Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

19 October, 2010

Kepada peminat Blackberry..

Just a latest news for peminat-peminat phonne Blackberry... jgn tanya aku cz aku x minat blackberry nie cz pada ku utk orang2 yg berduit je...hehehe oppss... sorry aku x mampu actually bukan x minat... so kalau rajin sila la baca k...


Latest Blackberry model : Celcom BlackBerry Torch 9800!




We really are spoilt for choice nowadays when it comes to purchasing smartphones. So many brands, so many models, so many fancy features… but make no mistake, nobody does smartphones like one of the pioneers in the market – Blackberry. And if you were always on the fence about which smartphone ‘camp’ you wanted to join because you were undecided about going with a touch screen or a physical keyboard, your dilemma is now solved with the debut of the new Celcom BlackBerry Torch 9800!

The Celcom BlackBerry Torch 9800 is the first smartphone with a BlackBerry keyboard and full 3.2 inch touch screen, and also comes with a 5 MP camera, 8 GB memory expandable with a micro SD card, and integrated social feeds, so you never miss out on a single tweet or Facebook update. Don’t forget the push email and instant messaging capabilities BlackBerries have always been known for!

Not all Blackberries are the same though – Celcom Blackberry gives you the best deals in town and the widest coverage wherever you go! With that, allow us to introduce the Celcom Exec 50 plan, where you can get connected with Celcom from as low as only RM50 a month! Check out some of the benefits you’ll get with the plan:
- 15 sen call rate to any number. Nothing complicated; just a simple rate to all numbers
- Automatic discounts every month.
- Talk more, save more. The more you use, the more discounts of up to 30% every month
- Low monthly commitment of only RM50.
- FREE Celcom Broadband Basic Plan for 1 month with speeds of up to 384 Kbps


Celcom will be launching the Blackberry Torch 9800 on 29 October 2010, and there’ll be amazing deals for you when you sign up with Celcom, ONLY available at the event. Remember to keep checking on the Celcom website to find out what the offers are! There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the day. There’s more: If you’re one of the 1st 100 customers to pre-register & purchase the new BlackBerry Torch 9800 with the Celcom Exec Postpaid plan, you get to enjoy the early bird promotion where they’ll throw in the following for FREE:
- Jabra Bluetooth Headset worth RM125
- 8GB Micro SD Card worth RM68
- Energizer Portable worth RM58


So pada sapa2 yg berminat sila la berkunjung ke kedai2 CELCOM yg berhampiran anda...


p/s : mood hari nie, mod merapu bagai..sekian terima kasih... kepala ku masih swing lagi...tolonnnnnnnnnnnnnn....

14 October, 2010

Maksud Warna-warna

Korang tahu ke maksud di sebalik warna... ada mcm2 versi...dari mcm2 teori... aku just nak share salah satu dari nya yg aku jumpa di alam cyber nie.... yg mana satu kah warna kegembaran kalian???


Merah
Hapi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri.

Biru
Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan.

Ungu
Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi.

Kelabu
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak.

Kuning
Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

Putih
Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal.

Hijau
Segar, suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

Hitam
Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung.

Coklat
Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.


warna kegemaran ku...purple... ermmm emosi kee??..adeii...

28 September, 2010

Lagu Senyum...

Tetiba jatuh cinta dgn lagu ni bila dengar kat radio masa balik kerja smlm..... dari mood x baik terus aku senyummm je sampai mlm...hehehe.... ;)


Lirik Lagu Senyum - Malique ft Najwa


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


06 July, 2010

Kata Pujangga.... ;)

Kata-kata pujangga

perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang.... abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam

tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
--------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan Seorang Isteri dari "Mutiara Kata"

1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,sayur dsbnya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Sekian.....

26 August, 2008

Tulisan, Penulis, Penulisan...

Kata sesetengah orang menulis jugak salah satu cara nak release tension…. Pada korang boleh guna ke pendapat nie?

Padaku, aku percaya juga ungkapan sebegitu...lagipun aku memang gemar menulis...walaupun dulu sewaktu sekolah subjek karangan la paling tidak kugemari....hehehe... tapi skrg ditakdirkan aku gemar menulis....Cuma masa dan peraturan-peraturan dan batasan-batasan yg membelengu diriku skrg...membataskan diri ku utk berkarya.......

Apa sebenarnya hasil penulisan ini.... mana datangnya ilham menulis ni??? Kenapa perlu menulis???.... ada yg menulis kerana berimiginasi...ada yg menulis krn minat, hobi atau tabiat memang menulis...di mana2 pun sanggup menulis...tak kira apa subjek pun, orang, benda, alam sekitar, pasti akan terbit hasil tulisannya.......ada yg menulis kerana tugas... menulis utk menyampaikan maklumat, berita..... ada menulis bertujuan utk mempromosikan diri, tugas, kerjaya, pernigaan, kempen, persatuan dll..........ada juga insan yg menganggap menulis adalah utk meluahkan sesuatu yg terbuku dalam hati..... dlm penulisan kita boleh lahirkan mcm-mcm rasa.......emosi, marah, geram, sedih, gembira, perit, konfius, sakit, tekanan, terkilan, .... hanya dgn kata-kata kadang-kadang semuanya boleh di lepaskan dalam bentuk penulisan....... tulisan yg lahir dari hati ikhlas, jujur, selalunya akan dapat membawa pengertian tersendiri terhadap diri pembaca karya-karya tersebut.

Namun menulis juga ada keburukannya......... Ada juga yg sanggup menyalahgunakan kebolehan menulis......menulis hanya kerana ingin aibkan seseorang, benda atau apa sahaja....menulis bertujuan menjatuhkan, menghina, memalukan orang lain. Cuma kadang-kadang tanpa di sedari ada juga penulis yg secara tidak langsung telah memalukan diri dgn hasil tulisan sendiri...dgn alasan kononnya menulis apa yg terlintas untuk di tulis tanpa memikirkan apa akibat atau kesimpulannya yg akan berlaku sebaik sahaja hasil tulisan itu di keluarkan/dicetak/disebarkan......

Apakah maksud hasil penulisan.... Hasil penulisan lahir dari satu rangkaian huruf dan perkataan yg disusun dan dijadikan ayat dan seterusnya menghasilkan cerita/tulisan yg di panggil hasil penulisan. Menulis adalah satu xtvt bg menterjemahkan tulisan-tulisan. Dan penulis pula adalah orang yg bertanggungjawap menulis perkataan-perkataan yg disusun utk dijadikan ayat tersebut.

Maka sebagai akhir kata (skima betul tulisan ku kali nie, hehehe)....jadilah penulis yg ikhlas, jujur...kerana setiap hasil karya tulisan yg lahir dari hati adalah sebaik-baik karya untuk semua...

Salam hormat, salam karya utk semua.