05 April, 2011

Kelas Jahitan Manik...

Assalamualaikum semua.. rasanya entry nie terlewat pos dari hari sepatutnya.. masa tidak mengizin kan.. semalam ada masa nak post tapi cable lak tertinggal kat rumah, so x dapat la upload pic2 kelas hari tu.. hari nie baru dapat curi masa...sysss. bos kecik ada kat ofis, tgh duk taip senyap2 nie... nanti dia dengar...hehehe.. (mcm x biasa kan...)..

Mcm yg ditulis last week, Sabtu lepas aku dgn jayanya telah menghabiskan kelas manik (ala-ala krusus sehari)... suka..enjoys gila masa belajar manik nie.. nak-nak group yg sekali dgn ku nie pun semua best2...so pembelajaran tu menjadi seronok... sambil belajar sambil bergosip bertukar2 pendapat... byk jugak yg aku belajar pasal manik nie... ermm nak kena practise2 kan jari jamari ku lepas nie, nanti dah lembut tangan2 nie senang la nak jahitkan baju orang kan... sekarang x berani lagi..masih kekok lagi.. kelmarin aku try siapkan sekuntum bunga manik kat baju kurung ku yg lama pun dah nak dekat 2 jam.. kalau aku ambik utk satu baju, mau sebulan baru siap sehelai baju...hahaha.. tak pe-tak pe..kata orang practise make prefect kan?... ok lah, malas nak gomel panjang... enjoy the pic k...


lama-lama nie boleh tambah power spec aku nie dgn manik2 kecik nie, adeii..


fokus..fokus..



kalau tak bergosip sambil jahit tak sah tau... ;p. Peace angah...


ni la hasil tangan ku selama sehari... habis jgk semua modulnya..alhamdulillah..


ni la group kelas 2hb Apr 2011... salam perkenalan buat kalian.. cewahh.. sblm balik bergambar dgn hasil kain masing2....


ni la cikgu kami.. cikgu Azrin.. terima kasih Azrin kerana sudi mengajar kakakmu ini yg terlebih slow nie..hahaha... (btw, abaiku muka ku itu, kelas sampai malam, habis muka dah naik berminyak bagai.. adeii..)



nota kaki : kalau siap project pertama bunga manik nie kat baju lama ku itu, aku akan share kan pic dgn u all.. korang komen la ok ke tak?.. sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan yaa... ;p.

30 March, 2011

Yehaaa dah daftar kelasss...

Yehaaa dah daftar nak masuk kelas.. x sabarnyaa.. jgn salah paham je kawan-kawan aku bukan daftar kelas nak sambung belajar.. tapi aku daftar utk masuk kelas jahit manik... hehehe.. suka..suka... oleh kerana nak hilang kan serabut di kepala nie leh la aku alihkan fokus kat manik sekarang kan??.... almaklum la aku sgt jeles tau tgk orang pakai baju manik lawa-lawa tapi aku tak mampu nak hantar kat orang buat so kena la belajar sendiri....


x sabar x sabarnya... dari pagi td duk tgk gambar2 corak manik jee kat goegle nie.... hehehe...dah la x de basic apa pun pasal manik..tah boleh khatam ke tak 40 patern corak manik ni...adeii.. harap2 menjadi la hasil tangan ku nanti... huhuhu.. doakan ye kawan-kawan.... cerita di belakang tabir sewaktu kelas Sabtu nie aku updatekan next week kat sini nanti tau... ;)


mood hari nie : sangat terujaaa... yehaaaaaaaaa....

29 March, 2011

Masih not in mood...

Sejak dari malam Ahad yg lepass..
Aku tak de mood..
Pagi nie masih lagi tiada mood utk kerja..
Tak de mood utk buat semua benda...
Kerja tgh banyak tapi aku x leh fokus..
Kadang di depan PC ni aku masih mengelamun..
Mood senang turun naik skrg...
Pernafasan pun tgh turun naik skrg..
Sungguh aku tak suka situasi nie...
Eerrmmmm...

Nota kaki : Kata orang tak baik mengeluh.. tapi apa lagi yg perlu di buat... Sabar??.. so common answer kan??...

28 March, 2011

Masak-masak = Ayam Masak Cili

Assalamualaikum semua.. ermm pagi2 dah boring kat ofis nie..adeiii maklumla pagi Isnin la katakan.. dah la masuk ofis lewat hari nie.. x de mood pulak.. haissss makan gaji buta aku hari nie...

So memandangkan aku x de mood nak kerja.. meh kita main masak2 nak tak??.. Hari Jumaat lepas, Husband balik tetiba tanya " eh dah lama awak tak masak ayam cili awak tu?".. eh ada permintaan la.. dah la last week kak wati my officemate pun minta resepi yg sama.... so oleh kerana dah ada permintaan maka semalam dgn jaya nya aku berjaya buat lagi ayam masak cili nie... nama resepi nie aku just letak sendiri je cz kalau nak ckp pasal rasa, masakan ni mcm campuran daripada sambal ayam + ayam masak merah... lagipun resipi asalnya adalah dari Ketam Masak Cili... tapi pasal husband x makan seafood dan dia suka ayam so aku tukarkan la resipi ini kepada ayam..alhamdulilah percaturan ku menjadi... so far dah 3-4 kali jugak aku dah buat masakan nie... so kalau sapa nak try boleh la cuba k.... Senang je masakkannya..


Ayam Masak Cili


1. Ayam (Dipotong ikut selera, dalam setengah ke seekor).


2. 6 Sudu besar Cili Sos

3. 3 Sudu besar Sos Thai

4. 2 Sudu besar Sos Tiram


Bahan utk di Kisar

1. Bawang Merah kecil 4-5 ulas.

2. Bawang Putih 2-3 ulas.

3. Halia 3cm.




4. Serai 2 batang.




5. 6 batang Cili Merah


6. 6 batang Cili Kering







Cara-cara penyediaannya :



1. Gaulkan ayam dgn kunyit dan garam. Goreng dan asingkan.

2. Tumiskan bahan-bahan yg di kisar tadi sehingga naik bau.

3. Masukkan semua jenis sos tadi kedalam bahan tumisan tadi, dan gaul lagi sehingga naik minyak.

4. Letakkan garam dan gula secukup rasa (atau ikut selera)

5. Masuk kan ayam, gaul sehingga rata.
Nota tambahan : Pada mereka yang suka sos pekat, x perlu tambah air, tapi kalau bahan2 anda tadi agak pekat, sila la campurkan air sedikit.


Nie la hasilnyaa.. taddaaaa..... Ayam Masak Cili.


so Selamat mencuba kawan-kawan...





NOta kaki : Baby Rayyan dah ada improvement yg baik. Dia dah dipindah kan dari wad ICU kepada wad biasa... Terima kasih atas doa kalian. Moga2 Baby Rayyan akan cepat sembuh dan boleh membesar seperti kanak2 lain. Amin.

25 March, 2011

Zayyan Masih Kritikal..

Buat sahabatku Hazli Erma.. Tabahlah.. aku tgk pic nie pun aku nak nangis.. tak sanggup tgk baby sekecil ini dgn wayar2 yang bersambung dengannyaa...huhuhu... Aku doakan baby Eir akan cepat sembuh...kita sama2 doakan ya kawan2.. Amin.

terima kasih.



Ni pic terbaru dari hospital smlm...huhu.. dua2 pic baby Zayyan yg aku letak smlm dan hari nie adalah dari Ajid Rihan.

mood hari nie : masih sedih.

24 March, 2011

Tabahlah wahai kawanku..

Hari nie aku mendapat berita yg sangat mengejutkan.. terus rasa sedih tak terkata... diam sekejap...salah sorang klik di department sebelah skrg tgh menunggu di luar bilik pembedahan kat Hopital KL Kanak2.. nak tahu kenapa??.. baby dia kena operation... doctor ckp ada pendarahan dalam kepala.. yg peliknya.. baru 2 hari dia start kerja dari habis berpantang... dan baru 2 hari jugak di hantar baby kat baby sitter... doktor ckp may be dia jatuh buaian atau terhantuk di mana2??.. tapi tidak di beritahu kat mak baby nie... bila ambik dr balik kerja, baby dah x aktif.. dah lemah semacam...bila check kat klinik jadi mcm nie, mau tak terkejutnya..aduhhhhhhhh sedihnya berita2 mcm nie... 2-3 bulan nie selalu jugak baca artikel dalam paper kerana kecuaian baby sitter.... haissssss... kenapa la benda2 mcm ni boleh happen..kalau tak ikhlas nak jaga, jangan la jaga... geram sunggu la aku dgn cita2 mcm nie...


ni lah rupa baby Harith Zayyan... comel tak??... Zayyan kena kuat ya..sian kat ibu... nanti aunty jumpa Zayyan kat wad ya.... Cepat sembuh tau... huhuhu :(

14 March, 2011

Ketahanan Diri dalam Alam Perkahwinan

Salam kawan2.. hari nie terasa nak berbual kosong pulak. Boleh kan??

Ptg Sabtu yg lepas ada sessi luahan perasaan bersama rakan lama.. Niat awalnya nak berjogging tp kerana cuaca yg agak samar2 nak hujan atau tidak. Kami berdua decide just nak lepak2 minum dgn cafe sebelah tasik nie...

