, open area....majlis diadakan secara santai tidak mengikut protokal seperti majlis artis2 yg lain di Malaysia sblm nie. Tapi memang happening gila majlis Farah nie, orang ramai gila, press ramai, jurugambar pun ramai, sampaikan nak tgk Farah pun susah, gila hapening... walaupun orang kata dia low profile la x de gosip la, x byk masuk paper, magazine la, tapi wedding dia meletop gila2.... terharu tgkkk... baju dia sgt cantik, mackup dia sgt cantik.. konsep cantik, pelamin cantik..semua2 la cantik... hehehe.. so kepada


PERNIKAHAN FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI





Tarikh : 15hb Julai 2011.




Tempat : Cruise, Putrajaya




Masa : 4.00pm



FARAH DIANA SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAK NOR , SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...AMIN...

nak jugak... pembuka gambar, gambar sendiri la yea.. hehehe.. pose dgn Yus depan kapal Cruise sblm majlis bermula....


cantik baju nikah dia...geramm tgkkkk...


Alhamdulillah..




Terserlah seri Pengantin di wajahmu Farah...

Comel Farah ketawa bila di usik oleh para wartawan..


Ala-ala titanic gitu..curlassss ;p





Pose utk majalah2 & newspaper... standby la majalah2 hujung minggu nie, mesti byk gambar dia lagi...




Di temuramah oleh hampir semua stesen TV di Malaysia nie.. bagus2..

Pengantin bersama dgn keluarga Farah Diana..





Hazama antara artis yg hadir memeriahkan majlis pernikahan ini..

MAJLIS RESEPSI FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI



Konsep : Love Lake Wedding




Tempat : Maritime Putrajaya, Presint 5




Tarikh : 16hb Julai 2011




Masa : 8.30mlm.




Cantik kan pelamin dia.. mcm dalam taman cita fantasi.. penuh dgn bunga.. sweet, nice..
Sgt cantik k baju dia.. dua cantik, baju pengantin perempuan dan lelaki. Outfit kalau tak silap aku rekaan pereka Zery Zamri.. lawa kan?? mcm princess kan??

Senyuman manis si pengantin...




Ni la perangainya kalau dah lama x jumpa kan.. hehee..



background gambar nie sgt cantik ok..hehehe..

27 June, 2011

Selamat Pengantin Baru Wan...

Selamat Pengantin Baru kepada adikku Dekwan. Semoga bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat... byk2 bersabar melayari alam rumahtangga... (cewwahh berckp dari pengalaman ye).. jgn gaduh2... sentiasa fikir positif dan selesaikan apa jua masalah dalam keadaan tenang. Akak sayang wan sentiasa... muahhhh22...






Pengantin : Siti Wan Mahani Bt Awang Kechik @ Dekwan & Badrul Nizam



Lokasi : Kg Ampang Campuran, Ampang



Tarikh : 25hb June 2011









ni dah mcm perjumpaan member2 lama nie.. paling lama x jumpa aunty nora & kak ira nie, dalam 3-4 tahun dah.. akhirnya jumpa gak smlm.. rindduuuuunyaa...
hehehe dah mcm reunion...;p


Pengantin dgn bakal pengantin cik Farah Diana Anuar kita.. next reunion jumpa kat wedding Farah pulakk bulan depan.. yezzeerr....

27 January, 2010

HAPPY BIRTHDAY 25TH FARAH...

HAPPY BIRTHDAY FARAH DIANA BT ANUAR... Happy 25th Birthday to u sis...








Birthday Farah kali nie di sambut secara sederhana... just a small gath tapi tetap meriah.. hehehe.. seronok mlm tadi... gabungan fans2 Farah dari FFC & FaDam sendiri, kepada yg hadir... tq u all semua.. lama x memekak mcm mlm tadi.... ;p. Apa2 pun... Happy Birthday yg ke-25 sis Farah Diana....



Birthday gurl with geng FFC...



Birthday gurl with FaDam members...

11 February, 2009

Suprise Birthday Party Zeti in Advance...

hellooo..Apa khabar semua pembaca sekalian...cewahh mcm ramai je pembaca...hehehe.. anyway just nak share sikit coretan di sekitar majlis suprise birthday party Zeti...hehehe....so zeti adakah sekali lagi suprise kami menjadi kali nie... well tgk la sapa perancangnya kan...hehehe... angkat bakul sendiri ni....





Actually birthday Zeti jatuh pada next week...17hb but oleh kerana jadual birthday gurl agak padat pada 2 minggu mendatang ini, kami terpaksa cari arternative date lain...samaada awalkan or lewatkan, majoriti kata awalkan, sementara masing2 yg lain tgh free... so kami awalkan datenya menjadi pada 9hb yg lepas memandangkan hari itu adalah public holiday so memudahkan semua pihak untuk hadir...





Rancangan awal, kami nak adakan majlis di AliCafe Tmn Tun, alih2 bila sampai sana pada waktu yg ditetapkan, Alicafe tu close pulak.... adeiii... dah la zeti dgn ku hari tu.... aku dgn emy terpaksa pikirkan rancangan ganti secepat mungkin secara senyap, memandangkan zeti ada sekali dgnku masa nie...huhuhu panic kejap, dalam hati je lah, x leh tunjuk sgt kantoi nanti.... akhirnya setelah berpusing dlm Tmn Tun tu, kami terjumpa kedai kek yg agak exlusive dan privacy sekali.... sungguh cantik utk buat private event disini... tanpa membuang masa terus naik ke tingkat atas book tempat (memang clear cantik this place)... tarik zeti naik atas sekali, memandangkan uncle (kami jemput Farah & Family sekali sebagai kejutan) dah sampai dlm beberapa meter je dari tempat kami menunggu sebelumnya.... setup apa yg patut, so Farah ambik kek standby di tangga ramai2, sambil Farah bwk kek, Farah nyanyikan Happy Birthday, bergema jeritan zeti...hahaha... korang tipu..kak nor tipu.. (same ayat dia masa kena suprise di majlis berbuka puasa yg lepas...hahaha)..... nasib la... awat la hang blur pulak zeti...hahaha.... yess menjadi lagi...... ;p. Ok lah tu zeti, ni je yg termampu kami buat, hope u like the surpise that we have done to u.... luv u sis... and kekalkan warna dlm kehidupan mu... stay cute gurl k....





so ni antara pic2 sekitar majlis..





1. Muka cuak zeti....hehehe surpiseee... ;p



2. Sessi bergosip + story mory..







3. dah habis makan apa lagi, posing time...



4. Thank for coming Farah, Uncle Anuar & anty Fariza. Tq to Cake Sense Cafe juga atas layanan yg di berikan... food, layanan, place memang best....



5. Birthday gurl with Farah Diana...



HAPPY INCOMING BIRTHDAY TO ZETI NAZIMA. LUV U ALWAYS SIS.... (Biarlah kami menjadi antara grp yg awal celebrate kan anda, hehe)...

30 October, 2008

Intai-Intai Raya 2008 Fadam Fanatic..


Majlis terakhir tahun nie utk kami and majlis terakhir jugak bwh pengawasan ku utk tahun ni. Alhamdullilah majlis raya yg di beri nama INTAI-INTAI RAYA 2008 FADAM FANATIC telah selamat berlangsung dgn jaya dan meriahnya Isnin, 27hb lepas walaupun tanpa kehadiran Farah & Adam (flight delay dari Miri).

X pernah rancang nak buat apa2 xtvt pun lewat kebelakangan ini...semua plan datang sponton. Keputusan di ambik x sampai seminggu... seminggu sahaja, keputusan di buat, persiapan di jalankan, promosi, tempahan..bla..bla..bla... oleh kerana plan buat mengejut so kak reyna & fiza x dapat turut serta kali ni cz da ada hal yg lebih dulu di confirmkan. Tp kawan2 lain semua ramai yg join..Anty nora juga, lama x jumpa dia sekeluarga. Rasa nya tak perlu di coretkan detail nya disini, cuma hari tu adalah satu event yg simple, meriah and menjadi sweet memori buat ku. terima kasih pada semua yg hadir..pada semua yg terlibat. Buat teman2, Family Farah, Family Shawal (guest), Dior & Rain... tq... luv u all....




Lokasi : Restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Kelang



kecoh suasana semasa persiapan & pendaftaran




MT with Uncle Anuar & Aunty Fariza (Parents Farah)


MT's dgn shawal.. makin gilos budak nie...



with all the guest and members... tq all of u...luv u all..muahhsss...


Lastly, with Rain Single. TQ

25 August, 2008

HAPPY 4TH ANNIVERSARY FADAM FANATIC

25hb Ogos 2008

25hb Ogos datang lagi.....HAPPY 4TH ANNIVERSARY FADAM FANATIC… sudah 4 tahun rupanya…. Byk yg ku pelajari selama 4 thn nie…byk pengalaman yg ku kutip…..akan tetap ku jadikannya antara KENANGAN YG TERINDAH dlm hidup ku…. HAPPY BIRTHDAY TO U ALL (if ada yg jumpa blog ni lah…hehehe)… Sayang korang semua… muahhsss….



Utk Farah Diana Anuar... x de apa akak nak ckp dah.... terima kasih atas segala kerjasama yg di berikan... seronok tgk kerjaya seni Farah berterusan...sentiasa pack shedule..alhamdulillah.... Semoga adik terus success and cemerlang di masa hadapan... luv u sis....



utk Adam...ermmm x tahu apa nak komen... utk komen insan bernama Adam amatlah rumit sekali rasanya...silap penulisan diri ini akan di hentam.... akak telan semuanya yg berlaku... and akak tetap nak berterima kasih jugak pada Adam...kerana mengenali Adam dan orang2 di sekelilingnya, akak belajar byk tentang perangai manusia... and apa telah berlaku...tetap akan menjadi ingatan buat diriku selamanya.... All the best....


HaPpY AnNiveRsArY !!!! ;p




24hb Ogos 2008


Ter’jungle trekking’

Hari nie masih terasa sengal dan penat nya xtvt di weekends lepas… memandang kan kerja x banyak di ofis ni…leh lak mencilok time utk coretan apa yg berlaku pada ku di hujung minggu lepas…. niat utama utk celebrate 4th anniverasry FADAM FANATIC Club... plan yg sepatutnya dibuat secara official xtvt tapi atas masalah2 teknikal dan peribadi...kami batalkan dan terus jadikan sebagai plan suka hati....hehehe... ok nie sacara kasar tentang apa yg dah jadi selama 2 hari ni....

Sabtu : Terpaksa ke ofis kerja setengah hari walaupun di rumah, parents ku datang melawat…mereka sampai pada mlm tadi….balik dari kerja pkul satu lebih, terus ke gerai bwh di mana parents ku bersama2 dgn seorang bapa saudara ku tengah berborak sementara mereka hendak berangkat pulang ke Seremban….. habis menghantar pulang keluarga semua termasuk si kecoh adik kecik ku…hehehe… aku pulang ke rumah…walaupun umi dah pesan makan dulu tapi otak ku terus pada bantal…hehehe… tidooooo…ngantuk..tahan dari ofis lagi….. sedar2 dgr bunyi message dari hp ku….zeti…akak ambik wawa kul berapa??..adeii…terlupa yg nak ambik wawa…bangun terus bersiap ambik adik angkatku wawa di stesen komuter…. Ada 2 tetamu yg akan lepak di rumah ku mlm nie coz ingin menyertai xtvt gila2 pada hari ahad nya…so oleh kerana diorang takut lambat so diorang ambik keputusan tido di rumahku…..otw ke stesen komuter….mak aii jalan jem nya kat MRR2…ada apa ni?? tapi memang sini selalu jem pun….telan je lah…hehehe…. Ambik wawa, terus ke Tesco coz nak cari barang nak masak utk picnic esok…. Jumpa zeti yg juga cari barang di sana….lepak2 kat KFC…cari barang pusing2 satu Tesco…balik rumah…..baru nak rehat…dapat kol yg Angah Yus..member baik ku sejak sekolah..dah nak sampai di stesen lrt pulak….ok… lepas azan maghrib terus keluar ambik angah pulak….. singgah pulak kat pasaraya depan rumah ku…coz dia pulak x habis cari barang lagi…wahh ari ni sessi cari2 barang ke??..hehehe….. di mlm 2 kami have fun jugak..sessi borak2…komen cerita2 tv… sessi mengimbas kenangan2 lalu…hehehe… like having a gurl nite…cewahhh…. Dah lepas tgh malam… still x tido lagi……. Weii tidoo esok ada next xtvt lagi….hehehe…

Ahad : Alarm clock dah berbunyi….still semua x mau bangun….hehe... tapi bangun juga bila azan subuh di surau berhampiran dah berkumandang..... perpare apa yg patut...bermula la sessi memasak di pagi hari…lama rumah ku x meriah pagi2…3 orang kecoh mcm nak buat kenduri je…hehehe….. bila dah siap makanan semua… skrg nak siap kan diri pulak memasing….dapat sms yg satu kete dah gerak awal….loo korang terlebih axcited ke??..awalnya gerakk…. Kami keluar dlm pukul 8.30am…ambik emy di keramat….terus bergerak ke FRIM…distinasi yg semua dah persetujui utk habis kan hujung minggu bersama.. hehehe…..2 kereta member2 ku dah sampai…kami satu kereta ni still pusing2 lagi dlm Frim nie…al maklumla…. Aku memang x pakar dlm Frim nie….1st time sampai sini…terus sesat…. Lepas pusing2 dlm 2 kali round Frim ni baru la jumpa dgn tempat yg di janjikan...tu pun setelah Fiza terpaksa jemput kami di salah satu simpang dlm Frim nie...hehehe.... so bermula la adventure kami yg seramai 9 orang ni....

Nak cari spot utk set up picnic ni pun dah jadi satu adventure pulak..... dari bwh sampai ke atas kitorang panjat...hehehe... terasa buat jungle trekking secara x langsung....Cuma beza nya apa yg membuatkan penat....coz kami trek sekali dgn barang2 picnic...tu yg double adventure rasanya....hehehe.... di tengah2 perjalan sblm sampai atas... ada pelangi di sebalik air pancut yg terhasil dari pembetung paip yg boror yg ada di situ....kami guna kan pembentung tu sbg ’guide’ kami utk sampai atas...kalau tak leh sesat jugak jadinya..... nice view.... dlm penat ada tawanya bila tgk pelangi di tgh2 hutan nie.... si emy dah merah muka kepenatan..sian dia.... yg lain2 still maintain or buat2 maintain la…hehehe walaupun nafas2 masing dah semput…hehee…

Betul2 setup area picnic or tempat lepak dlm area kul 11 jugak lah…walaupun view kurang sikit tapi kami dah sepakat x larat nak naik lagi…hehehe…so here we are….. bermula la sessi menyiang, membasuh, ayam, ikan, hotdong…menyalakan api BBQ….hehehe cabaran gak nie…di saat hutan tgh basah dek musim hujan…… tapi akhirnya berjaya jugak….. fun jugak sebenarnya walaupun dgn masa yg terhad….. dgn nyanyi, perli2 sesama sendiri, menyakat, main2 air (sampai ada yg jatuh tergolek pun ada), masak2 beramai2, buat sandwich, salad buah etc…. hehehe…….



Habis berBBQ…sudah je semua makan….. kedengaran bunyi yg sungguh ku suspek dari pagi tadi….bunyi guruh…alamak dah bagi warning nie….. dgn segera kami terpaksa mengemas semua barang walaupun sebenarnya kami x puas lagi melepak ni sini..tpi terpaksa kemassssss….. dalam area pukul 2 kami bergerak meninggal kan kawasan BBQ kami…. Tapi kami dah putuskan x nak turun bukit ikut jalan yg kami naik..... (cz dgn keadaan hujan, x selamat utk ikut jalan hutan turun ke bawah)...so kami putuskan utk turun menggunakan jalan yg sedia ada...yg mana tanpa pengetahuan kami ialah jalan tersebut adalah laluan yg jauh berkali ganda dari yg laluan hutan........ wuaaaaaa...basah jugak kami di tengah jalan.... dgn keadaan beramai2 ni main hujan...mula2 guna tikar untuk berlindung....lama2 masing2 selesa dgn keadaan basah di hari hujan di hutan Frim nie............. lenguh jugak nak sampai bwh nie.....x tahu berapa kilometer perjalanan kami....kami tiba di bawh tapi bukan di kawasan kami mula2 naik tadi...sebaliknya kami turun di sebalik kawasan Frim nie.... perit jugak rasa smlm..... nak tegelak bila ingatkan memori smlm.... dulu ada rancang nak buat jungle trekking tapi x jadi...alih2 smlm secara x sengaja...kami terbuat jugak jungle trekking...

Di pertengahan perjalan kami dlm hujan ni ada satu lokasi rumah kuarters kakitangan Frim yg masih dlm pembinaan.... so kami berhenti di sana utk perlindungan dan lepaskan penat sikit and selamatkan barang2 yg sepatutnya x leh basah...(hp, kamera etc.). bila dah berdiri di sana, hujan turun semakin lebat....dgn keadaan aku dan member2 lain semua dah basah lenjun.... aku terus dapat idea..... “weii korang, dah alang2 basah luar dalam nie kan, apa lagi main hujan je lah terus....” lama jugak x main hujan nie..... dlm hujan kami jerit....dlm hujan lebat jugak kami buat sessi posing2 gambar....adeiii sah kepala dah bengong.......... suasana tu membuatkan semua terlupa sekejap yg kami2 sebenarnya hampir2 sesat sebentar tadi...... dlm duk kecoh2 kat sini...hujan masih lagi turun.....wan & jamal volunter utk ambik kereta and patah balik utk ambik kami semua..... so mereka berdua merendah hujan semula ketempat asalnya..kami pulak teruskan sessi bergambar dlm basah....sambung makan lagiii..... Jamal & wan selamat ambik kami selepas hampir satu jam jugak lah...jauh lagi diorang berjalan...sian...




Dlm keadaan basah semua, aku, wawa & angah selamat sampai rumah dlm area pukul 5 lebih...selepas masing2 bersihkan diri...tukar pakaian kering.... sian wawa siap kena gosok seluar dulu, coz beg dia habis basah... pukul 6 lebih, aku hantar semula wawa & angah ke stesen komuter........ pukul 7 aku selamat sampai rumah semula...

Selesai sudah jadual ku selama 2 hari nie.. heatic, letih, penat.... mlm hari badan2, kaki tangan dah mula terasa sengal2.... mula2 ingat nak tunggu siaran tv..final gangstaz tapi terasa lemah sgt....terpaksa la telan panadol terus ku rehatkan badan.... esok masih ada lagi kehidupan yg perlu di lalui...InsyaAllah.....