26 August, 2011

Salam AIDILFITRI 2011

Check list raya :

Langsir : dah basuh yg lama, dah pasang yg baru = setle.

Bilik : dah kemas, cadar dah tukar = setle

Karpet : satu rumah dah vakum = setle

Cermin tingkap rumah : dah lap semua = setle

Baju : manik dah setle..finally = setle

Kasut : dah beli = Setle

Tudung : dah beli = setle

Kuih : dah setle separuh.. mlm ni complete.

Kereta : separuh, esok nak final check kat bengkel sblm balik..



ermmm apa lagi ya.. wahh semangat baru nak dtg nie, biasalah, dah duk dengar lagu raya je nie dari smlm, terus x de mood kerja dah.. lambat sikit mood raya tahun nie sampai.... bila pikir thn ni rumah parents sendiri..baru nak sampai mood raya sehari dua nie...



Apa-apa pun, nak wish kat sapa2 yg mengenali diri ini, SALAM AIDILFITRI, MOHON AMPUN DAN MAAF KIRANYA ADA SALAH DAH SILAP, ATAU ADA MENGURUS RASA SESIAPA, Sesungguhnya kelebihan itu dtg dari-Nya, dan kekurangan tu datang dari diri sendiri...



Selamat Bercuti semua, and berhati2 memandu bila balik nanti k.... bye..



p/s : blog nie hanya akan di update selepas 2 minggu...yeahhhhhhhhhh cutii timeeeeee.... ;p




18 August, 2011

Projek Raya 3


Ni baju pertama yg aku buat atas request. Walaupun mak sedara, tapi nie la orang pertama yg mintak aku jahitkan manik kat bajunya, selalu jahit kat baju sendiri or baju umi je... Dia pun suruh aku buatkan manik utk 2 baju... Aku baru buat satu, tu pun lengan je.. actually dia suruh aku buat bunga timbul kat baju baru dia.. tp baju tu ada corak harimau bintang so aku ckp la, kalau buat kat situ mcm pelik la jadinya.. tapi dah dia teringin sangat nak corak bunga timbul tu, so aku ckp la aku leh buatkan tp kat baju lagi satu.. baju tu kosong so senang nak create bunga kat situ... lagi senang nampak... so dia agree... Esok baru nak start baju yg satu lagi, tp masalahnya bayangan corak dlm kepala ku still samar2 lagi..huhuhu...



apa2 pun enjoy pic utk corak bunga timbul nie k... Masa belajar dulu, cikgu aku ajar 3 layer tu jadikan bunga nie, tp oleh kerana nak buat corak nie atas lengan baju dan pada ku x proper buat bunga besar2 kat lengan, karang tersangkut masa nak makan ke apa ke, so aku tukar design sikit, aku just buat 2 layer, so bunganya jadi kecik comel jee...






- ni close up nya.. ok tak?? -



- rupa keseluruhan -

17 August, 2011

Project Raya 2

Nk tempek corak manik yg aku buatkan kat baju umi yg ke-2.. pun simple2 one jugak...



ni kt bahagian bwh baju kurung, aku buat 2 line corak nie...



utk lengan aku just buat satu line sahaja.. simple kan?? sengaja aku pilih pink, lari dari warna baju tu hijau dan sedikit biru.. bagi timbul manik tu...hehehe...




ni la pulak corak manik kat baju raya sediri.. carca merba tak??? hahaha.. kalau nak ambik gambar keseluruhan baju takut tak nampak patern nya..so aku closeup kan la corak nya... ok tak agak??




12 August, 2011

Project raya 1.

x tahu nak update apa kat sini, aku update project raya aku... project apa agak2 korang... hehehe.. project apa lagi, project manik kt baju raya la... baru minggu ni dapat mula, and dah 3 malam aku start dgn baju raya umi yg pertama dulu.. umi ckp nak yg simple2 utk bj 1st nie cz kainnya dah byk main colour.. so aku buat corak kegemaran ku, manik berpintal di tambah dgn corak bunga separuh di atas nya... mlm tadi aku baru start baju dia yg kedua... baru separuh..mlm nie nk sambung lagi... yg ni for the 1st time aku buat corak yg lain.. aku tiru corak baju2 display yg di jual di JJ...hahaha.. leh tak terang2an ckp kat sini...adei.... so aku upload dulu manik kat 1st baju umi nie k, next week aku upload yg 2nd one.... aku nie baru belajar, x pandai la nak buat corak2 yg extravaganza sgt...hehehe.. kita belajar dgn yg simple2 dulu la kan.... InsyaAllah sampai masa nya nanti aku akan berani buat yg lebih meriah lagi... Doakan ya... thanks.


baju nie asalnya ada warna hijau cair dgn purple sikit... tp aku main kan dgn warna yg agak terang sikit bg corak tu.. ok tak??


