Ni posting terlewat. Kejadian berlaku Sabtu lepas, 8hb Mac.
Lama x lepak reramai dgn semua ahli keluarga, nak-nak budak kecik si Raissa ni da pandai borak (dlm bahasa dia la). Seronok...
Jom kita tgk apa yg sempat disnap hari tu...ada few menu yg aku terlupa nak snap sebab sibuk layan Raissa sampaikan dah licin...hehehe... rasanya menu yg tiada dalam gambar dibawah spegehti bolognise, chessywages, Meet Ball apa tah & burger bakar yg adik lelaki aku order, yg tu pun aku lupa dah apa namanya...
KAW-KAW BURGER BAKAR NI CAWANGAN DI WATERFRONT AMPANG, BANDAR BARU AMPANG SELANGOR.
8hb Mac 2014, 8.30mlm
Range Harga makanan dalam RM10 hingga RM40 per-menu.
Actually aku dah lupa dah nama-nama menu dalam ni... so main hentam je lah yaa...
Ni Menu pilihan Umi dgn ayahku. Sehati sejiwa sampai order benda yg sama ;), Standard Grilled Chicken Burger. Agak tinggi saiz sebenarnya, kalau aku makan sure la x habis.
Antara Kudap-kudap yg ada, Nashos seperti dalam gambar ni, dgn Chessywages (yg x de gambar sebab si Najmi balon sorang x pandang kiri kanan dah).
ni Menu pilihan Baba Mertua adik ku, Chicken Chop
Ni pilihan diri ku sendiri, Lamp Chop...sedap juga
Yg ni aku lupa gak namanya...rasanya Chicken Chop versi grilled kut. hehehe Ni Menu adikku Najmi Naim.
Kecoh mulutnya bila tgk menu, mcm dia boleh makan je....hehehe.. si comel anak buahku NurAdelia Raissa. Happy 6th Month dear...sekejap je dah setengah tahun berlalu...
so tu je lah overall yg boleh disharekan sewaktu makan-makan di Waterfront Sabtu lepas... tuk mlm tu bayaran bil menu 8 orang makan ala barat total RM202.00. so ok lah, standard price la... Taste/rasa overall memang sedap, cuma satu je masalah kat sini ialah, servis agak lembab...bukan agak, memang lembab gila... so kalau nk pg sana, pastikan anda bukan betul-betul lapar lagi, kalau tak, ada waiter yg kena makan pinggan dgn gelas lak sebab dah lama sgt tunggu... hari tu pun nyaris-nyaris umi nk mengamuk dah...hehehe..
so tu je lah, komen tetang Kaw-Kaw burger bakar nie.. kita jumpa di lain entry k....
daaaaaa... :)
No comments:
Post a Comment