Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

11 April, 2011

Masak-masak lagi - Bihun Goreng Putih

Salam sejahtera semua kawan-kawan... apa khabar u all??.. Apa cerita weekends korang?..ada yg menarik?... hehehe this weekends parents datang rumah, lama dah diorang tak datang... lepas tu kitorang satu family pergi attend kenduri kahwin anak kawan ayah.. kawan ayah ni pernah jadi pengapit masa parentsku kawin... kiranya kawan sekampung la nie... best jugak tgk gelagat orang2 lama nie bila berkumpul balik.. comel je..hahaha boleh kata diorang nie comel?... bedal je.. ayah memang comel pun...hehehe.. ;p.




Ok lah, pasal parents ku nak dtg pagi Sabtu yg lepas, aku prepare kan la Meehoon goreng putih utk diorang... dan atas permintaan kawan2 yg suruh uploadkan resepinya aku letak la kat sini.. bukan nak tunjuk terror tau, aku cuma memenuhi permintaan kawan-kawan yg nakkan resepi... aku tak tahu kenapa meehoon goreng putih ku selalu jadi pilihan bila kami buat portluck di ofis..diorang kata rasanya lain... aku pun tak paham knp, rasanya aku goreng mcm orang lain jugak, resepinya biasa shj... errmmm... tak pe lah.. so pada sapa yg berminat, ini resepi nya k...




Bihun Goreng Putih. (utk makan 2-3 orang).




1. Bihun (2 keping, direndam dgn air dalam 30 minit, jgn lama sgt karang terlebih lembik).



2. 3-4 biji Bawang Merah kecil.



3. 2 biji Bawang Putih kecil.



4. 4-5 batang cili pagi (ikut selera, kalau tak makan pedas kurangkan, kalau suka pedas lebihkan).



5. Segenggam Ikan Bilis.



6. Bahan Mentah (ikut selera masing2). pada ku kali nie aku gunakan sedikit isi ayam yg telah di potong dadu. Dan 10 ekor udang harimau di potong dua.


7. Sayuran (ikut selera masing2 juga). utk ku kali nie aku gunakan sedikit lobak merah di potong panjang & sedikit sayur kailan.
8. satu sudu Garam. Ikut rasa.




Cara-caranya.



1. Tumbuk /Blander bawang merah & putih bersama cili padi.




2. Tumbuk kasar ikan bilis yg telah di basuh (jgn halus sgt).



3. Tumiskan bahan2 yg telah di blander tadi bersama dgn ikan bilis.



4. Bila dah naik bau masukkan garam dan masukkan sekali bahan2 mentah. Gaul sehingga bahan mentah empuk.



5. Masukkan Sayuran. Gaul lagi.









>>>>>>>>>bila semua bahan2 tadi dah cukup masak..













6. Masukkan Bihun.



7. Gaul sehingga rata.



8. Sebagai hiasan boleh taburkan cili merah yg di potong halus bersama dgn telor dadar yg telah di cincang halus.


















>>>>>>>>> Bihun Goreng Putih telah sedia utk di makan.. ;)
















**Selamat mencuba ya kawan-kawan.

28 March, 2011

Masak-masak = Ayam Masak Cili

Assalamualaikum semua.. ermm pagi2 dah boring kat ofis nie..adeiii maklumla pagi Isnin la katakan.. dah la masuk ofis lewat hari nie.. x de mood pulak.. haissss makan gaji buta aku hari nie...

So memandangkan aku x de mood nak kerja.. meh kita main masak2 nak tak??.. Hari Jumaat lepas, Husband balik tetiba tanya " eh dah lama awak tak masak ayam cili awak tu?".. eh ada permintaan la.. dah la last week kak wati my officemate pun minta resepi yg sama.... so oleh kerana dah ada permintaan maka semalam dgn jaya nya aku berjaya buat lagi ayam masak cili nie... nama resepi nie aku just letak sendiri je cz kalau nak ckp pasal rasa, masakan ni mcm campuran daripada sambal ayam + ayam masak merah... lagipun resipi asalnya adalah dari Ketam Masak Cili... tapi pasal husband x makan seafood dan dia suka ayam so aku tukarkan la resipi ini kepada ayam..alhamdulilah percaturan ku menjadi... so far dah 3-4 kali jugak aku dah buat masakan nie... so kalau sapa nak try boleh la cuba k.... Senang je masakkannya..


