12 November, 2010

Off to Hospital Batu Pahat..

Salam..

Smlm result dari operation hubby dah keluar.. not very good result... aku redha segalanya... yg penting skrg kami dah buat yg terbaik... Hubby mungkin akan di benarkan keluar dari Wad, Hospital Batu Pahat hari Ahad nie.. so i will off to Kluang & Batu Pahat esok.... Bos bg cuti tanpa record... terkejut jugak mana bos tahu, tanya budak2 ofis nie semua x ngaku... tapi apa2 pun Alhamdulillah.. terima kasih bos kerana memahami masalah anak buah mu ini.... So i will on leave selama 9 hari utk jaga hubby. Hubby x bg aku ambik cuti sbnarnya.. tapi aku tetap berkeras nak cuti jaga dia... Lagipun salah satu tugas isteri jugak kan menjaga suami apabila sakit... and jaga emosi dia time2 tgh down mcm nie. Kalau aku kerja pun hati x leh fokus, x de point jugak, better aku dgn dia..... Nama pun dah nak Raya Korban kan, so ni lah pengorbanan yg terpaksa aku hadapi tahun nie, hehehe sempat lagi nak wat lawak time2 mcm nie, adeii........ InsyaAllah kalau tak de berkara berbangkit berkenaan kesihatan hubby i will be back on duty pada 22hb. Doakan kami ya semua... Terima kasih.

by the way SELAMAT HARI RAYA HAJI, AIDILADHA & KORBAN KEPADA SEMUA MUSLIMAT DAN MUSLIMIN SEKALIAN. Berhati2 di jalan raya k.....
sekian,

09 November, 2010

Operation Mata??

Dengan Bismilillah ku mulai entry kali ni..
Dapat berita yg kurang baik... My hubby gi check up mata hari nie.... tapi lepas tu doktor yg sama (check last week), kata selabut dalam mata kiri husband ku dah tebal/pejal so dah tak boleh keluarkan dgn cara biasa... dia x boleh buat... last week masa gi check dia ckp dia x bleh keluarkan selaput tu pasal bengkak kat kelopak mata husband lum reda. bila dah reda this week dia ckp dah too late pulak.... tarik nafas dalam2 aku... nak marah dia pun x boleh... dah nasib kami mcm nie.... (yg x perasan entry yg lepas, husbandku kemalangan kereta pada 22hb Oct lepas.... )

So tghhari tadi, abg iparku bwk hubby ku pg specialist mata... terus doktor pakar ckp kena buat operation, terus fixed date esok... berderau kejap darah ku... basah gak mata husbandku tadi.. aku tahu dia takut... aku yg x sakit nie pun dengar perkataan 'operation' pun dah gigil ni kan pulak orang yg nak laluinya.... errmmm kawan2 aku mohon kalian doakan operation esok dan kesihatan dia akan bertambah baik.... Jasa kalian amat aku hargai..Terima kasih...

nota kaki : tgh mencari kekuatan diri supaya diri ini tidak nampak lemah...

08 November, 2010

Majis Pertunangan Bro Nad..


Majlis pertunangan adik tersayang (cewahh..) telah selamat di langsungkan pada 6hb Nov 2010..Sabtu lepas jam 5.30 pm di Taman Kosas...


1st time jadi tuan rumah kat Ampang ni cz parentsku bertolak dari Seremban tghhari sebab pagi tu ada kenduri doa selamat jugak di sana.. pagi2 Sabtu tu pukul 7pg aku dah tercongok kat Petaling street cari bunga2 segar utk buat Sireh Junjung.... hantaran2 lain semua dah setle mlm tu, pg2 tinggal nak susun buah dgn sireh junjung je la.. Hantaran kami 7 berbalas 9 dulang (tapi kami dapat lebih 11 dulang, hehehe ;p)... lepas tu sibuk2 masak lauk sikit, nasi minyak akan di bawa oleh Mak Teh dari puncak alam.. thanks mak teh.. terima kasih jugak mak andak cz datang awal, teman kan nor... jasamu di kenang selalu..hehehe... so malas la nak coret2 byk2 tapi kesimpulannya, semua ok, lauk, nasi semua ok... kuih2 muih pun ok, puding cokelat yg aku buat pun habis... suka2.... Walaupun sireh junjung tu last minit terbalik dalam kereta seblm sampai rumah 'pengantin' tapi kira ok lah, bedal la, janji majlis dah selamat di adakan.. Terima kasih pada mereka2 yg hadir memeriahkan majlis... Kita jumpa di majlis kawin nya nanti tahun depan k.... InsyaAllah...

ni ada pic sekitar majlis..x semua la, byk kat FB la... hehehe..
Selamat BERTUNANG KEPADA MOHD NADZRY & AYU ALEYA
Hantaran pihak Lelaki kepada Perempuan (hasil tangan aku dgn adik ku sendiri ni, adeii)

Sebahagian hantaran pihak Perempuan kepada Lelaki. yg paling jadi perhatian ptg tu ialah hantaran kasut tu, hehehe... kecoh makcik2 sana cz x pernah orang bg kasut fesyen2 nie jadi brg hantaran... nak wat cam ne pengantin dah stylo la katakan...hehehe...

orang tgh bincang kat luar, aku selinap masuk bilik pose kejap..hehe..

Umi ku, kira mak bakal pengantin lelaki laa..

Wakil sarung cincin belah lelaki, Nenek tersayangku..

Senyuman selepas cincin di sarung...

Masuk jugakk mamat nie..hehehe
Smilee.... ;)

02 November, 2010

Di Landa Badai lagi...

Indahnya ombak melanda pantai tapi
tidak seindah badai yg melanda hati.....
sekali menyerang
kelam, gelora terasa di hati



Sesungguhnya hati ku kurang selesa kini...
Fikiran melayang di awangan
Risau hati melanda diri...
Berkecemuk fikiran memikirkan....


Ya Allah Tabahkan hati
Kuatkan semangat ku
Mengharungi Hari-hari
Dengan Semangat yg baru....


01 November, 2010

Nurul & Fariqe Reception..

Walaupun kerja tengah banyak..

walaupun aku tak punya masa...

walaupun bos duk jeling2..

aku tetap nak posting pic2 reception wedding Nurul nie...hehe..



Nurul nie kenalan yg bermula dgn KRU...dari peminat kepada peminat terus jd member.. kalau tak silap betul2 kenal dia sewaktu majlis berbuka puasa bersama KRU di De Palma Hotel, Ampang, tahun 2004 kalau x silap... Tp actually dah nampak jeling2 masa kat Zoom In Y & E kat RTM tp masa tu malu2 nak tegur..... hehe... Mlm Berbuka puasa tu jugak selain aku kenal dgn Nurul aku kenal dgn Ayu, Noggy, Kak Ida, kak Hana yg satu table dgn ku masa tu... (table masa tu setable dgn abg Chik (Yusri) lagi..jgn marah)... adeii ok-ok terus ke cerita asal... byk kerja tgh menanti giliran ni, adei...




Sabtu lepas berlangsunglah Majlis Reception Nurul... so aku memang dah pakat nk pg dgn kak Hana cz Angah Yus x dapat nak join, kena setle rumah baru dia katanya.. tak pe lah.... so u all enjoy the pic k..




Nurul dgn Fariqe ni dah Melangsungkan majlis Pernikahan mereka pada date 10.10.10 yg lepas... baru minggu nie dapat di adakan majlis receptionnya... Dengan bertemakan Baby Blue dan putih, Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar... SELAMAT PENGANTIN BARU NURUL & FARIQE.





NURUL & FARIQE RECEPTION.
DATE : 30.10.2010

PLACE : DEWAN BESAR, UTM CITY CAMPUS, JALAN SEMARAK.



Pelamin..biru & putih...sweet color..


Pengantin di arak masuk... yg kelakarnya... budak pengapit lelaki kecik kat depan nie, blh mengaduh berdua masa mula2 nak masuk dewan.. kecoh kejap..hehehe...



Acar merenjis dimulakan... cantik Nurul...

Makan Beradap... Smilee ;)... sempat kacau dia sblm makan beradap...

The Wedding cake... nice... sedap jugak...

Ready utk segmen potong cake..


Door gift dari Pengantin.


Table yg sememangnya meriah ini...hehehe..

Sempat ambik pic dgn pengantin sblm balik.... x dann nak tunggu group photo dgn member2 lain...kena pulang awal, kejar bas balik Kluang ptg tu... ;)

27 October, 2010

Jogging..Jogging..Jogging..

Jogging..jogging..jogging... mari lah kita bersenam..hehehe.. tu la topik entry kita kali nie..cewah.. oleh kerana terasa badan ni semakin berat selepas raya hari tu...nak-nak bila doc ckp tekanan darah aku kurang stabil skrg..... so aku dgn member2 ofis ambik inisiatif pergi jogging dalam 2 kali seminggu lepas kerja di Taman Pudu Ulu, Cheras... wahh semangat gila nie cz kata orang selain dapat mengeluarkan peluh, senaman jugak dapat hilang kan stree...betul ke??.. tapi itu la yg aku praktik kan skrg....

