31 December, 2013

MINYAK PELINCIR JTX1000 GOLD


JTX 1000 GOLD...
 MINYAK PELINCIR TERBAIK KENDERAAN ANDA





- mengurangkan geseran.
- penjimatan minyak.
- mencegah hakisan
- membersihkan enjin
- meningkatkan prestasi enjin
- memanjangkan jangka hayat enjin
- lebih jimat.. Untuk jarak pemanduan 10,000KM.
BESAR 4 LITTER = RM 175.00
KECIL 1 LITTER = RM 48.00

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KENDERAAN..
 
PM/sms/call NOR 012-6043104 utk pertanyaan..



P/S : C.O.D SEKITAR LEMBAH KLANG.

full entry about JTX1000 Gold : http://cempakakunor.blogspot.com/2013/11/memperkenalkan-jtx1000-gold.html

30 December, 2013

Mana satu pilihan hati??

Mana satu ya pilihan hati korang??.. aku ada 3 pilihan. and ada 3 bulan tuk buat keputusan...

which one yang you all prefer i ambik?.. cewahh ambik tau... hahaha.. beli la maksudnya..

Pilihan pertama.. Mazda 3-1.6

 Pilihan kedua.. Peugeot 207

Pilihan Ketiga.. Honda City

Warna pilihan kalau dapat tuk semua model di atas nak Merah la... another choice baru ambik hitam atau putih. Grey memang tak kan pilih la. 

Untuk nota kaki : kereta ni nak pakai sendiri, blum ada anak and family...so x perlu yg besar sgt and x nak juga yg kecik sgt (sebab skrg dah bawak yg kecil).. so this type of car just nice ruang nya tuk orang bujang mcm diriku ini, cewahhh.

So nk pilih yg mana ni???... tolong..tolong ya.. hahaha...

24 December, 2013

MINERAL COFFEE (Coffee Garam Buloh)

Untuk semua pengemar coffee...
 

 RM26.00

MINERAL COFFEE (Kopi Garam Buloh) 
coffee yg baik tuk kesihatan..
Sedap.
TANPA GULA.. 

TANPA PENGAWET.. 

membantu mengatasi masalah seperti :
-Kencing Manis
-Darah Tinggi
-Gastrik
-Migrain
-Menurunkan kolestrol
-Buang angin dlm badan
-Buang Toksin dan menutralkan asid dlm badan.


Sapa pengemar Kopi tapi takut dgn kandungan kafin dlm kandungan kopi tu, Boleh try Mineral Coffee ni, sgt sesuai tuk penggemar coffee yg ingin menjaga kesihatan.

Call/sms/whatsap NOR 012-6043104.

23 December, 2013

Annual Dinner myBMW Group 2013

Annual Dinner myBMW Group 2013
Lokasi : Hotel Royal Chulan, KL
Tarikh : 20hb Disember 2013
Masa : 8pm

Sabtu lepas buat pertama kalinya berlangsung Annual Dinner bagi myBMW Group. Dengan bertemakan 'BOLD & BEAUTIFUL'. Actually last minit prepared... Group Setting dalam masa 2 minggu tapi Alhamdulillah majlis berjalan dgn jayanya. Kalau Event setting 2 minggu aku pulak setting dalam masa 3-4 hari je nak prepare sebab pada awalnya x nak pergi... last2 selepas di pujuk and memandangkan Birthday aku jatuh sehari lepas tu, aku setuju juga la. Sebab bila pikir2 dari aku duk sorang2 on my birthday karang jadi sewel, lebih baik join event, boleh jugak have fun kan?... memang its a great night great event... after event celebrate lak my Birthday, terima kasih semua.... LUV u.. walaupun baju & mackup semua setle sehari dua seblm majlis.... but final touch aku sukaaa.... tq...



 Bersama pengasas/penaung BMW Group, CDM Ramzi Abdul, di sampaing CDM Cikgu Ahmad Kamaruddin, Nurul Ayuni, and Sis Hayati Yahya.

 bersama 3 hot mama yg sentiasa berada disisi ku, Mummy CDM Zalina, Mummy Jaja & bakal CDM Mummy Nurul Ayuni. Terima Kasih tak terhingga di ucapkn.

 my bff...lately memang selalu dgn dia.. sentiasa disisiku saat-saat aku tgh down kebelakangan ni...even baru kenal dia awal tahun ni, tapi sangat memahami diriku mcm kenal dah bertahun.. Thanks Jaja..

 ok tak Outfit dinner dress kita? last minit nie... but i like it.... ;). 3 hari 3 mlm duk ronda KL cari baju, finaly sehari sblm majlis dapat juga apa yg kita nak...

 Makanan-makan kat sni pun memang marvelous, sedap2 semuanya... best...


 sista susah dan senang... sampai senak perut bergelak ketawa dgn diorang nie...

 my Lovely cousin... thanks for comming... u still the hot mamas la... hehehe...

 kak izan, bila nak makan nasi minyaakkk??.. x sabar nak gi tempah baju nie... tittt... :P


 pose wajib kitaorng lately, x tahu kenapa sejak dari Diamond night rasanya...

 Tempat kul 12 lebih, Diraikan bersama-sama mereka-mereka yg sambut birthday dihujung tahun...

 ok tak sekali potong 4 kek tau tuk birthday kali nie...hahaha... perasan kejap.. bukan selalu pun dapat celebrate birthday masa event kat hotel 5 bintang kan... its a good experince... tq.




suka mackup ni, suka style tudung sebab x pernah buat mcm nie. Thanks MUA Fadilla (from C-Cut Saloon) tuk mackup dgn siapkan tudung kita... walaupun 4 kali dah dgn awak, kita luv the outcome semua... jadi MUA sy forever la ya... hahaha.. Thankss... :)

20 December, 2013

Standby for Malam Gala myBMW..

Baju check, 
kasut check, 
accessories check, 
mack-up already book, 
mood already 80 % good. 
Excited for event tonight. Malas nak pikir benda lain..Tolak tepi semua benda yg menyerabutkan otakku lately... jom kita enjoyyysss...


Entry untuk event nie dlm next entry ok... ;)

13 December, 2013

Year End Sale 2013.


Open promotion for year end sales. 
Last Day 31hb Dec 2013.

Cepat-cepat buat pilihan tuk penjimatan yg berganda.

PREMIUM BEAUTIFUL SET = RM1200 P/SET (CASH)
MARRINE ESSENCE BODY WASH = RM30
MARRINE ESSENCE SHAMPOO = RM30
BIO-VELOCITY SLEEP MATE = RM1200
MINERAL COFFEE = RM26.00 (20 STICKS)
BB PLUS COLLAGEN = RM160
GARAM BULUH MINUM = RM90
GARAM BULUH MASAK = RM40
LACTOLITE = RM150
MAHARANI = RM55


Special offer tuk minyak pelincir JTX1000 Gold. 
Product baru dari Hai-O Marketing. Harga perkenalan dari Syarikat RM185. Harga promosi yg saya tawarkan RM170


Tuk tempahan, pertanyaan boleh hubungi/whatsap/weechat/sms
Nor 012-6043104.


P/s: Semua tempahan tuk produk-produk di atas, COD Sekitar KL dan Lembah Klang. Tuk urusan pengeposan extra bayaran pos. ;) sekian.

09 December, 2013

Fobia dgn janji

Masih tergiang di telinga akan janji-janji yg telah di buat...yg telah di tabur...

Sesungguhnya ketahui la untuk orang-orang yg telah memberi janji, ini kerana janji itu umpama mata pedang yg sangat tajam. Dan pabila janji itu telah dikhianati...sakitnya umpama membunuh hati dan jiwa sesesorang.

Sekian.

nota kaki : tergiang-giang kata-kata...terbayang-bayang perilaku... SOS please i need to get my rythm back...

02 December, 2013

18 November, 2013

Coretan..





Menyukai tanpa memiliki...
itu memang perit..
Namun setelah memiliki 
Terpaksa pula melepaskan...
itu memang sedih....
Namun setelah di lepaskan selalu pula diingati...
Itu memang payah...

And itu yg tgh aku strugle kan.... 
Semoga masa dapat memberikan aku kekuatan semula... 
Ameen..

15 November, 2013

Seandainya Tuhan Mengizinkan - Sting & Pasti - Mega

 Jangan bagi aku dengar dua lagu nie dalam masa-masa sekarang ni...confirm banjir...huhuhu.. :(


SEANDAINYA TUHAN MENGIZINKAN BY STING



Lyrics:

Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar



Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu

Tak pernah kutermimpi
 

Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu



Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam


Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
 

Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa


Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
 

Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita



Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu



Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya



PASTI BY MEGA




Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
Kau lakukan untukku
Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku

Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau hiraukan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Mengimbas kenangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu

14 November, 2013

PNB Ilham Resort Port Dickson, NS

Assalammualaikum.. Yang ini entry terlewat namanya... ;p

Aku berkesempatan berkerja as Project Specification Exec di Sribuan Industries Sdn Bhd selama 2 bulan (Sept-Okt2013). And sblm resign hari tu sempat nak follow diorng pergi sambut Anniversary Syarikat yg ke-30 di PNB Ilham Resort, Port Dickson on 26-27hb Okt 2013. Berhampiran dgn Blue Lagoon. 

Its fun outting dgn kawan-kawan baru...nak-nak masa date pg tu kes aku baru setle kat court... memang seronok la kat sana release tension. aktiviti mlm nya mcm funtion2 office yg biasa... Ada dinner,lucky draw and games sikit....dapat la ku bawak balik pendrive 4G sebab menang quiz berkumpulan, buat kenangan dari x de langsung kan, hehehe. Siangnya pulak ada game sukannika dgn tresure hunt... and once again aku menang jugak dlm kumpulan...best gila... tp aktiviti semua tiada gambar...sebab aku x de mood nak bergambar... sekadar blh share dgn u all gambar resort kt sana...sangat cantik view, and sangat menenangkan suasananya. And yes PNB Ilham Resort nie bertaraf 4 bintang. 

PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN



 Landskapnya sangat cantik..aku suka...


 view dari dlm bilik..lawa kan?.. aku dpt Apartment 3 bilik...and aku stay kat Master Bedroom...tah kenapa budak2 lain ni kejar bilik single...x pasal2 aku dapat bilik besar... hahaha...





hall...


ruang legar bilik agak luas...sesuai yg dtg berkeluarga.



ni area dinning/kitchen. ni 1st time aku dtg resort yg ada radio besar tu...hahaha... terbaik la...

King size tuk Master Bedroom... yeahhh siokkk gila tido...

tu je kut nak share kat sini... sebelum terlupa..Buffet Breakfast kat sini pun best...mcm2 ada... kenyang mcm mkn lunch...hehehe... semoga entry nie membantu sapa-sapa yg nak lepak Port Dickson tu...

ok lah Jumpa u all next entry ok... ;) daaaa...

PB Klasik VS PB Elegent

Sabtu lepas 9hb Nov bertempat di Mines Convention Center, Selain Hai- O Marketing Sdn Bhd melancarkan produk baru  dari series Minyak Enjin JTX Series, Premium Beautiful juga telah melancarkan series barunya iaitu Premium Beautiful Elegent

Premium Beautiful Elegent di hasilkan dari kain silk, lebih ringan dari PB Klasik (Hitam). Lebih Angun menyerlah... Nantikan butirannya dalam masa terdekat ini ok...

Premium Beautiful Elegent vs Premium Beautiful Klasik 
Dua-dua punya kelebihan, dua-dua punya kekuatan tersendiri. 
Sememangnya Series Premium Beautiful adalah antara series Korset Terbaik di Malaysia ini.

Untuk keterangan Nor 012-6043104.

Memperkenalkan JTX1000 GOLD

Sabtu lepas dlm majlis Ulangtahun Hai-O Marketing Sdn Bhd ke-21 tahun, syarikat telah melancarkan satu lagi produk dari siri Minyak Enjin Turbo JTX series... di beri formula baru dgn lebih kelebihan telah dinamakan JTX1000 GOLD. Sesuai unutk semua jenis kenderaan yg berenjin 1000cc ke atas...

jom kita tgk apa yg Minyak Pelincir JTX1000 GOLD ini tawarkan..



ULTIMATE PROTECTION FOR GASOLINE & DIESEL ENGINES


Ciri-ciri Produk


Minyak pelincir enjin bertaraf premium ini memberikan kuasa dan prestasi optimum pada suhu tinggi sambil melindungi omboh serta mengawal dan menyingkirkan enapan. Sesuai untuk semua jenis enjin dan dalam apa jua keadaan pemanduan.


Cara Penggunaan


Disyorkan untuk kendaraan berenjin petrol dan diesel. Meningkatkan penjimatan minyak dan perlindungan pengcas turbo.


Ciri-ciri istimewa.
- Memberikan kuasa dan prestasi optimum dalam semua keadaan pemanduan walaupun dalam keadaan  yg ekstrim

- Diperkuatkan dengan EP/EW

- Memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh

- Meberikan perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksidasi yg lebih baik.

- Pengubahsuaian geseran yg lebih cekap untuk penjimatan minyak dan prestasi yg lebih baik

Pelincir berkualiti tinggi yg menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar

- Menepati ataupun melebihi API SN/CF



PENCAPAIAN PRESTASI

ACEA A3/B4-10

MB p229.1

VW 501 01/505 00



 Didatangkan dgn 2 saiz... 
Saiz 4 Liter dgn harga pasaran RM185.
(harga pengenalan sehingga End December 2013 sy boleh beri RM170.)

Untuk saiz kecik 1 liter. Harga Pasaran RM48.00
(Harga pengenalan sehingga end December sy boleh beri RM45.00)


Nak kan penjimatan penyeluruh keatas enjin  kenderaan anda, bertukar la ke JTX1000 GOLD. Pasti Puas hati...
NOR 012-6043104.

07 November, 2013

Back on track...

Alhamdulillah... walaupun mental emosi masih blum kembali 100% normal... but sedang menuju ke arah itu... speady recovery gurl... u have too...


jom kita belajar untuk senyum semulaa..... ;)

03 November, 2013

Dugaan demi Dugaan

Lagi sekali hadir tuk luahan hati.... tapi kalau ada yg order barang, biz berjalan mcm biasa ye.. cuma kehidupan peribadi ku agak terhenti sementara.

Slogan blog ni 'kehidupan kita penuh dgn warna' kan?? tapi sebenarnya kadang-kadang warna yg kita nak tu tiada.. dah habis and kalau ada pun orang punya... so kita kenalah teruskan mencari warna yg kita sendiri inginkan. kan?? - aku pun x tahu apa yg aku merepekkan ni...adeii..

Dua hari nie sakitnya menyesakkan jiwa, sgt menekan perasaan ku. Berita yg amat ku tak ingin dengar telah pun terjadi.... Dua bulan lebih rapat dgn mu memberikan aku seribu satu rasa yg amat membahagiakan walaupun dgn keadaan status ku masa itu terumbang ambing, kau sentiasa di sisi... Dan bila diriku sudah bebas tuk menerima dirimu sepenuhnya kau pula membawa padaku berita duka... huhuhu.. dgn peritnya aku terpaksa lepas kan kau, sebab kau tidak mungkin jadi milikku.... keluargamu lebih berhak menentukan hidupmu... kerana kau milik mereka.


Terima kasih abang kerana sudi membahagiakan sayang walaupun tuk seketika.... Memori abg akan sayang simpan rapi selamanya.
sakitnya hati ku kini... perit sungguh rasanya...:'(
YaAllah berilah aku kekuatan untuk menempuhi hidup sendirian selepas ni... Aku tak kuat... hanya cuba tuk mencari kekuatan dariMU Ya Allah.... Ameen.

24 October, 2013

Now its official I'm Single semula..

Assalammualaikum...
 
 
 
Kadang-kadang apa yg kita rancang dan harapkan tidak menjadi..... dan kadang-kadang apa yg kita tak nak terjadi, tetap akan terjadi jugak... that's is my story... Dukacita nak buat announcement bahawasanya secara rasmi nya saya telah kembali SOLO.... saya kembali memegang status 'Single' setelah hampir 5 tahun... mungkin ada hikmah di sebaliknya...

Mesti ada yg akan tanya : Why u so open?? knp nak cerita kat blog in public?.. sebab I know tak ramai kenalan I yg masuk baca blog nie walaupun diorng tahu I Ada blog, mungkin sebab blog i tak cool mcm blogger2 lain... this blog is more personal i think... tu pasal i berani buat announce kat sini... ;). blog reader I, yg selalu skodeng blog nie but org outsider, yg i x kenal pun.. so apa salahnya kan?... bak kata entry dua-tiga tahun lepas la, my personal terapi is writing... time-time tgh stress serabut ke kalau tak tulis dlm blog confirm dlm buku, kertas kat mana-mana yg boleh ditulis la...mesti keluar semua ayat-ayat tah apa2 yg ada dlm kepala nie keluar sampai i puas... lepas tu i will be ok...that's my terapi... orang lain i x tahu...
 
Masa muda belia dulu boleh la terapi, tension, stress je duk keluar merayap pergi ubat hati luka lara... tp skrg dah boleh buat macam tu sebab dah tak de geng...semua geng dah ada family sendiri, so nak hiburkan hati sendiri, prefer writing... mungkin itu yg terbaik buat diriku tanpa menganggu sesiapa. sekurang-kurang nya i know akan ada yg tahu isi hati ku walaupun aku tahu tak kan ada feedback nya.
 
 
(12.12.08 - 24.10.13) - seal it.
Terima Kasih atas segalanya.