30 March, 2011

Yehaaa dah daftar kelasss...

Yehaaa dah daftar nak masuk kelas.. x sabarnyaa.. jgn salah paham je kawan-kawan aku bukan daftar kelas nak sambung belajar.. tapi aku daftar utk masuk kelas jahit manik... hehehe.. suka..suka... oleh kerana nak hilang kan serabut di kepala nie leh la aku alihkan fokus kat manik sekarang kan??.... almaklum la aku sgt jeles tau tgk orang pakai baju manik lawa-lawa tapi aku tak mampu nak hantar kat orang buat so kena la belajar sendiri....


x sabar x sabarnya... dari pagi td duk tgk gambar2 corak manik jee kat goegle nie.... hehehe...dah la x de basic apa pun pasal manik..tah boleh khatam ke tak 40 patern corak manik ni...adeii.. harap2 menjadi la hasil tangan ku nanti... huhuhu.. doakan ye kawan-kawan.... cerita di belakang tabir sewaktu kelas Sabtu nie aku updatekan next week kat sini nanti tau... ;)


mood hari nie : sangat terujaaa... yehaaaaaaaaa....

29 March, 2011

Masih not in mood...

Sejak dari malam Ahad yg lepass..
Aku tak de mood..
Pagi nie masih lagi tiada mood utk kerja..
Tak de mood utk buat semua benda...
Kerja tgh banyak tapi aku x leh fokus..
Kadang di depan PC ni aku masih mengelamun..
Mood senang turun naik skrg...
Pernafasan pun tgh turun naik skrg..
Sungguh aku tak suka situasi nie...
Eerrmmmm...

Nota kaki : Kata orang tak baik mengeluh.. tapi apa lagi yg perlu di buat... Sabar??.. so common answer kan??...

28 March, 2011

Masak-masak = Ayam Masak Cili

Assalamualaikum semua.. ermm pagi2 dah boring kat ofis nie..adeiii maklumla pagi Isnin la katakan.. dah la masuk ofis lewat hari nie.. x de mood pulak.. haissss makan gaji buta aku hari nie...

So memandangkan aku x de mood nak kerja.. meh kita main masak2 nak tak??.. Hari Jumaat lepas, Husband balik tetiba tanya " eh dah lama awak tak masak ayam cili awak tu?".. eh ada permintaan la.. dah la last week kak wati my officemate pun minta resepi yg sama.... so oleh kerana dah ada permintaan maka semalam dgn jaya nya aku berjaya buat lagi ayam masak cili nie... nama resepi nie aku just letak sendiri je cz kalau nak ckp pasal rasa, masakan ni mcm campuran daripada sambal ayam + ayam masak merah... lagipun resipi asalnya adalah dari Ketam Masak Cili... tapi pasal husband x makan seafood dan dia suka ayam so aku tukarkan la resipi ini kepada ayam..alhamdulilah percaturan ku menjadi... so far dah 3-4 kali jugak aku dah buat masakan nie... so kalau sapa nak try boleh la cuba k.... Senang je masakkannya..


Ayam Masak Cili


1. Ayam (Dipotong ikut selera, dalam setengah ke seekor).


2. 6 Sudu besar Cili Sos

3. 3 Sudu besar Sos Thai

4. 2 Sudu besar Sos Tiram


Bahan utk di Kisar

1. Bawang Merah kecil 4-5 ulas.

2. Bawang Putih 2-3 ulas.

3. Halia 3cm.




4. Serai 2 batang.




5. 6 batang Cili Merah


6. 6 batang Cili Kering







Cara-cara penyediaannya :



1. Gaulkan ayam dgn kunyit dan garam. Goreng dan asingkan.

2. Tumiskan bahan-bahan yg di kisar tadi sehingga naik bau.

3. Masukkan semua jenis sos tadi kedalam bahan tumisan tadi, dan gaul lagi sehingga naik minyak.

4. Letakkan garam dan gula secukup rasa (atau ikut selera)

5. Masuk kan ayam, gaul sehingga rata.
Nota tambahan : Pada mereka yang suka sos pekat, x perlu tambah air, tapi kalau bahan2 anda tadi agak pekat, sila la campurkan air sedikit.


Nie la hasilnyaa.. taddaaaa..... Ayam Masak Cili.


so Selamat mencuba kawan-kawan...





NOta kaki : Baby Rayyan dah ada improvement yg baik. Dia dah dipindah kan dari wad ICU kepada wad biasa... Terima kasih atas doa kalian. Moga2 Baby Rayyan akan cepat sembuh dan boleh membesar seperti kanak2 lain. Amin.

25 March, 2011

Zayyan Masih Kritikal..

Buat sahabatku Hazli Erma.. Tabahlah.. aku tgk pic nie pun aku nak nangis.. tak sanggup tgk baby sekecil ini dgn wayar2 yang bersambung dengannyaa...huhuhu... Aku doakan baby Eir akan cepat sembuh...kita sama2 doakan ya kawan2.. Amin.

terima kasih.