Alhamdulillah masuk ni dah 3 kali aku jogging dalam masa 2 minggu..ok lah tu kan..dari 2 bulan dapat buat sekali je...hahaha.... Actually skrg kat ofis ku ada contest... LCT The Biggest Loser...bos besar bet dgn staff2 dia, sapa dapat kurangkan berat badan paling byk akan dapat hadiah... aku x masuk la contest nie cz diorang ckp aku x layak setakat nak turun 3-4 kilo tu x yah masuk...ni contest utk orang yg kena kurangkan minimum 7-8 kilo..ada tu sampai 16 kilo... mulanya contest ni sebulan temphnya... tp kan x logik la nak turun berbelas2 kilogram dalam masa sebulan...so pakat2 semula akhirnya contest ni dilanjutkan sehingga hujung tahun nie iaitu sblm Office Anual Dinner mlm new year nanti.... baru la leh pakai vouge2 kan... cewahhh....

Selain nak jaga tekanan darah, aku pun nak pantau gak semput aku nie, takut menyerang balik... tp so far alhamdullilah setahun dah x kena, last kena rasanya lepas Raya tahun lepas.... so harap2 dgn rutin senaman nie dapat menambahkan tahap stamina dan mengurangkan ketidaksihatan aku lately nie...

So next shedule, Khamis ni... marilah kita beramai2 menjaga kesihatan kita k... kalau kita x jaga sendiri sapa lagi kannn..... ;)

The jogging team (bak kata bos aku... ), Kak wati & Nicole.. sorang lagi kak Roziah ngelat smlm x ikut...hehehe..

cewahhh.... burokkknya rupaa akuuu...... ;p

25 October, 2010

Hubbyku kemalangan....

Assalamualaikum..
Baru selamat sampai ke KL malam tadi setelah bergegas balik ke Kluang, Johor ptg Jumaat yg lepas... aku dapat kol dalam pukul 2pm dari seorang mamat cina yg ckp nak tarik kereta ku pg bengkel.. dlm keadaan terpinga2 aku ingat kan kereta yg aku parking belakang ofis yg excident di langgar orang... lepas mamat cina ni try nak explain kat aku pasal kereta excident semua dan still aku x paham lagi sampaikan la di pass telefon ke husband ku... bila dengar suara hubby yg lemah baru aku tahu di baru lepas excident... dilanggar kereta... di langgar kereta baru keluar oleh seorang insan yg baru keluar lesen 'P' jugak. adeiii.. berderau darah ku kejap... ikut perancangan dia akan turun Kl petang tu bas pukul 3pm.. tp dia accident dlm pukul 2pm balik dari sembahyang Jumaat, nak balik rumah ambik beg baju dan terus ke stesen bas, sepatutnya laa. Tapi lain pulak yg berlaku.

Aku pulak bergegas cari tiket bas kat Bkt Jalil (cz last minit takut x de tiket)..nasib baik ada, bas pukul 7pm... jem sikit kat R & R Seremban kerana ada kemalangan berantai bas, van & kereta..so aku sampai rumah mertua Kluang dalam pukul 10.30mlm..... Alhamdullillah tiada kecederaan serius berlaku di badan dan anggota lain, cuma kecederaan di bahagian muka sahaja..terutama di bahagian kening dan kelopak mata... ada dlm 10-12 jahitan kt sana... sian pulak aku tgk dia... lihat dgn sebelah mata buat sementara waktu nie, sehingga jahitan di kelopak mata tu di buka pada 31hb Oct nie.... Doctor ckp kaca depan kereta tu x kena mata sekadar di luaran... nasib baik.

Aku nak jaga sampai bukak jahitan, cuti aku pulak dah habis..ni pun dah unpaid..bukan nak berkira tapi bila aku ofer nak bwk balik sini jaga, mak mertua tersayang ku itu x bagi pulak... so x pe lah... dapat tgkkan dia 2-3 hari nie pun ok lah... Kereta hubby dah masuk bengkel pun, claim insurans insan yg langgar dia, dan alhamdulillah saman bukan atas nama hubby ku cz dia x salah. Saman atas nama pihak yg satu lagi berserta dgn claim2 insurans semua atas nama pihak yg satu lagi tu termasuklah bil2 hospital tempoh hari. Husband ku cuma perlu berehat dalam seminggu dua nie... Kawan2 doakan dia cepat sembuh ya, sekurang2nya sblm majlis bertunangan adik ku pada 6hb Nov depan.... Amin.

rupa sblm balutan di buka..

keadaan mata dia selepas aku bukak pembalut di mata nya, supaya luka2 jahitan tu lekas kering.