23 November, 2011

Only a dream..

Malam kelmarin aku mimpi.. aku bersalin (bila mengandungnya, x masuk lak dlm mimpi tu)...baby boy..comel.. aku dapat tgk semua orang seronok meraikan baby baru,.... walaupun dalam mimpu tu aku x nampak reaksi HB ku mcm mana tp bagi ku itu la antara mimpi yg paling best pernah hadir dlm hidup ku..sampai kan aku jadi sebak bila terjaga... sedih cz itu hanya lah sebuah mimpi yg indah..


its not reality..... :( . I wish its true...

17 November, 2011

Roller coaster...

My life is like roller coaster right now.. tunggang terbalik rasanya.. mcm2 happen last week sampaikan aku x sempat nak coret2 langsung pasal majlis sambut menantu adikku... tapi rasanya x de sapa kisah pun aku update ke tidak blog nie kan..hehehe..


1st thing yg happen, rumah kawan baik aku kat office nie terbakar hapir 100% pada tengahari hari Khamis minggu lepas... berita yg agak mengejut kan semua orang di ofis termasuk la ofis induk, kitaorang ramai2 buat donation, alhamdulillah, sedikit sebanyak hopely dapat membantu Kak wati and family utk bina rumah baru dalam masa terdekat ni.. saya tumpang simpati kak.. actually ada ambik gambar lokasi kejadian guna hp nie, tp x tahu kenapa aku x leh nak upload pulak.. orang kampung cakap punya nya dari budak2 yg bermain api.. ishhh..x serik2 tau, orang lain yg cari pasal, orang lain yg dapat padah... hurmmmmm.....


2nd thing, kereta masuk bengkel lagi.. kali nie major problem.... kena bukak enjin semua, ganti sparepart (byk gak la)... kata orang2 kereta bahasa ringkasnya, kereta ku kena overhall. Seminggu kat bengkel...x pasal2 pergi balik kerja naik tren seminggu..adeii.. nasib baik hb nak bwk kete dia turun balik Seremban utk kenduri, kalau tak mau patah kaki jugak aku.... kopak-kopak lagiiiiiiiii....... :(


3rd thing, Majlis Sambut Menantu, Majlis Khatam Quran berlangsung dgn meriah nya pada hujung minggu lepas. Tetamu datang bertali arus. Lebih dari janggkaan kami sekeluarga. Seronok, meriah... lauk2 habis, door gift habis... x dapat nak tapau kan utk tetamu.. memang x cukup tangan kaki melayan tetamu... walaupun penat, but i'm enjoy that moment. Gambar tunggu edisi formal la ye... x tahu bila siap...


perkara keempat (tetiba keluar bahasa pulak, hehehe)... berita x berapa baik.. aku akhiri semua kejadian di atas dengan hurmmmm.. mcm mana nak cakap ya...bukan la gaduh..bukan la bertekak... tp perselisihan paham kut... ermm aku x dapat jumpa perkataan yg sesuai.. cuma yg boleh aku katakan, hubungan aku agak dingin dgn hb sekarang... kata orang, jgn cerita hal rumahtangga in public.... tp entahhh lah... dia beri masa utk kami berfikir sehingga aku balik dari Pangkor next week... aku harap sgt benda ni selesai secepat mungkin. Sejujurnya aku penat nak pendam perasaan.. Penat........


Aku roger dulu utk kali nie... lain kain aku sambung lagi kalau ada fasa seterusnya dalam kehidupanku.... hurrmm..........


nota kaki : bahasa agak merapu meraban di atas. Abaikan...

04 November, 2011

SALAM AIDILADHA semua..

Drop by sini sat, nak wish SELAMAT HARI RAYA KORBAN/HAJI AND SALAM AIDILADHA buat semua member2 disini... selamat bercuti..(walaupun 3 hari)..hehehe.. hati bila makan2 di hari raya nie, jgn ada yg terlebih makan lak... and Berhati2 di jalan raya jugak..ingalah orang yg tersayang...take care semuaa...byee...


nota kaki: Kereta kena duduk bengkel lagi hari nie..huhuhu.. nasib baik balik raya naik bas...adeii... ;p.