Nota kaki : lagi 3 minggu nak Syawal - baju Umi lagi separuh, bj sendiri lagi 2 helai, bj tempahan mak saudara 3 helai, baju ofismate ada sehelai.. ermmm harap2 semuanya sempat siap sblm raya...



04 August, 2011

Minggu Pertama Ramadhan..

Salam sejahtera semua.. lama rasanya x borak-borak dalam nie.... semakin x de mood nak story mory skrg nie cz x de benda menarik yg hapen in my life skrg nie.. balik kerja, pergi kerja..lepak rumah..huhuhu.. no interesting news to share or update..


so Hari nie dah masuk hari ke4 umat Islam berpuasa tahun ni.. so Mcm mana minggu pertama u all puasa??.. dah berapa hari berbuka di luar dah berapa kali masak berbuka & sahur??.. cewahh soalan.. aku 1st day puasa hari tu je sempat la berbuka dgn parents kat Seremban.. 3 hari lepas semua berbuka di rumah sendiri dgn lauk2 dan makanan2 di beli di bazar ramadhan Kg Pandan... x sempat masak apa2 lagi... sahur lak panas kan apa yg ada tak pun aku goreng ayam semata pun boleh layan sahur pg tu....


Soalan yang selalu kedengaran time-time mcm nie adalah perihal keinginan macam nak makan apa, nak berbuka menu apa, nak berbuka kat mana, restaurant mana best kalau bulan puasa nie kan?.. u all x de mengidam apa2 ke?.. aku secara jujurnya, masih memprocess diri bahawa dah masuk minggu pertama bulan puasa, and kena bangun kul 4.30 pg tu prepare sahur utk hubby & adik. And sampaikan hari ni jugak aku blum ada keinginan or rasa nak makan benda2 or makanan2, kuih-kuih yg istemewa. Ada orang bulan puasa, nak kena ada kuih pelita la, ayam percik la, ikan pari bakar la, cendol la, roti john la.... ermmm aku pulak 'feel' pada makanan2 ni lum sampai lagi la.. so buat masa nie aku bedal je apa yg ada and ikut je selera hubby nak makan apa cz aku lum ada selera tertentu lagi. Tapi tak tahu la kalau esok lusa tiba-tiba aku nak kambing golek ke apa ke, tu lain story k.. buat masa nie lum ada lagi...


Weekends nie balik Kluang berbuka dgn family in law pulak.. harap2 ada sedikit perubahan balik kali nie... hopely. 5 bulan x balik sana.. huhuhu.... aku mengharapkan ada perkara yg menarik weekends nie supaya dapat aku warnakan hidupku semula yg mulai suram nie... Apa-apa pun aku nak wish "Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman yg sudi singgah di sini... Berhati2 makan bila berbuka and jgn lupa bersahur, ia baik utk kekalkan tenaga kita sepanjang hari k.."


Salam Ramadhan semua..



03 August, 2011

Tragedi 1st Ramadhan- Hpku HILANG..

Salam sejahtera semua.. adalah di dukacita di maklum kan disini bahawasanya Hp saya telah hilang di Tesco pada hari pertama puasa tahun nie. huhuhu dah taim2 sibuk nak cari duit nak raya, kena pulak keluar duit kena beli Hp lain..huhuhu.. sabar je lah.. So kepada kawan2 ku sekalian yg ada ada masuk blog nie, di maklumkan bahawa contact numbor anda semua telah tiada dalam simpanan. So utk memudahkan hal2 di kemudian hari, sila la sms numbor dgn nama anda sekali ke numbor lamaku ya krn sy dah ambik sim card baru tapi masih mengekalkan numbor yg sama.. Kerjasama anda amatlah di hargai.


Sekian.