Ayam Masak Cili


1. Ayam (Dipotong ikut selera, dalam setengah ke seekor).


2. 6 Sudu besar Cili Sos

3. 3 Sudu besar Sos Thai

4. 2 Sudu besar Sos Tiram


Bahan utk di Kisar

1. Bawang Merah kecil 4-5 ulas.

2. Bawang Putih 2-3 ulas.

3. Halia 3cm.




4. Serai 2 batang.




5. 6 batang Cili Merah


6. 6 batang Cili Kering







Cara-cara penyediaannya :



1. Gaulkan ayam dgn kunyit dan garam. Goreng dan asingkan.

2. Tumiskan bahan-bahan yg di kisar tadi sehingga naik bau.

3. Masukkan semua jenis sos tadi kedalam bahan tumisan tadi, dan gaul lagi sehingga naik minyak.

4. Letakkan garam dan gula secukup rasa (atau ikut selera)

5. Masuk kan ayam, gaul sehingga rata.
Nota tambahan : Pada mereka yang suka sos pekat, x perlu tambah air, tapi kalau bahan2 anda tadi agak pekat, sila la campurkan air sedikit.


Nie la hasilnyaa.. taddaaaa..... Ayam Masak Cili.


so Selamat mencuba kawan-kawan...





NOta kaki : Baby Rayyan dah ada improvement yg baik. Dia dah dipindah kan dari wad ICU kepada wad biasa... Terima kasih atas doa kalian. Moga2 Baby Rayyan akan cepat sembuh dan boleh membesar seperti kanak2 lain. Amin.

01 September, 2010

Main Masak-masak - Roti Goreng Nestum


Hari Isnin lepas aku berbuka dgn Luqman Nul Hakim for the 1st time.. sapa dia??.. hehehe.. anak kawan ku... baru masuk bulan ke5... badan sihat.. geram utk di picit2... hahaha..


so aku dgn kawan2 x sempat nak bergambar sesama sendiri cz attention lebih pada dia... kononya2 dia jadi center of attraction la... but his cute... kat bawah nie aku paste pic comel dia.. nanti aunty jumpa luqman lagi ye.. ckp dgn ibu nak duit raya meh raya dgn aunty nanti k... ;p



Baby boy dgn maknya, Noremy Baiti.... thanks emy cz bwk dia join sekali..


So oleh kerana balik dah lewat smlm, sahur pun aku malas nak makan nak2 adik ku pun malas nak makan berat katanya cz perut dia still penuh cz dah super kat luar... so aku try la buat resepi yg kakak ofismate aku bg... wallahhh.. jadi la pulakk.. adik kata sedap sampai dia demand suruh buat lagi utk berbuka smlm... huhuhu... so yg smlm punya baru la aku sempat snap pic utk share kat sini.... dgn resipi lagi atas permintaan.. angah alang paste kan resepi, jgn lupa try buat tau, sedap....

Roti Goreng Nestum

Resepi ni sesuai utk pembuka selera, atau pun as breakfast atau buat makanan minum petang.... budak2 pun suka nie... penuh dgn zat...



Bahan-bahan

1.Roti Biasa


2. Sardin


3. Butter


4.Maiyonis


5.Nestum/oat


6. Telur


7. Chease

8. Salad/tomato/timun


9. Garam secukup rasa.


Cara-caranya : Leyek sardin dgn maiyonis. Tabur garam secubit dua. Sapukan butter atas roti and then letak kan adunan sardin+maiyonis tadi sbyk mana yg anda suka... letakkan chease sekeping di atasnya... lepas tu letak pulak salad/tomato/timun (ikut citarasa sendiri) di atas chease tu... and then sekeping roti lagi yg telah di sabu butter di telangkupkan di atas bahan2 tadi... celupkan adunan roti tadi di dalam telur (yg telah di pukul dgn garam sikit). Angkat roti tadi dan celupkan pula dalam nestum... golek2nya ia dan masuk ke dalam minyak panas dgn api yg sederhana kecil.. masak hingga kuning keemasan.

Tgk chease nya cair... nyam-nyamm....makan bila masih panas2 suam... lepas tu makan dgn sos cili pula... waahh sure terangkat... hehehe....
aku yg bukan pengemar chease dgn maiyonis pun boleh kalah dgn roti goreng nie..adeii...