14 March, 2011

Ketahanan Diri dalam Alam Perkahwinan

Salam kawan2.. hari nie terasa nak berbual kosong pulak. Boleh kan??

Ptg Sabtu yg lepas ada sessi luahan perasaan bersama rakan lama.. Niat awalnya nak berjogging tp kerana cuaca yg agak samar2 nak hujan atau tidak. Kami berdua decide just nak lepak2 minum dgn cafe sebelah tasik nie...

Credit pic dari google images

Aku bukan la orang yg terbaik utk memberi nasihat tentang alam perkahwinan. kerana aku pun masih awal dlm 'status' nie dan masih belajar cabaran2 baru yang sering timbul nie, hehehe.... Tp kerana sudah di minta pandangan aku sanggup berkongsi serba sedikit. Seorang kawan bertanya, boleh ke kawin lari?? (dalam hati terkejut, tapi cuma ber'reaksi' terbuka). Aku tahu aku x boleh salah beri nasihat takut lain pulak jadinya tapi tidak boleh jugak menyalahkannya cz aku tak tak tahu duduk sebenar cerita itu.... cuma yg aku blh katakan, dah habis pikir ke??... andaikan kata awak kawin lari, apa akan jadi selepas tu... masih nak kerja di tempat yg sama ?? dah dapat tempat tinggal yg baru ke?? nak buat apa selepas tu?? Pasangan anda mampu ke tanggung anda sepenuhnya??.. tak ingat family lagi ke??... and plan nak lari sampai bila?? terdiam sekejap kawanku. Dia ckp tak terpikir pulak pasal keadaan selepas2 tu, In case kalau terjadi la perkara tu.....


Ada orang cakap kawin tu senang... Pada ku Kahwin tu memang perkataan yg senang.. tapi nak menjalani kehidupan alam perkahwinan tu yg rumit. Kalau kita dah bersetuju nak menjalani kehidupan itu bermakna kita dah pun bersedia dari segi mental dan fizikal. Kita berkahwin bukan dgn pasangan kita sahaja, tetapi kita berkahwin dgn kehidupan dia sekali sblm ini. Bermaksud bukan sahaja kita kena terima pasangan kita apa baik, buruk, kelebihan dan kekurangannya tapi kita kena terima semuanya termasuklah kerjayanya, keluarganya, kawan2nya, hobinya dll. Cuma apa yg paling penting adalah kita tahu tanggungjawap kita dalam sesebuah perkahwinan tu. Kena ada 'give and take'...... kita kena tahu adab2 kita sebagai orang yg dah berkahwin. Kita akan sering kali jumpa soalan ini dalam seharian selepas berkahwin..... kalau buat macam nie apa akibatnya??, kalau buat macam tu apa akan jadi nanti??, buat mcm nie 'dia' suka tak?? dia marah tak kalau aku....??.. soalan2 tu akan sering berligar2 dalam kehidupan kita selepas itu.


Ooo Bercakap pasal keluarga tadi.. kena terima keluarganya sebaik mungkin... perangai mertua, perangai ipar duai, biras2... anak2 buah pasangan...semuanya kena ditangani dgn baik supaya tidak melukakan hati sesiapa kalau timbul sebarang isu. Tu la sebabnya zaman sekarang nie, kalau kita lihat di dada2 akhbar pasangan yg kita rasa rasa 'serasi bersama' pada mulanya tapi akhirnya kecundang dgn isu perpisahan/perceraian. Aku tak cakap aku bagus, atau akan kekal selamanya dalam 'ikatan' ini... kerana kita tak kan tahu untung nasib kita selepas nie... cuma yg boleh aku katakan, aku akan berusaha sebaik mungkin utk menyemarakkan kasih sayang ini dan cuba pertahankannya dari sebarang kesukaran cabaran yg datang. Kita tak tahu masalah orang lain sehingga terjadi nya perpisahan dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya susah la utk aku katakan/terangkan..... Ermm mcm yg aku ckp pada temanku itu....Benda-benda mcm nie tak de kelas utk belajar... ianya datang sendiri.. kebolehan utk menyelesaikan masalah2 yg timbul tu akan datang sendiri seiring dgn masalah2 yg timbul itu. Semuanya bergantung pada situasi keadaan... belajar dari pengalaman. Dan utk diriku sendiri secara peribadinya, aku belajar dari masalah dan kerumitan yg timbul. Selalu reda dan berserah kepadaNya... Alam perkahwinan ni ada pasang surutnya... tak semua ada dukanya, ia tetap ada manisnya... kadang2 dalam tangisan pun akan ada senyumannya... betul tak??


So nasihatku pada kawan2 yg bakal penempuh alam perkahwinan nie, bersedialah dari semua segi.. InsyaAllah anda akan di permudahkan utk mengharungainya....


Lastly utk penutup 'khutbah' hari nie..cewahh... Jgn letak kan harapan yg terlalu tinggi dalam sesebuah perhubungan, kerana kalau tak sampai apa yg kita harapkan kita akan terluka, kita kan memberontak... so Harap lah hanya yg terbaik utk kita... follow the wind kata orang.. pada ku itu lebih menyeronokkan... hidup tanpa sebarang paksaan dan sekatan... biarlah ianya datang seiring antara manis dan pahitnya. InsyaAllah hidup di alam Perkahwinan kita akan lebih bahagia selamanya.


Amin.

No comments: