11 April, 2011

Masak-masak lagi - Bihun Goreng Putih

Salam sejahtera semua kawan-kawan... apa khabar u all??.. Apa cerita weekends korang?..ada yg menarik?... hehehe this weekends parents datang rumah, lama dah diorang tak datang... lepas tu kitorang satu family pergi attend kenduri kahwin anak kawan ayah.. kawan ayah ni pernah jadi pengapit masa parentsku kawin... kiranya kawan sekampung la nie... best jugak tgk gelagat orang2 lama nie bila berkumpul balik.. comel je..hahaha boleh kata diorang nie comel?... bedal je.. ayah memang comel pun...hehehe.. ;p.




Ok lah, pasal parents ku nak dtg pagi Sabtu yg lepas, aku prepare kan la Meehoon goreng putih utk diorang... dan atas permintaan kawan2 yg suruh uploadkan resepinya aku letak la kat sini.. bukan nak tunjuk terror tau, aku cuma memenuhi permintaan kawan-kawan yg nakkan resepi... aku tak tahu kenapa meehoon goreng putih ku selalu jadi pilihan bila kami buat portluck di ofis..diorang kata rasanya lain... aku pun tak paham knp, rasanya aku goreng mcm orang lain jugak, resepinya biasa shj... errmmm... tak pe lah.. so pada sapa yg berminat, ini resepi nya k...




Bihun Goreng Putih. (utk makan 2-3 orang).




1. Bihun (2 keping, direndam dgn air dalam 30 minit, jgn lama sgt karang terlebih lembik).



2. 3-4 biji Bawang Merah kecil.



3. 2 biji Bawang Putih kecil.



4. 4-5 batang cili pagi (ikut selera, kalau tak makan pedas kurangkan, kalau suka pedas lebihkan).



5. Segenggam Ikan Bilis.



6. Bahan Mentah (ikut selera masing2). pada ku kali nie aku gunakan sedikit isi ayam yg telah di potong dadu. Dan 10 ekor udang harimau di potong dua.


7. Sayuran (ikut selera masing2 juga). utk ku kali nie aku gunakan sedikit lobak merah di potong panjang & sedikit sayur kailan.
8. satu sudu Garam. Ikut rasa.




Cara-caranya.



1. Tumbuk /Blander bawang merah & putih bersama cili padi.




2. Tumbuk kasar ikan bilis yg telah di basuh (jgn halus sgt).



3. Tumiskan bahan2 yg telah di blander tadi bersama dgn ikan bilis.



4. Bila dah naik bau masukkan garam dan masukkan sekali bahan2 mentah. Gaul sehingga bahan mentah empuk.



5. Masukkan Sayuran. Gaul lagi.









>>>>>>>>>bila semua bahan2 tadi dah cukup masak..













6. Masukkan Bihun.



7. Gaul sehingga rata.



8. Sebagai hiasan boleh taburkan cili merah yg di potong halus bersama dgn telor dadar yg telah di cincang halus.


















>>>>>>>>> Bihun Goreng Putih telah sedia utk di makan.. ;)
















**Selamat mencuba ya kawan-kawan.

2 comments:

Anonymous said...

tq ya
da lama cari resepi y mcm ni..resepi bihun putih ni bnyk kt intenet tp xmnepati citarasa.
y ni mmg yummy;D

Cempaka... said...

sama-sama kerana berminat... kawan-kawan ofis yg selalu request meehon ni dari saya..tu yg share kat sini kalau ku-kut ada lg orang luar sana yg berminat.