Showing posts with label JTX Series. Show all posts
Showing posts with label JTX Series. Show all posts

04 June, 2014

Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta

23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta


Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. 

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel. Tapi Minyak Enjin JTX1000 & JTX 1000 Gold hanya perlu 10,000km-12,000km tuk sekali servis. Anda boleh jimat disitu.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Sumber: provoox.blogspot.com



Saya tak la pandai sgt pasal kereta nie, sekadar ingin berkongsi ilmu tentang Peringatan tuk Servis kereta ni. Rasanya maklumat yg saya jumpa ini sangat berguna tuk mereka-mereka yg baru nak belajar handle kereta sendiri. Terima kasih Provoox.blogspot.com for sharing this infor.


NAK TRY MINYAK ENJIN JTX 1000 & JTX 1000 GOLD, boleh hubungi Nor 012-6043104 tuk Tempahan. COD sekitar Ampang, KL, Lembah Klang.

08 April, 2014

NEW Product - JTX AIRTRACKER

Assalamualaikum....

Entry terlewat lagi...hehehe..

Masa karnival Gegar JTX yg lepas, Syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd dah memperkenalkan satu lagi produk evolusi baru dalam bidang permotoran di Malaysia nie.... Satu lagi produk di bawah Jenama JTX Series...

Memperkenalkan JTX AIRTRACKER...


Apa tu JTX Airtracker ni ya..?? confius?.. simple je sebenarnya ni.. bendanya mcm sticker, mcm simcard, kecik je tapi mempunyai teknologi yg mampu mengubah enjin kenderaan anda dan menjaganya, memeliharanya supaya sentiasa berada di tahap yg terbaik.



Nak senang faham macam ni...
- udara masuk dalam air filter. - bila melalui air filter, Airtracker akan memecahkan molekul angin menjadi kecil2. - jadi bahan api dapat dibakar 100%. - prestasi enjin akan meningkat. - kurang karbon dioksida & karbon monoksida keluar dari kereta.
Alat mesra alam.

Cara Pemasanganya...



Ni contoh kenderaan.. BMW atas 2000 cc so ianya memerlukan 2 set Airtracket iaitu 6 keping..


Ni pose apa nie?... ni namanya pos nak cari pasal..hahaha.. kereta nie dah running enjin over 4 hours dah.. tapi still kami blh pegang lagi ekzosnya... kalau kenderaan yg tanpa pelekat Airtraker berani ke nak letak tangan kat situ tanpa melecur??.. memang tidak la kan... tapi dgn Airtracker sahaja temperature kenderaan anda akan sentiasa berada di tahap yg rendah. Produk yg Terbaik....
Harga Satu Set RM290.00 (3 keping) 
(10 customer terawal ada diskaun menanti anda ;) )

Kesimpulannya bagi Nor, pasang Airtracker tu bkn shj nk jimatkan minyak tapi yang lebih penting lagi untuk save environment dari asap-asap kereta yang mengandungi gas carbon monoxide yang boleh menjejaskan kita alam sekitar. 

SELAMATKAN ALAM SEKITAR!

NOR @ 012-6043104

31 March, 2014

KARNIVAL GEGAR JTX 2014

Alhamdulilah.. first time pergi karnival JTX..memang best..  meriah.. dari org x minat enjin tetiba jadi minat pulak... byk infor yg dapat semalam.. seronok sgt.. terima kasih buat CDM Ahmad Kamarudin dan DDM Nurul Ayuni sebab temankan sy dgn Jaja... sebelum ni memang x tahu apa..main jual je.. skrg dah tau apa itu minyak TRIOLOGI JTX Series.. kalau ada lagi karnival mcm ini insyaAllah nk bawak lagi ramai kawan-kawan tuk join.

KARNIVAL GEGAR JTX 2014
LOKASI :WISMA MCA, JALAN AMPANG
TARIKH : 30HB MAC 2014
MASA :11am - 5pm



Antara kenderaan yg menggunakan JTX Series



Best gila kalau ada minyak besar mcm nie.. ;)



CDM Ahmad Kamaruddin, Me & Jaja... 


Yg bestnya pergi pakai baju lain..tgh-tgh event pakai baju lain... hehehe... Lama tunggu nak dapatkan baju ni tau...terbaikkkk....


With my friends, my mentor, my sister @ Mummy DDM Nurul Ayuni.. Thank you for everything..


Dari kiri Eira, Khai, Dhia, Cikgu Din, CDM Ustaz Ramzi, Ayuni, Jaja & Me

nk join team JTX saya as ajen atau nk dapatkan produk JTX1000, JTX1000 Gold & JTX5000 blh hubungi 
NOR 012-6043104.



27 March, 2014

JTX Agent Perlis & Kedah.

My JTX Series Agent now at PERLIS & KEDAH.





CIRI-CIRI MINYAK HAI-O JTX 5000


-sebagai Oil Treatment untuk enjin kesayangan anda


-minyak pelincir yg dijaminkan kualiti dengan  
SIJIL ISO9001


-dapat memberi kuasa pelinciran yang mampu 

menahan tekanan lampau serta mencegah 

kehausan pada enjin.

-dapat mengurangkan geseran permukaan enjin.

-melindungi enjin dan anti geseran.

-operasi enjin yang lebih sunyi dan lancar (sangat sesuai motor guna klac )

-mengurangkan kos penyelenggaraan.

-mengurangkan suhu semasa perjalanan. (radiator kurang panas )

-mengurangkan penggunaan bahan bakar.

-meningkatkan kuasa enjin.

-membekalkan pelinciran yang menahan tekanan tinggi.


Keistimewaan JTX 1000 GOLD

• Memberikan kuasa dan prestasi optimum dalam 

semua keadaan pemanduan walaupun dalam keadaan yg ekstrim

• Diperkuatkan dengan EP/EW

• Memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh

• Mmeberikan perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksidasi yg lebih baik.

• Pengubahsuaian geseran yg lebih cekap untuk penjimatan minyak dan prestasi yg lebih baik

• Pelincir berkualiti tinggi yg menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar

• Menepati ataupun melebihi API SN/CF

senang cita menjimatkan minyak dan 


kos maintenance kenderaan anda setiap kali 

servis.


So orang-orang utara PERLIS & KEDAH yg berminat dgn Minyak Hitam (ENGINE OIL) JTX1000 GOLD & Minyak Treatment JTX5000, boleh hubungi En Azizi di talian 019-3447954.

tapi di area KL/Selangor/Seremban masih boleh hubungi terus NOr ok.. 012-6043104 :)