31 December, 2008

Selamat Tinggal 2008..

Selamat Tinggal 2008 and welcome to year 2009.

Oleh kerana semua orang sibuk entry utk new year, aku pun nak turut2 sibuk la buat entry sekali...hehehe.. lagipun hari nie kat ofis, boring and sengal tahap gaban...semua orang kat sini dah mood holiday. kena sakit kepala sampaikan kena telan panadol 2 biji tgh hari nie... tp ptg nie nampaknya panas badan ku still x turun2 lagi, kena la makan ubat lg malam nie...

Ada apa dgn tahun 2008... Tahun aku bergelar tunangan orang bulan Feb... tahun ni juga aku bergelar isteri orang di bulan Dis, menantu orang sudah, hehe.... Bulan Mei aku mula 'perang' dgn 'adik' ku hanya kerana keegoan masing2... tahun yg semakin sensitif... dalam penilaian tahunan ku di pejabat tempoh hari, pengurusku ckp, aku lebih garang this year berbanding tahun2 sblm nya...hehehe.. tak di nafikan, aku cepat moody tahun nie, alasan yg ku berikan, tekanan lepas bertunang cukup kuat sehingga menganggu semua konsentrasi ku utk hal2 lain.... alhamdulillah, aku rasa aku dah normal balik skrg...hehehe..moga tahun 2009 memberi seribu satu ketenangan hendaknya...amin..

Tahun 2008 juga tahun pertama mengajar aku dgn kawan2 lain supaya trek secara berdikari.... bulan Feb uruskan Birthday Farah, bulan Apr kami trek FD di Melaka guna bas...x pernah2 siut...dgn kereta sewa lagi... tp Alhamdulillah, bulan Jul- JB, kami trek dah guna kete sendiri.... dari booking, schedule, hotel semua dah mampu kami uruskan sendiri.. alhamdulillah....Majlis Raya juga berjaya kami lakukan dlm masa seminggu. Sesungguhnya pengalaman lalu byk memberi manfaat buat kami.

Pada kawan2 semua, Selamat Tahun Baru 2009 diucapkan and Salam Awal Muharam buat semua... Semoga tahun2 yg akan datang kehidupan kita akan dimurahkan rezeki, di rahmati, dan di jauh kan dari segala kemungkaran olehNya. Amin.

**balik Johor esok, 4 hari, so see u all next week in new year calender...hehehe...adiosss...

No comments: