26 April, 2013

Majlis Aqiqah Perdana 2013, Masjid Al-Ghufran TTDI

Ahad lepas aku pergi kenduri sempena Aqiqah anak my bff kat Damansara. Kalau u all ingatla, aku pernah buat entry masa dia lahir bulan Jun tahun lepas... sekejap je dah nak setahun dah dia nie kan.... Tapi dia x buat majlis kt rumah...dia buat beramai-ramai. Majlis bermula pukul 10.00am... tp aku sesat barat, almaklumla area Damansara ni fail sikit... setelah berapa kali u-turn, berapa kali pusing, nak dekat kul 11 baru aku jumpa Masjid nie.. Orang dah habis baca Yassin dah baru aku sampai... Lepas tu majlis diteruskan dgn Berzanzi.. Berqasidah.. Secara jujurnya ni pengalaman pertama aku pergi masjis Aqiqah beramai-ramai di Masjid. Selalu nya aku dengar majlis orang nak sunat je buat beramai-ramai nie, tak tahu pulak Aqiqah pun ada.. tp rasanya tgk kawasan and masjid jugak la kut sama ada mampu buat atau tidak majlis sebegini.

Purata budak yg di Aqiqahkan aku x sure, cuma yg aku ingat, my bff ckp semua sekali ada Sekor Lembu & Kambing sekor selamat di jadikan korban Qiqah di majlis ni... Tahniah pada semua family yg terlibat.

Bawah nie nak share sikit gambar2 yg sempat di snap.. gambar masa makan, macam biasa, den lupo..sebab sibuk nk mencekik je sebab dah lapo...hahaha.. sesat punya pasal, minum pun x sempat... tp makanan2 yg disediakan hari tu, memang sedap-sedap semuanya...

Nama baby : INDAH RAINA HUMAIRA. Semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya di masa hadapan.. Aunty miss u la Indah.. ;)
Tarikh : 21hb Apr 2013
Masa : 10am
Lokasi : Masjid Al-Ghufran, TTDI Damansara, KL



Utk mama Indah, Terima Kasih angah cz sudi jemput alang.. lain kali kita jumpa lagi k... ;)

1 comment:

Anonymous said...

terima kerana sudi hadir wlupun angah jemput 'last minute' sampaikan alang sesat barat. hahaha....
cantik la gmbr2 yg alang ambik. mana gambar kita bertiga (ngan indah) ?. huhuhuhu...

i love you my bff.
-angah-