03 November, 2011

Selamat Pengantin Baru Nadzry

Lama tidak mengupdatekan blog disini.. huhuhu..sibuk2..bz2 menguruskan majlis perkahwinan adik lelakiku Mohd Nadzry dan & Nurul Ayu... Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan belah perempuan telah selamat berlangsung dan dgn sukacitanya aku dah dapat adik ipar secara rasmi...hehehe.. suka.. bertambah ahli keluargaku... ok lah, agak busy kat ofis nie so x de mood nak mengarang2 bagai...kita share picture je lah..gambar2 nie sama je yg aku tempek kat facebook sana.. copy paste balik kat sini yek...hehehe.. gambar tak byk la ye, sorry, kakak pengantin sibuk kehulur kehilir..ni gambar mana yg sempat di snap je yg lain2 kita serah kan pada photog profesional ye... ;). Apa2 pun SELAMAT PENGANTIN BARU DIK... Semoga dapat mengemudi bahtera perkahwinanmu dgn baik.. and berbahagia sampai bila2.. jgn jaduh2 k... ;p



Majlis Pernikahan Mohd Nadzry & Nurul Ayu




Lokasi : Masjid Taman Kosas, Ampang



Tarikh : 28hb Oct 2011



Masa : 4.30pm










Majlis Persandingan Mohd Nadzry & Nurul Ayu

Lokasi : Taman Kosas, Ampang

Tarikh : 29hb Oct 2011

Masa : 1.30pm.


19 October, 2011

Paper KOSMO 19Okt2011




Farah tidak berlagak diva

MUZIK asli Thailand beralun lembut, mendayu-dayu menghiasi ruang lobi Hotel The Imperial Mae Ping, Chiang Mai, Selatan Thailand. Biasan sinar suria melimpahi ruang lobi dan terpanah cantik pada wajah pengacara Rasa Halal Orient Astro Oasis, Farah Diana Anuar, 26, atau Farah Akademi Fantasia (AF).


Dari situ, penulis lihat wajah penyanyi lagu Antara Dua itu begitu gembira dan teruja bercerita mengenai kejutan yang diberi oleh suaminya, Johan Johari, 26, ketika dia menjalani penggambaran di Bangkok, Thailand.


Farah tidak menyangka suaminya sanggup datang ke Bangkok semata-mata untuk berjumpa dengannya. Biarpun kedatangan suami ke kota Bangkok hanya tiga hari iaitu 1 hingga 3 Oktober lalu, ternyata ia berbaloi buat pasangan itu melepaskan rindu. Maklumlah, baru dua bulan lebih berkahwin dan menyulam cinta sebagai suami isteri, Farah dan Johan terpaksa berjauhan hampir tiga minggu demi tuntutan kerja si isteri.

"Jika dulu sebelum kahwin saya hanya fikir pasal diri sendiri. Tetapi selepas berkahwin otak asyik melayang pada suami. Tetapi, bila fikir-fikirkan balik elok juga berjauhan sekejap dengan suami. Dari situ barulah saya fikir mengenai objektif perkahwinan," katanya kepada media yang mengikuti penggambaran program Rasa Halal Orient di Chiang Mai, Thailand, pada 5 hingga 8 Oktober lalu.

Biarpun berjauhan, Farah yang juga merupakan penyanyi dan pelakon itu tidak pernah putus mengirimkan khabar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) setiap hari kepada Johan. Begitupun, Farah bersyukur kerana suami sangat memahami kesibukannya sebagai pengacara.
"Selama enam tahun bercinta lagi kami jarang berjumpa. Kadang-kadang dua atau tiga bulan sekali baru berjumpa. Disebabkan itu sehingga kini saya merasakan macam saya dan dia baru bercinta. Ada benda yang masih perlu disesuaikan lagi," katanya ketawa.

Tidak cerewet


Pandai menjaga tingkah laku sepanjang masa dan tidak membuatkan orang di sekelilingnya terasa hati dan menyampah, selain tidak cerewet soal makan jika dibawa ke mana sahaja oleh pihak produksi Rasa Halal Orient menjadi sebab mengapa Farah masih menjadi pilihan pengacara program travelog popular itu selama enam musim berturut-turut.

