28 March, 2011

Masak-masak = Ayam Masak Cili

Assalamualaikum semua.. ermm pagi2 dah boring kat ofis nie..adeiii maklumla pagi Isnin la katakan.. dah la masuk ofis lewat hari nie.. x de mood pulak.. haissss makan gaji buta aku hari nie...

So memandangkan aku x de mood nak kerja.. meh kita main masak2 nak tak??.. Hari Jumaat lepas, Husband balik tetiba tanya " eh dah lama awak tak masak ayam cili awak tu?".. eh ada permintaan la.. dah la last week kak wati my officemate pun minta resepi yg sama.... so oleh kerana dah ada permintaan maka semalam dgn jaya nya aku berjaya buat lagi ayam masak cili nie... nama resepi nie aku just letak sendiri je cz kalau nak ckp pasal rasa, masakan ni mcm campuran daripada sambal ayam + ayam masak merah... lagipun resipi asalnya adalah dari Ketam Masak Cili... tapi pasal husband x makan seafood dan dia suka ayam so aku tukarkan la resipi ini kepada ayam..alhamdulilah percaturan ku menjadi... so far dah 3-4 kali jugak aku dah buat masakan nie... so kalau sapa nak try boleh la cuba k.... Senang je masakkannya..


Ayam Masak Cili


1. Ayam (Dipotong ikut selera, dalam setengah ke seekor).


2. 6 Sudu besar Cili Sos

3. 3 Sudu besar Sos Thai

4. 2 Sudu besar Sos Tiram


Bahan utk di Kisar

1. Bawang Merah kecil 4-5 ulas.

2. Bawang Putih 2-3 ulas.

3. Halia 3cm.




4. Serai 2 batang.




5. 6 batang Cili Merah


6. 6 batang Cili Kering







Cara-cara penyediaannya :



1. Gaulkan ayam dgn kunyit dan garam. Goreng dan asingkan.

2. Tumiskan bahan-bahan yg di kisar tadi sehingga naik bau.

3. Masukkan semua jenis sos tadi kedalam bahan tumisan tadi, dan gaul lagi sehingga naik minyak.

4. Letakkan garam dan gula secukup rasa (atau ikut selera)

5. Masuk kan ayam, gaul sehingga rata.
Nota tambahan : Pada mereka yang suka sos pekat, x perlu tambah air, tapi kalau bahan2 anda tadi agak pekat, sila la campurkan air sedikit.


Nie la hasilnyaa.. taddaaaa..... Ayam Masak Cili.


so Selamat mencuba kawan-kawan...





NOta kaki : Baby Rayyan dah ada improvement yg baik. Dia dah dipindah kan dari wad ICU kepada wad biasa... Terima kasih atas doa kalian. Moga2 Baby Rayyan akan cepat sembuh dan boleh membesar seperti kanak2 lain. Amin.

3 comments:

Puteripisces said...

thanks utk resipi tu..semlm dh try masak utk buke pose..tp sbb xtau resipi asal tuan punye badan rase camne kn, so consider yg sy masak tu pn sedap lah...hahahahah

Cempaka... said...

wahhhh puteri dah try yek.. sedap tak??.. hehehe.. good2 lain kali kita masak lain k...

Puteripisces said...

dah try dh..sedap!!elok je semlm pose, bukak blog akak tgk ade gmbr ayam tu..trus terliur nk makan..ape lagi, balik masak la...hehehe