12 March, 2014

TREATMENT OIL JTX5000 HAI-O

HAI-O JTX 5000 TREATMENT OIL

Apa tu minyak JTX5000? biasa dgr ENGINE OIL (Minyak Hitam) JTX1000 kan...? so jom hari ni kita tgk kelebihan minyak treatment JTX5000 yang berfomulasi dari U.S.A.

CIRI-CIRI MINYAK JTX5000 :

- Sebagai Oil Treatment untuk enjin kesayangan anda.
- Minyak pelincir yg dijamin kualiti dgn Sijil ISO 9001.
- Dapat memberi kuasa pelinciran yg mampu menahan tekanan lampau serta mencegah kehausan pada enjin kenderaan anda.
- Dapat mengurangkan geseran pada permukaan enjin.
- Dapat melindungi enjin dan anti geseran.
- Operasi enjin lebih sunyi dan lancar. (sgt sesuai tuk motor yg guna klac (dicampurkan sedikit bersama minyak hitam (engine oil) semasa servis motor) 
- Mengurangkan kos penyelenggaraan.
- Mengurangkan suhu semasa perjalnan (Radiator kurang panas).
- Mengurangkan penggunaan bahan bakar (petrol).
- Meningkatkan kuasa enjin.
- Membekalkan pelinciran yg menahan tekanan tinggi.

Harga : 250ml @ RM110.
Dosage/ sukatan : 250ml for 4-5 litres of Engine Oil (minyak hitam). Untuk kesan yg lebih sempurna, gunakan JTX 5000 (treatment oil) bersama JTX1000 (engine oil) semasa servis kenderaan anda. nesacaya anda telah memanjangkan hayat enjin anda dgn formula begitu.. ;).


whatsap/sms/call Nor@012-6043104

Terpaksa..

Kadang-kadang kita tak mampu nk puaskan hati semua pihak... dalam menjaga hati orang lain, hati sendiri yg sering terluka. Maafkan Nor, nor terpaksa berkeras tuk tuntut hak Nor... selebihnya Nor berserah pada yg Maha Esa.



jarang sekali dapat jumpa yg memahami.

11 March, 2014

Kisah aku dgn Profile Pic Blog

Ini kisahku sebentar tadi yg telah membuatkan aku tak boleh nk berhenti dari terus tersenyum.

Membuat deliver COD kepada customer JTX5000 di Cheras. boleh bila jumpa dia cakap : kenapa kat blog gambar muka berisi knp jumpa real life kurus...? aduii sempat lagi ke cik abg ni buat perbandingan.. tajam juga matanya...  aku ckp la profile pic kat blog tu dah lama, bertahun dah kut, sy memang turun berat badan pun lately... ni pun kawan-kawan dah bising suruh sy naik kan balik sikit berat badan ni... en. abg ni blh cakap org yg suruh awak naik berat badan tu org tu sebenarnya jeles dgn awak sebab x blh kurus mcm awak... awak maintain je... hahaha... secara jujurnya ni 1st time org bg statement kt aku mcm tu... kalau bkn pikir dia customer memang mau melompat aku kat situ... hehe.. terima kasih la ya saudara atas pujian tu..

ok dgr tu tak? pada mereka yg suruh aku tembam balik tu, x jadi la ya... i nak maintain je... hehehe.. jgn mareee yee... ;-)


lama juga rasanya x letak pic selfie dlm ni.. hehe.. baru sembuh so baru blh upload pic baru... latest of me..

nota kaki : tiba masanya tuk tukar header blog ni dgn latest pic la...hurmmmm...

07 March, 2014

SPECIAL OFFER FOR PREMIUM BEAUTIFUL MAC2014

OPEN CRAZY SALE FOR PREMIUM BEAUTIFUL SET. 

ONLY ON MAC 2014....!!!



ONLY RM 1,500.00 Per/set.

Original Net Price :
Long Girdle = Rm910
Waist Nipper =Rm675
Ling Bra = Rm780
Total Net = Rm2,300 ++..

So apa lagi yg ditunggu...jgn lepaskan peluang keemasan ni...promosi selama sebulan sehaja. edisi terhad... jgn tunggu sampai stok kehabisan... 

Jimat berbaloi-baloi... sapa nak jaga diri wanita kita kalau bukan diri kita sendiri kan...

Hubungi /whatsap/wechat 012-6043104...



06 February, 2014

Aku tak bisa maafkanmu lagi.

Kadang-kadang memaafkan seseorang itu lebih susah dari melepaskannya. Tapi kalau kita tidak mampu memaafkannya mana mungkin kita dapat melepaskannya sepenuhnya kan?

Namun buat masa ni mana mungkin aku dapat maafkan apa yg telah dilakukan.
Kerna dia telah mengubah jauh 360 darjah perjalanan hidupku kini. Tanpa sesalan tanpa sedikit rasa bersalah pun dirimu terhadap aku. Sejujurnya aku tak bisa maafkan dirimu lagi.


05 February, 2014

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum semuaa... bersawang kut blog ni.. hehehe...lama x masuk mengupdate apa yg patut kan... kesihatan yg kurang memuaskan lately + tuntutan kerja yg dah semakin demanding so memang susah dah nak memblog... rindu sebenarnya nak menulis, rindu dgn alam penulisan ni.. insyaAllah akan cuba mencar ruang dan waktu tuk aku menulis semula.

09 January, 2014

Karma

Lamanya kita tak bercerita tentang sesuatu topik disini kan...sorry la u all, blog nie agak rojak sikit...hehehe.. ada pasal produk  ada pasal biz and ada pasal personal matter.  Ada orang suruh asing-asingkan blog biz dgn personal... but kalau asing blog biz tu nanti jadi blog yg official, tak fun la kan?... dah macam blog syarikat... nanti x de orang nak baca pulak... kalau di selit kan dgn aktiviti2 peribadi sekali sekala, at least terasa dekat diri ini dgn para pembeli sekalian. cewahhh perasan kejap..hehehe..

Apa sebenarnya yang u all paham dgn perkataan Karma ? Secara kasarnya Karma bermaksud :

Hukum Karma boleh didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan.  Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.  

U all percaya ke tidak dgn statement di atas itu? aku pun x tahu kenapa tetiba terlintas perkataan itu dikepala dalam sehari dua nie... Yg aku tahu, setiap kejadian yg berlaku ada hikmahnya. walaupun kadang-kadang berlaku depan mata di kalangan teman-teman rapat yg melalui sendiri pengalaman nie. 

Kita tidak boleh menolak ketentuanNya tp aku juga tidak pernah minta pemblasan di atas apa yg orang lain dah buat pada ku, tapi jikalau mereka menghadapi kesulitan seperti mana yg aku lalui dulu, mungkin itu hanya lah satu kebetulan yg telah di tentukan oleh yg Maha Esa. Pintu maaf masih ku buka seluas nya. Tapi jika tiada sesalan dari mu aku tidak mampu membantu.

Percayalah aku hanya inginkan yg terbaik buat diriku buat dirimu dan buat semua.

Lagipun setelah beberapa bulan ni perjalanan hidupku macam roller coster, Alhamdulillah Sesungguhnya Aku amat Bersyukur di atas ketenangan yg Kau berikan padaku Kini. Terima Kasih yg maha Esa. 

 Alhamdulillah.