PENGGAMBARAN Rasa Halal Orient di Thailand disulami kegiatan bersama haiwan.
Saat diajukan soalan mengenai Farah kepada krew produksi ternyata sikapnya sangat disenangi oleh mereka. Salah seorang krew produksi, Nurjannah Mohd. Salleh yang juga bertanggungjawab bagi bahagian perolehan Astro Oasis memberitahu, walaupun Farah merupakan seorang selebriti dan juga pengacara program tersebut dia tidak pernah merungut mengenai makanan dan juga tempat makan yang dibawa oleh pihak produksi.
Tidak timbul langsung rungutan seperti tekak tidak boleh terima makanan negara lain selain makanan yang dijamukan tidak sedap daripada mulut comel Farah. Maka tidak hairanlah, selama pengacara berzodiak Capricorn itu berada dalam industri nyanyian mahupun di bidang pengacaraan tiada langsung suara sumbang dan kontroversi yang diperkatakan melainkan kisah cintanya bersama penyanyi Adam AF yang hanya bertahan hanya beberapa ketika sahaja.

"Alhamdulillah, saya masih diperlukan untuk mengacara program Rasa Halal Orient. Maklumlah sudah berkahwin. Saya ingat mereka akan cari pengganti lain," katanya yang memberitahu sering membuat rujukan demi memantapkan program yang dipikulnya.

Menjadikan program Travel & Living sebagai panduan pengacaraan, Farah mengaku tidak mahu nampak bodoh di hadapan penonton rancangan itu kerana tidak tahu apa kandungan yang terkandung dalam makanan yang dimakannya.
"Farah sayangkan program ini. Jadi, Farah akan fikirkan sesuatu yang lain untuk diterapkan dalam program ini.
"Untuk musim keenam ini, Farah ada berbincang dengan tenaga produksi untuk memasukkan istilah-istilah makanan. Farah juga akan pastikan apa bahan-bahan yang terkandung di dalam makanan yang Farah makan," katanya.

Fokus menyanyi

Sudah lama tidak menyanyi dan merakamkan lagu, kali terakhir Artis Harapan Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM 12) itu keluar dengan album Antara Dua pada tahun 2005 dan Fantasia pada tahun 2009.

FARAH tidak merancang keluarga. Dia menerima jika diberi rezeki hamil awal.
"Untuk album Fantasia ia tidak dapat dipasarkan walaupun Farah sudah rakamkan hampir 10 buah lagu dengan Aidit Alfian dan juga Ajai. Memang sangat kecewa tetapi nak buat macam mana ketika itu syarikat yang menguruskan kerjaya nyanyian Farah bermasalah," katanya yang rindu untuk aktif menyanyi semula.


Tidak mahu meninggalkan dunia nyanyian yang disukai, Farah akan kembali aktif menyanyi pada tahun depan. Untuk permulaan, dia baru sahaja merakamkan lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang berjudul Warisan Hawa untuk program Ustazah Pilihan. Artis Baru Wanita Popular ABP 2005 itu juga memberitahu, masih menerima jemputan menyanyi pada hujung minggu jika mempunyai kelapangan.


Menyentuh mengenai kehidupan sebagai seorang isteri, kata Farah, dia kini sudah banyak mengenali bahan-bahan mentah dalam masakan. Jika diuji dengan jenis-jenis sayur Farah tiada masalah untuk membezakannya.
"Sejak mengacara program makanan, Farah dah tahu banyak benda mengenai masakan. Farah juga sudah cuba masak sambal udang untuk suami. Cuma lauk kegemarannya kari ikan masih belum Farah cuba buat," katanya terus terang.
Beralih soal anak pula, Farah memberitahu masih belum ada rezeki. Dia juga mengaku tidak merancang untuk mendapatkan anak.
"Farah ada dengar kalau orang rancang anak lepas itu susah nak dapat. Farah terima sahaja kalau dikurniakan anak pada bila-bila masa," katanya lagi.

Geisha - Cinta Dan Benci



Geisha - Cinta Dan Benci

Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
Telah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga

Tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja, tak pernah merindu

*Sungguh aku tak bisa, sampai kapan pun tak bisa
Membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

Apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi
Telah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta, ku sakit kernamu

*(Solo)Ku sakit kernamu
Sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci
Sungguh aku tak bisa membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sungguh aku tak bisa, sampai kapan pun tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci
Cinta dan benci yang ku rasa

Nota Kaki : Tetiba aku 'terlayan' lak lagu nie lately...hehehe... ;)

10 October, 2011

Corak Manik lagi..


mesti korang bosan kan aku upload pic manik2 lagi..hehehe.. tp nak upload jugak corak manik yg baru lepas aku jahit utk baju umi(ibuku)... may be dia akan pakai masa sanding adikku (belah pengantin perempuan). aku x pernah buat 3 patern dlm satu baju..corak berpintal, manik tabur + corak separa bunga bulatan.