Credit pic dari google images

Aku bukan la orang yg terbaik utk memberi nasihat tentang alam perkahwinan. kerana aku pun masih awal dlm 'status' nie dan masih belajar cabaran2 baru yang sering timbul nie, hehehe.... Tp kerana sudah di minta pandangan aku sanggup berkongsi serba sedikit. Seorang kawan bertanya, boleh ke kawin lari?? (dalam hati terkejut, tapi cuma ber'reaksi' terbuka). Aku tahu aku x boleh salah beri nasihat takut lain pulak jadinya tapi tidak boleh jugak menyalahkannya cz aku tak tak tahu duduk sebenar cerita itu.... cuma yg aku blh katakan, dah habis pikir ke??... andaikan kata awak kawin lari, apa akan jadi selepas tu... masih nak kerja di tempat yg sama ?? dah dapat tempat tinggal yg baru ke?? nak buat apa selepas tu?? Pasangan anda mampu ke tanggung anda sepenuhnya??.. tak ingat family lagi ke??... and plan nak lari sampai bila?? terdiam sekejap kawanku. Dia ckp tak terpikir pulak pasal keadaan selepas2 tu, In case kalau terjadi la perkara tu.....


Ada orang cakap kawin tu senang... Pada ku Kahwin tu memang perkataan yg senang.. tapi nak menjalani kehidupan alam perkahwinan tu yg rumit. Kalau kita dah bersetuju nak menjalani kehidupan itu bermakna kita dah pun bersedia dari segi mental dan fizikal. Kita berkahwin bukan dgn pasangan kita sahaja, tetapi kita berkahwin dgn kehidupan dia sekali sblm ini. Bermaksud bukan sahaja kita kena terima pasangan kita apa baik, buruk, kelebihan dan kekurangannya tapi kita kena terima semuanya termasuklah kerjayanya, keluarganya, kawan2nya, hobinya dll. Cuma apa yg paling penting adalah kita tahu tanggungjawap kita dalam sesebuah perkahwinan tu. Kena ada 'give and take'...... kita kena tahu adab2 kita sebagai orang yg dah berkahwin. Kita akan sering kali jumpa soalan ini dalam seharian selepas berkahwin..... kalau buat macam nie apa akibatnya??, kalau buat macam tu apa akan jadi nanti??, buat mcm nie 'dia' suka tak?? dia marah tak kalau aku....??.. soalan2 tu akan sering berligar2 dalam kehidupan kita selepas itu.


Ooo Bercakap pasal keluarga tadi.. kena terima keluarganya sebaik mungkin... perangai mertua, perangai ipar duai, biras2... anak2 buah pasangan...semuanya kena ditangani dgn baik supaya tidak melukakan hati sesiapa kalau timbul sebarang isu. Tu la sebabnya zaman sekarang nie, kalau kita lihat di dada2 akhbar pasangan yg kita rasa rasa 'serasi bersama' pada mulanya tapi akhirnya kecundang dgn isu perpisahan/perceraian. Aku tak cakap aku bagus, atau akan kekal selamanya dalam 'ikatan' ini... kerana kita tak kan tahu untung nasib kita selepas nie... cuma yg boleh aku katakan, aku akan berusaha sebaik mungkin utk menyemarakkan kasih sayang ini dan cuba pertahankannya dari sebarang kesukaran cabaran yg datang. Kita tak tahu masalah orang lain sehingga terjadi nya perpisahan dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya susah la utk aku katakan/terangkan..... Ermm mcm yg aku ckp pada temanku itu....Benda-benda mcm nie tak de kelas utk belajar... ianya datang sendiri.. kebolehan utk menyelesaikan masalah2 yg timbul tu akan datang sendiri seiring dgn masalah2 yg timbul itu. Semuanya bergantung pada situasi keadaan... belajar dari pengalaman. Dan utk diriku sendiri secara peribadinya, aku belajar dari masalah dan kerumitan yg timbul. Selalu reda dan berserah kepadaNya... Alam perkahwinan ni ada pasang surutnya... tak semua ada dukanya, ia tetap ada manisnya... kadang2 dalam tangisan pun akan ada senyumannya... betul tak??


So nasihatku pada kawan2 yg bakal penempuh alam perkahwinan nie, bersedialah dari semua segi.. InsyaAllah anda akan di permudahkan utk mengharungainya....


Lastly utk penutup 'khutbah' hari nie..cewahh... Jgn letak kan harapan yg terlalu tinggi dalam sesebuah perhubungan, kerana kalau tak sampai apa yg kita harapkan kita akan terluka, kita kan memberontak... so Harap lah hanya yg terbaik utk kita... follow the wind kata orang.. pada ku itu lebih menyeronokkan... hidup tanpa sebarang paksaan dan sekatan... biarlah ianya datang seiring antara manis dan pahitnya. InsyaAllah hidup di alam Perkahwinan kita akan lebih bahagia selamanya.


Amin.