19 July, 2011

Selamat Pengantin Baru Farah Diana

Jumaat lepas aku attend wedding yg selama nie aku tunggu2.. Perkahwinan Farah Diana bt Anuar (Farah AF2)......cewahh kalau tanya zaman2 7-8 tahun dulu aku amaginekan Farah punya pasangan is orang lain, but now secara jujurnya aku suka pilihan dia skrg... Terima kasih kepada Uncle Anuar atas jemputan yg telah di berikan... amat2 menghargainya... Oleh kerana jemputan utk Akad nikah Farah Diana nie amat2 la terhad je, so aku, Yus dgn Ibu Khaty shj yg dapat hadir mewakilkan member2 yg lain... tapi hari Sabtunya, di majlis resepsi Farah, kawan2 yg lain dan menyatakan persetujuan mereka utk hadir, dan secara x langsungnya pada ku dah jadi mcm reunion kawan2 mentrek yg lama.. suka, seronok jumpa ramai2 nie.... walaupun gambar pengantin aku x dapat snap byk sgt hari Resepsi tu tapi aku x rasa ralat sgt la di hati cz hari Jumaat tu aku dah dapat snap bertimbun gambar Farah di Akad nikah je... so aku puas hati, utk memberikan kawan2 yg lain hasil gambar2 dari kamera yg x berapa canggis ni di fotopages dan facebook.. Dlm blog nie aku upload sikit je lah je.. utk nikahnya aku dah upload dlm 70 keping lebih kat fotopages, gila banyak k... utk Majlis Resepsi lebih byk gambar kami2 dari pengantin...hehehe... nama pun perjumpaan kawan2 lama kan...




Lagi satu nak komen Majlis Pernikahan Farah ini diadakan di atas kapal Cruise, Putrajaya. Artis pertama yg bernikah di atas kapal..suka2, sgt santai majlisnya.. dan makanan2 yg di sediakan pun sedap2... termasuk lah makanan2 sewaktu majlis Resepsi hari Sabtu nya.. Dengan sekali lafaz Farah Diana telah sah menjadi isteri kepada Johan Johari. Alhamdulillah, Farah menerima wang hantaran berjumlah RM25,185 (mengikut tarikh lahir Farah), dan mas Kawin sebanyak Rm2,500. Majlis Resepsi Farah Diana berkonsepkan Love Lake Wedding (perkahwinan dalam taman), dan tetamu semua di dresscode kan as smart kasual, dia tak nak orang pakai melerat2 ku, cz dia buat outdoor kan, open area....majlis diadakan secara santai tidak mengikut protokal seperti majlis artis2 yg lain di Malaysia sblm nie. Tapi memang happening gila majlis Farah nie, orang ramai gila, press ramai, jurugambar pun ramai, sampaikan nak tgk Farah pun susah, gila hapening... walaupun orang kata dia low profile la x de gosip la, x byk masuk paper, magazine la, tapi wedding dia meletop gila2.... terharu tgkkk... baju dia sgt cantik, mackup dia sgt cantik.. konsep cantik, pelamin cantik..semua2 la cantik... hehehe.. so kepada


PERNIKAHAN FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI





Tarikh : 15hb Julai 2011.




Tempat : Cruise, Putrajaya




Masa : 4.00pm



FARAH DIANA SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAK NOR , SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...AMIN...

nak jugak... pembuka gambar, gambar sendiri la yea.. hehehe.. pose dgn Yus depan kapal Cruise sblm majlis bermula....


cantik baju nikah dia...geramm tgkkkk...


Alhamdulillah..




Terserlah seri Pengantin di wajahmu Farah...

Comel Farah ketawa bila di usik oleh para wartawan..


Ala-ala titanic gitu..curlassss ;p





Pose utk majalah2 & newspaper... standby la majalah2 hujung minggu nie, mesti byk gambar dia lagi...




Di temuramah oleh hampir semua stesen TV di Malaysia nie.. bagus2..

Pengantin bersama dgn keluarga Farah Diana..





Hazama antara artis yg hadir memeriahkan majlis pernikahan ini..

MAJLIS RESEPSI FARAH DIANA ANUAR & JOHAN JOHARI



Konsep : Love Lake Wedding




Tempat : Maritime Putrajaya, Presint 5




Tarikh : 16hb Julai 2011




Masa : 8.30mlm.




Cantik kan pelamin dia.. mcm dalam taman cita fantasi.. penuh dgn bunga.. sweet, nice..
Sgt cantik k baju dia.. dua cantik, baju pengantin perempuan dan lelaki. Outfit kalau tak silap aku rekaan pereka Zery Zamri.. lawa kan?? mcm princess kan??

Senyuman manis si pengantin...




Ni la perangainya kalau dah lama x jumpa kan.. hehee..



background gambar nie sgt cantik ok..hehehe..