04 June, 2013

Majlis Kesyukuran & Tahlil


Alhamdulillah Sabtu lepas 1hb June 2013 bertempat di rumah keluargaku, dah selamat mengadakan Majlis Kenduri Kesyukuran sempena Adik Iparku yg bakal melahirkan anak sulung dalam musim raya nanti..... plus kenduri Tahlil sempena menyambut Ramadhan yg bakal tiba lagi beberapa minggu sahaja lagi nie. Plus juga Akikah satu bahagian lagi utk adik ku... Kenduri macam-macam namanya nie...buat sekali harung semuanya... menu Kambing kari je yg di tempah orang luar, menu lain macam ayam goreng rempah, gulai nenas ikan masin, tauhu masam manis masak rewang @ gotong royong siangnya. seronok ramai-ramai. Cuma kena tahan penatnya je lah... ;). Gambar tak dapat nak ambik banyk cz sibuk kedepan kebelakang jaga makanan/ lauk dan sebagainya... gambar yg sempat ambik nie pun gambar sewaktu nak tunggu majlis bermula. Bila dah mula, simpan kamera/hp semua, tugas sudah bermula.

Alhamdulillah dgn kehadiran tetamu yg ramai, majlis berlalu dgn jayanya. Terima kasih pada semua tetamu yg hadir. yg memberi mcm2 kuih-muih, buah tanya, kami amat berterima kasih. Terkejut umi byk dapat kuih, kuih lagi banyak dari lauk... sorry tak sempat nak snap pic. Tapi apa-apa pun memang meriah. kita jumpa lagi kenduri tahun hadapan. InsyaAllah... ;)


Petang hari, tgh sibuk pasang khemah.

Semua dah ready...tgh melepak sambil tunggu orang surau dgn pak imam sampai...


dah berjumpa apa lagi...sessi bergosip...hehehe.. ;) mak-mak sedara with bapa saudara.

Yg di raikan mlm tu, adik sepupu ku dan adik iparku Ayu (kuning). sorang bersalin bulan puasa, sorang lagi bersalin musim raya...

Dah ready semua...tinggal nak ngap je... hehe.. alhamdulilah tetamu semua ckp lauk semua sedap2...
Alhamdulilah, tetamu ramai sampai keluar, kt dalam, kat dapur... ;)

No comments: