20 September, 2012

Ada apa dgn Timun..

ADA APA DENGAN TIMUN???

Hello semuaaa.. topik hari nie ialah TIMUN.. cewahh anda kenal dgn timun?.. apa itu timun?.. boleh tak tanya soalan mcm tu..hehe..saje je suka2, umum sedia maklum bahawa timun ialah sejenis sayuran or ulam yg boleh dimakan begitu sahaja contoh mcm makan dgn sambal belacan or dgn satey, atau pun di masukkan dalam masakan mcm dalca.

So hari nie tetiba nak share antara petua yg boleh kita lakukan dgn menggunakan timun bagi mereka-mereka yg mempunyai masalah pada kulit wajah mereka. Sebenarnya jumpa artikel ni dalam surat khabar tadi, so kut-kut ada yg x sempat nak baca paper, kita share kat sini k... petua yg murah dan senang. Kalau sapa-sapa yg arlegic dgn bahan2 komestik bercamical nie, leh try dari bahan semula jadi ni, lagi murah.

So boleh baca antara kebaikan Timun ini di bawah ok :

*1. Timun mampu mengurangkan pengumpulan air pada kawasan bawah mata yang menyebabkannya kelihatan letih dan tidak bermaya kerana ia sarat dengan kebaikan asid ascorbic atau lebih dikenali sebagai vitamin C.


Mereka yang berasa letih selepas penat seharian bekerja boleh mengamalkan penggunaan timun yang dipotong nipis dan diletakkan pada kedua-dua mata sambil berehat
 
*2. Bagi anda yg mahu mendapatkan kulit cantik, gebu & lembut adalah dengan mengisar timun yang sudah dikupas bersama putih telur dan disapu pada wajah, biarkan hingga kering sebelum dicuci.
 
*3. Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan memicit timun bg mendapatkan jusnya dan menyapu jus yang keluar itu pada wajah dan biar ia menyerap ke dalam kulit. Ia mampu menyerikan wajah jika dilakukan secara konsisten, tanpa perlu bergantung kepada produk mahal.
 
*4. Jus timun juga membantu untuk mengurangkan penampilan warna kulit tidak sekata dengan menyapunya ke seluruh wajah dan biar selama 15 minit sebelum dicuci.

Tiada masalah untuk melakukannya setiap hari kerana ia bahan semula jadi dan tidak memudaratkan.

*5. Kulit yang sering terdedah kepada matahari hingga ‘terbakar’ juga boleh mendapat manfaat daripada timun kerana ia mempunyai bahan yang mampu menyejukkan dan mengurangkan kesan selaran matahari hanya dalam masa singkat.

*6. Timun juga boleh bertindak sebagai penyegar dengan menyapunya pada wajah dan mencuci selepas 10 minit bagi menghasilkan kulit lebih bercahaya.

*6. Mendapatkan kulit lebih cerah juga tidak sukar dan ia boleh dicapai dengan menggunakan timun yang dicampur bersama air kelapa. Ia dapat memudarkan bintik noda pada wajah.

*7. Mereka yang mempunyai parut pada wajah akibat masalah jerawat boleh mendapat manfaat daripada timun dengan mencampurkan jus timun bersama jus limau nipis dan disapu pada jerawat atau parutnya.

So kawan-kawan ni antara cara-cara yg boleh anda lakukan sendiri di rumah utk rawatan kulit muka bermasalah anda yg boleh aku kongsi bersama pada mereka yg x sempat nak baca paper tu kan?.. 'sharing is caring' kata orang putih..hehehe.... ;) Selamat mencuba.

nota kaki : yg pasti aku mesti try sendiri nanti. balik nie nk cari timun kat pasar malam..hehehe.. ;p

No comments: