Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts
18 January, 2016
Will Leaving KL Soon...
Sob..sob..sob.. ;(
Will Leaving KL Soon...
Will Leaving the house that I grown...
Will Leaving all my friends...
Will Leaving this Office...
Will Leaving all bad memories...
Will keep all the good memories...
Will start new life....
Will be Setle down at 'Lain negeri'
Will meet new people...
Will start new relationship with new friends..
Will Start New career in new place
Will work at new office...
Hopely everything will be ok..
Hopely everything will be smooth..
Pray for us..
Pray for our future together.
AMEEN.
08 January, 2016
1st day of School....
Tajuknya 1st day of school...tapi entry nya selepas seminggu...hahaha..biasa lah Nor kan suka entry throwback ni...hahaha...ni namanya tgh x de keje kat ofis, baru boleh hupdate blog nie kalau tak memang x sempat dah...
Last week, penuh kat wall fb masing2 upload cerita anak naik sekolah, anak hantar sekolah...maklumlah sesi persekolahan 2016 baru je bermula 4hb Jan yg lepas kan..mcm2 story la yg ada.... and tuk diriku sendiri, ni tahun pertama sebagai ibu, and terus dapat rasa pengalaman pertama hantar anak kesekolah tuk hari pertama sessi persekolah....sgt excited...sgt mengujakan.. baru aku rasa kelam kabutnya nak prepared hal2 sekolah anak tuk hari pertama... Tahun nie dia baru daftar masuk formal Tadika, 5 tahun... last year dah mula hantar ke taska bg dia biasakan diri dgn kawan-kawan... so skrg dia x de masalah nk bgn pagi.. x de masalah tuk bersiap.. alhamdulilah.. Icha anak yg baik... Nur Aresya Farhana...Ayah ibu syg kamu, belajar baik-baik ya...semoga cerah masa depan mu Icha...ibu sentiasa doakan yg terbaik buat mu....
pagi : masa nak hantar....senyum sampai telinga je... happy ibu tgk...
tengahari : masa ambik...ok lah, baju ok lagi..kasut ok lagi...semua masih dlm one piece..hehehe.. tudung je senget sikit, normal la budak2... kategori lulus tuk hari pertama sekolah.
Alhamdulilah... :)
26 December, 2015
Belated Birthday Celebrate..Supprise Gift
Posting baling belakang... few weeks back...
Serius x pernah lagi dapat surprise dari suami sempena Birthdayku... yg lepas2 pun tak pernah dapat... but this time dapat...Birthday 21hb Dec tahun lepas... tapi oleh kerana kekangan masa keje, after 2 hari baru dapat balik seremban jumpa dia...and guest what?... balik2 sampai je kt rumah ada bunga dgn cokelat atas katil?... apa ko rasa kalau ko di tempat ku.... senyum, ketawa, menangis terharu??...semua perasaan tu ada pada ku dalam satu masa.... bila dah nk tgh malam pulak jumpa kek dalam peti Ais... YaAllah sgt terharu rasanya.... aku x minta lebih, aku x mengharapkan apa-apa tapi cara dia....hurmmm... walaupun dia x bg sendiri...tapi cara dia, tanda ingatan dia tu menunjukkan penghargaan tu sudah buat aku rasa di kasihi....Terima Kasih abg tuk penghargaan ni... walaupun kecik pada abang...tapi besar dah rasanya buat syg..... Syg sgt-sgt menghargai usaha abg... Semoga hubungan kita kekal sampai ke akhir hayat....Ameen... Nor syg Abg...
02 December, 2015
Dapat Suami Dapat Anak...
Assalamualaikum... Holaaa....
Kerap lak entry minggu ni erkk...hahahha mesti pelik korang kan?
Just nak share serba sikit pasal anakku.... Yup, Nor nikah bukan sahaja dapat seorang suami, alhamdulilah dapat sekali seorang anak perempuan usia 4 tahun. Nur Aresya Farhana namanya... Masa tempoh bertunang lagi dia dah bahasakan diriku 'Ibu' tanpa di suruh... tak sempat nk suruh panggil mama, mummy, mak....dia sendiri yg panggil ibu.
Nk kongsikan kisah, bila kali pertama dulu dia telefon Nor, dia terus panggil ibu...'ibu dah makan? ibu buat apa?... x tahu ku nak gambarkan perasaan tu mcmana...rasa kaku, rasa indah sgt bunyinya... rasanya indah sgt perasaan itu. Alhamdulilah..Terima Kasih Ya Allah ko berikan aku nikmat menjadi seorang ibu, walaupun bukan dari Rahim ku. InsyaAllah aku akan berusaha sebaik mungkin tuk menjadi seorang ibu yg baik pada nya...
01 December, 2015
10 Hari dah pegang 'title' baru.
Alhamdulilah, hari ni genap hari ke-10 aku pegang semula title cik Puan. Pada 22hb November 2015, jam 11 pagi dengan sekali lafaz aku menjadi cik Puan aka Mrs Rafi. Majlis yg pada mula di plan secara kecilan, menjadi sangat meriah pada hari kejadian. Kehadiran ramai sedara mara, rakan taulan memeriahkan majlis sangat2 aku tak jangka.
Terima Kasih YaAllah kau permudahkan segala urusan ku hari itu. Terima Kasih kerana Kau berikan aku sekali lagi nikmat hidup berkeluarga.
Terima kasih juga buat semua yg hadir. Pada yg membantu dari segala mcm segi, Ribuan Terima Kasih diucapkan. Semoga korang di murahkan rezeki di limpahi rahmat hendaknya.
MAJLIS PERNIKAHAN NOR & RAFI
Tarikh : 22hb Nov 2015, Ahad
Masa : 11pagi
Tempat : Bandar Seremban Selatan
Busana pengantin perempuan : dasimahsastu.shima
Fotografi : hitmediaphotography
Pelamin Nikah : disebalikjendela
Alhamdulilah... TERIMA KASIH SEMUA.
17 August, 2015
Majlis Raya SKAZ @ D'Saji Titiwangsa
Posting baling belakang atau pun Throwback bak kata orang sekarang.... 15th Syawal yg lalu, Majlis Raya ofis, SKAZ CONSULTANT bertempat di Restaurant D'Saji Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, KL... ni first time nor masuk sini selepas restaurant ni di ambil alih & di ubah suai dari Restauran Nelayan ke D'Saji Titiwangsa..... buffet raya average dlm RM40 plus sorang...tp rasanya sgt2 berbaloi....tempat pun dah cantek.... pilihan menu yg byk dari main dish sampai la ke disert...rasa makanan pun overall not bad la... makan sampai x larat dah kitaorang nak balik...hahaha... Terima Kasih Bos belanja makan buffet kat sini.... Tahun depan kita blh try tempat lain pulak... InsyaAllah...
enjoy the pictures.... just sharing.... :)
27 July, 2015
Salam 11hb Syawal 2015
Assalamualaikum.. Orang lain buat ucapan selalunya on 1st Raya...Nor nak buat ucapan pada 11th Hari Raya...hehehe..boleh tak??? boleh la kan...masih lagi dalam bulan Syawal kan?.... ;)
SALAM 11TH SYAWAL SEMUA BUAT YG MENGENALI DIRIKU INI... MOHON AMPUN DAN MAAF kiranya ada salah dan silap...
enjoy pic di bawah ne ye...sikit je snap...x byk snap tahun nie... Gambar 1st raya yg baju sedondon tu x snap...boleh tak gitu?.... huhuhu... kita snap raya haji je lah erkkk...hahaha....
2nd Day Raya - paling susah nk snap family potret sempena raya nie cz budak kecik tu tengah hyper...x boleh nak control.....
Ayah 4 Beradik..kurang Mak Lang Senah je...
dari Kiri, Mak Su Lina, Ayah, Pak Long Ibrahim & Pakdak Hamid.
Pengganti Adik ku Nadzry, skrg dia ni pulak ni mengikut je mana kakak dia ni nak pergi... my little brother Najmi Naim.
kakak-kakak sepupu ku....mcm dah lama je x snap pic sesame kita kita.... ;) peace...
10 June, 2015
Kembali menjadi Tunangan Orang... :)
Assalammualaikum... Hampir setengah tahun gak x masuk kat sini kan...x share dgn dunia about my life lagi...hahaha.. ada ke dunia yg nak baca dalam nie... titttt.....;p
Masuk sini baru perasan last entry Apa yg Kau Mahu wahai Hati... hahaha.. time2 tgh serabut gangguan hati byk sgt masa tu.... Tapi Syukur Alhmdulilah...selepas tu peristiwa yg tidak diduga berlaku... Tghari hari Ahad, seminggu sblm raya cina bulan Feb yg lepas...panggilan telefon yg telah merubah seluruh corak hidupku kini serta merubah segala perancangan ku tahun nie....
Kesimpulan nya, di pendekkan cerita, aku kini selamat menjadi Tunangan orang sekali lagi.... Betul kata orang, Jodoh Mati ketentuan Allah yg Maha Esa...kita tak tahu perancangan Nya untuk kita mcmana dan dalam bentuk yg bagaimana. Dan Alhamdulilah Jodoh ku dtg tanpa aku duga tika itu... berkawan dgn orang lain, admire orang lain, Tapi Akhirnya Allah S.W.T membuka hati ku tuk menerima pinangan kenalan lama yg dah lama menyepi. Syukur keHadratNya, perjalananku dgn dia dipermudahkan dari semua segi. Family kedua pihak dan semua kenalan terpinga-pinga bila aku katakan ada lamaran yg masuk... hahaha.. semua x aspek langsung... Tapi tu lah yg Indahnya Ketentuan Mu yg Allah... Terima Kasih, Syukur...Alhamdullilah...
InsyAllah, majlis Nikahnya dalam tahun ni juga... Doakan ya kawan-kawan...
InsyAllah, majlis Nikahnya dalam tahun ni juga... Doakan ya kawan-kawan...
MAJLIS PERTUNANGAN R&N
TARIKH : 31hb Mei 2015
MASA : 2PM
SOLEKAN : Dilla @ C-Cut Saloon
MINI PELAMIN TUNANG : DI JENDELA ARTWORK
GUBAHAN SIRIH JUNJUNG : Sirih Junjung Tanjak Berduri
Terima kasih buat semua ahli keluarga kedua belah pihak, sepupu-sepupu, saudara2 lain, kenalan, rakan taulan, jiran tetangga yg membantu dalam perjalanan sepanjang majlis. Tak terbalas jasa semuanya.. Terima Kasih Nor Ucapkan.
30 January, 2015
HATI...
Apa yg kau nak sebenarnya wahai sang HATI?
yang diBENCI itu yang kau SAYANGkan
yang diHALANG itu yang kau INGINkan
yang diTEGAH itu yang kau RINDUkan
yang meLUKAimu itu yang kau DAMBAkan....
yang menYAKITI itu yang kau CINTAi,,,
Apa kau tidak serik wahai HATI dari membiarkan dirimu dilukai, disakiti dan akhirnya merana sendirian lagi....
Sedar lah wahai HATI...
dirimu harus kuat melawannya....
kau mungkin tidak mahu tambah parut di HATI mu kelak.... ;(
yang diBENCI itu yang kau SAYANGkan
yang diHALANG itu yang kau INGINkan
yang diTEGAH itu yang kau RINDUkan
yang meLUKAimu itu yang kau DAMBAkan....
yang menYAKITI itu yang kau CINTAi,,,
Apa kau tidak serik wahai HATI dari membiarkan dirimu dilukai, disakiti dan akhirnya merana sendirian lagi....
Sedar lah wahai HATI...
dirimu harus kuat melawannya....
kau mungkin tidak mahu tambah parut di HATI mu kelak.... ;(
03 January, 2015
Salam Maulidur Rasul 2015
Hari ni 3hb Jan 2015.. blum terlambat rasanya ingin ucapkan Selamat Tinggal tahun 2014, tahun yg penuh kejutan, kesakitan dan keperitan buat ku, dan Selamat Datang Tahun 2015. Semoga tahun baru nie dapat memberikan sinar baru dalam hidupku.
HAPPY NEW YEAR EVERYONE.
3hb hari ni juga jatuh pada hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Maulidur Rasul bak kata dlm Kalender Islam.
Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam.
Tahun ni alhamdulilah aku dapat mengikuti majlis Maulidur Rasul di surau kawasan rumah keluarga ku... tapi tah kenapa sepanjang hari ni hati ku tak keruan.. Takala gasidah dinyanyikan, selawat di lagukan, air mata ku ini turun mengalir deras tak tertahan. Sungguh diriku rasa kerdil ya Allah disisimu...
Solat ku masih blum sempurna, amal ibadatku masih byk yg blum ku laksanakan. Terlalu byk lagi yg blum aku pelajari... disaat umurku begini diriku masih lagi kecelaruan antara kehidupan duniawi dan akhirat. Ampunkan segala dosa-dosa yg telah ku lakukan YaAllah.. ampunkan juga dosa kedua ibubapaku dan saudara-saudaraku yaAllah... Mlm ni ku ingin pohon padamu Ya Allah, Kau temukan lah aku dgn insan yg boleh mengajarku jalan ke SyurgaMu. Sekiranya dia jodohku, teman ku di Jannah Kau satukan lah kami tapi sekiranya dia bukan Jodohku, Kau jauhkan la dari sebarang rasa harapan dlm diriku selain hanya rasa seorang sahabat. Dan sekiranya aku memang Kau takdirkan utk sendirian begini selamanya, Kau kuatkan la hati ku, Kau lapangkanla dada ku tuk menerima segala ajaran dan dugaan mu ini sendirian. Sesungguhnya diriku ini tidak kuat ya Allah... Aku masih memerlukan bimbingan dariMu.
hanya itu yg kuingin di tahun baru nie... sesungguhnya Kau yg Maha Pengasih lagi Maha Memahami. :'(
Ameen Yarabal Alamin.
Assalamualaikum.
24 November, 2014
Bukit Melawati, Kuala Selangor
Kisah smlm... asalnya nak pergi lunch je area2 KL....last2 lps 3 jam sampai Kuala Selangor Nor (sebab member ikut jalan lama)... nasib baik bukan den yg drive, da la pagi tu gerak balik dari Seremban ke Ampang kul 9... kira satu hari la berjaln...but its fun day... Terima kasih sahabat memberikan kegembiraan buat Nor walaupun sehari... dlm keadaan aku yg kucar kacir, terumbang ambing, kusut memikirkan mcm2 hal, ko bawa aku lari dari kesibukan kota menikmati keindahan alam.... Sgt menghargainya....
Jakun kejap naik Bukit Melawati, Kuala Selangor nie... hehehe..orang lain semua dah naik kut, Nor je yg x pernah naik atas lagi..mana tak jakunnyaa.... naik shutter tren lagi, 1st time naik... ;P. Im enjoy my self yesterday.... Turun bukit lewat ptg dapat tgk matahari terbenam pulak, dapat tgk sungai & laut.... huhuhu... I'm touch... Terima kasih awak.
BUKIT MELAWATI, KUALA SELANGOR
TARIKH : 23.11.2014
MASA : 4.30PM
Entrance Bukit Melawati, Kuala Selangor.... Member cakap dah lama x naik, dia x tahu pulak x boleh naik dgn kereta on weekends, kena naik dgn shutter tren.. so ni snap view sementara tunggu tren, tp cerdiknya Nor masa naik shutter tren tu x snap pic pulak... huhuhu...
Bkt Melawati ni selain dari view atas bukit yg Nampak laut, tugu bersejarah zaman2 Jajahan Jepun dulu, bukit ni famous dgn monyet2 nya jugak..semuanya jinak2......penuh sepanjang jalan dgn monyet mcm2 siaz....
Monyet ni kerek, minum coke, lepas tu Nor nampak dia korek2 cup tu bila air dah habis...ingatkan dia nk buat apa, dia makan ais rupanya...dah habis satu, dia ambik lagi satu... advance tul monyet nie...
Duduk2 di hujung2 meriam mcm nie, dah menjadi kawasan permainan monyet2 disini...
Yg ni yg tua kut... the eldest one... duduk macam otai.. kaki siap naik satu berjuntai satu, tanggan bertongkat siku.....dgn pandangan kerek dia hanya memerhati orang sekeliling..... member ckp dia ketua kampong kut...hehehe...
Sempat gak masuk dalam Muzium Bukit Melawati nie.... sapa minat sejarah, boleh la dtg baca byk artikel pasal sejarah Selangor...
View dari luar Muzium...antara meriam yg ada di sini... merata2 meriam kat sini.... di bawah tu shutter tren dgn kawasan pengunjung bagi makan monyet2 di sini...
PANTAI JERAM, KUALA SELANGOR
MASA : 6.20PM
Lama tak tgk matahari terbenam... Subhanallah...cantik sgt...
RESTAURANT AROMA IKAN BAKAR, PANTAI JERAM
MASA : 7.05PM
ENTRANCE....... menu pilih sendiri makanan laut yg kita nk makan, dan pilih sendiri masakkan yg diidamkan, mcm mkn kat Bagan Lalang....
Menu Pertama : Asalnya nak mintak Sotong masak sambal, alih2 Sotong masak Pedas... memang pedas... ambik sekor je, tp jadi satu pinggan gak akhirnya...
Menu ke2, Kerang Bakar, sambal kicap cicahnya sedap....
Menu ke-3, Udang goreng butter
Menu ke4, Sup Daging, Amat pedas cili apinya..mcm org n9 lak yg masak....
Menu terakhir... tak kan pg Restaurant ikan bakar x ambik ikan bakar kan.... oleh kerana ikan2 lain semuanya bersaiz besar tuk 7-8 orang makan, so kami x berani ambik lagipun lauk lain pun dah byk, so kami ambik ikan Kembung sekor je buat syarat nak rasa ikan bakarnya... memang sedap, cili cicahnya pun sedap...
so tu la menu tuk 2 orang makan.... nasi x habis aku makan, kekenyangan... Alhamdulilah...tuk semua menu di atas, termasuk air carrot susu & teh'o laici, nasi 2 pinggan total RM48.... ok kan??...
ok lah tu je lah, entry kali nie....lama x share gambar2 dgn u all kan, sekali letak, byk lak... hehehe... kita jumpa lain masa di lain ketika.... hopely ketika itu semua nya dalam keadaan terkawal...InsyaAllah.... Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)