Ni pic terbaru dari hospital smlm...huhu.. dua2 pic baby Zayyan yg aku letak smlm dan hari nie adalah dari Ajid Rihan.

mood hari nie : masih sedih.

24 March, 2011

Tabahlah wahai kawanku..

Hari nie aku mendapat berita yg sangat mengejutkan.. terus rasa sedih tak terkata... diam sekejap...salah sorang klik di department sebelah skrg tgh menunggu di luar bilik pembedahan kat Hopital KL Kanak2.. nak tahu kenapa??.. baby dia kena operation... doctor ckp ada pendarahan dalam kepala.. yg peliknya.. baru 2 hari dia start kerja dari habis berpantang... dan baru 2 hari jugak di hantar baby kat baby sitter... doktor ckp may be dia jatuh buaian atau terhantuk di mana2??.. tapi tidak di beritahu kat mak baby nie... bila ambik dr balik kerja, baby dah x aktif.. dah lemah semacam...bila check kat klinik jadi mcm nie, mau tak terkejutnya..aduhhhhhhhh sedihnya berita2 mcm nie... 2-3 bulan nie selalu jugak baca artikel dalam paper kerana kecuaian baby sitter.... haissssss... kenapa la benda2 mcm ni boleh happen..kalau tak ikhlas nak jaga, jangan la jaga... geram sunggu la aku dgn cita2 mcm nie...


ni lah rupa baby Harith Zayyan... comel tak??... Zayyan kena kuat ya..sian kat ibu... nanti aunty jumpa Zayyan kat wad ya.... Cepat sembuh tau... huhuhu :(

14 March, 2011

Ketahanan Diri dalam Alam Perkahwinan

Salam kawan2.. hari nie terasa nak berbual kosong pulak. Boleh kan??

Ptg Sabtu yg lepas ada sessi luahan perasaan bersama rakan lama.. Niat awalnya nak berjogging tp kerana cuaca yg agak samar2 nak hujan atau tidak. Kami berdua decide just nak lepak2 minum dgn cafe sebelah tasik nie...

Credit pic dari google images

Aku bukan la orang yg terbaik utk memberi nasihat tentang alam perkahwinan. kerana aku pun masih awal dlm 'status' nie dan masih belajar cabaran2 baru yang sering timbul nie, hehehe.... Tp kerana sudah di minta pandangan aku sanggup berkongsi serba sedikit. Seorang kawan bertanya, boleh ke kawin lari?? (dalam hati terkejut, tapi cuma ber'reaksi' terbuka). Aku tahu aku x boleh salah beri nasihat takut lain pulak jadinya tapi tidak boleh jugak menyalahkannya cz aku tak tak tahu duduk sebenar cerita itu.... cuma yg aku blh katakan, dah habis pikir ke??... andaikan kata awak kawin lari, apa akan jadi selepas tu... masih nak kerja di tempat yg sama ?? dah dapat tempat tinggal yg baru ke?? nak buat apa selepas tu?? Pasangan anda mampu ke tanggung anda sepenuhnya??.. tak ingat family lagi ke??... and plan nak lari sampai bila?? terdiam sekejap kawanku. Dia ckp tak terpikir pulak pasal keadaan selepas2 tu, In case kalau terjadi la perkara tu.....


Ada orang cakap kawin tu senang... Pada ku Kahwin tu memang perkataan yg senang.. tapi nak menjalani kehidupan alam perkahwinan tu yg rumit. Kalau kita dah bersetuju nak menjalani kehidupan itu bermakna kita dah pun bersedia dari segi mental dan fizikal. Kita berkahwin bukan dgn pasangan kita sahaja, tetapi kita berkahwin dgn kehidupan dia sekali sblm ini. Bermaksud bukan sahaja kita kena terima pasangan kita apa baik, buruk, kelebihan dan kekurangannya tapi kita kena terima semuanya termasuklah kerjayanya, keluarganya, kawan2nya, hobinya dll. Cuma apa yg paling penting adalah kita tahu tanggungjawap kita dalam sesebuah perkahwinan tu. Kena ada 'give and take'...... kita kena tahu adab2 kita sebagai orang yg dah berkahwin. Kita akan sering kali jumpa soalan ini dalam seharian selepas berkahwin..... kalau buat macam nie apa akibatnya??, kalau buat macam tu apa akan jadi nanti??, buat mcm nie 'dia' suka tak?? dia marah tak kalau aku....??.. soalan2 tu akan sering berligar2 dalam kehidupan kita selepas itu.


Ooo Bercakap pasal keluarga tadi.. kena terima keluarganya sebaik mungkin... perangai mertua, perangai ipar duai, biras2... anak2 buah pasangan...semuanya kena ditangani dgn baik supaya tidak melukakan hati sesiapa kalau timbul sebarang isu. Tu la sebabnya zaman sekarang nie, kalau kita lihat di dada2 akhbar pasangan yg kita rasa rasa 'serasi bersama' pada mulanya tapi akhirnya kecundang dgn isu perpisahan/perceraian. Aku tak cakap aku bagus, atau akan kekal selamanya dalam 'ikatan' ini... kerana kita tak kan tahu untung nasib kita selepas nie... cuma yg boleh aku katakan, aku akan berusaha sebaik mungkin utk menyemarakkan kasih sayang ini dan cuba pertahankannya dari sebarang kesukaran cabaran yg datang. Kita tak tahu masalah orang lain sehingga terjadi nya perpisahan dalam sesebuah perhubungan. Sebenarnya susah la utk aku katakan/terangkan..... Ermm mcm yg aku ckp pada temanku itu....Benda-benda mcm nie tak de kelas utk belajar... ianya datang sendiri.. kebolehan utk menyelesaikan masalah2 yg timbul tu akan datang sendiri seiring dgn masalah2 yg timbul itu. Semuanya bergantung pada situasi keadaan... belajar dari pengalaman. Dan utk diriku sendiri secara peribadinya, aku belajar dari masalah dan kerumitan yg timbul. Selalu reda dan berserah kepadaNya... Alam perkahwinan ni ada pasang surutnya... tak semua ada dukanya, ia tetap ada manisnya... kadang2 dalam tangisan pun akan ada senyumannya... betul tak??


So nasihatku pada kawan2 yg bakal penempuh alam perkahwinan nie, bersedialah dari semua segi.. InsyaAllah anda akan di permudahkan utk mengharungainya....


Lastly utk penutup 'khutbah' hari nie..cewahh... Jgn letak kan harapan yg terlalu tinggi dalam sesebuah perhubungan, kerana kalau tak sampai apa yg kita harapkan kita akan terluka, kita kan memberontak... so Harap lah hanya yg terbaik utk kita... follow the wind kata orang.. pada ku itu lebih menyeronokkan... hidup tanpa sebarang paksaan dan sekatan... biarlah ianya datang seiring antara manis dan pahitnya. InsyaAllah hidup di alam Perkahwinan kita akan lebih bahagia selamanya.


Amin.

10 March, 2011

ToLONG..TOLong!!!!

Cewahh tajuk entry tak ingat tau... ada sapa2 member ke connection ke dgn mana2 Travel Egency kat area sini.. wuaaa nak pi Bali laa....... hehehe x de la Bos yg suruh servey padahal dah 2 bulan dah dia suruh.. aku yg x cari2 lagi.. alih2 hari nie sound nak baget list..next week nak bentang kt meeting.......... weiiiiii mana nak raban nie.. kol numbor2 kat internet nie semua suruh kol balik tunggu Matta Fair katanya..adeii maaakkkkkkkkkkk tolonnnn mana nak cekauu ni... ;p

09 March, 2011

Birthday Suprise & Media Preview

What a holiday laa... oppsss Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa.... Aku start entry kali nie dgn........I end up my holiday with a M/C.. what laa... tapi tak de yg baru pun..memang kalau holiday je confirm i'm flat lepas tu... huhuhu.... ramai dah jangka pun...hehehe.. sorry ye kawan2... Tapi actually aku memang take leave hari Isnin dan Selasa.. cuma Selasa tu dah di tukar kan jadi MC so jimat cuti tahunan aku... (ala2 sambil menyelam minum air la nie)..hehehe.. apa je yg aku merepek nie, sorry salah makan ubat tadi kut...hehehe....

So apa yg aku buat sepanjang 4 hari nie...
Hari Pertama Sabtu, 5hb Mac... berpusing2 di Jalan TAR mencari kain nak di buat baju kurung.. preparation utk musim cuti bulan 5-6 nanti cz byk sgt kenduri kendara, beli la barang sebarang dua sblm aku dgn hubby end up kat Cinema Wangsa Walk tgk cita I'm No.4. Best gak cita nie... bak kata hubby, kalau ada sambungan part 2 nya harus tonton nanti...

Hari Kedua Ahad, 6hb Mac... Happy Birthday to U.. Happy Birthday to my Hubby.. hari nie birthday hubby, aku suprisekan dia bwk pg PD... terdiam kejap dia bila aku ckp nk pi tido kat PD, esok balik.....tp sblm pg PD kami singgah rumah my parents lunch kat sana... sedapnya umi masak gulai maman... huhuhu.. nasib x tapau... Di PD asalnya nak check in kat Hotel Thistle PD tapi pasal dah full hanya yg tinggal bilik2 yg di luar kemamuan aku, so kami check in semula kat Ancasa AllSuites Resort, PD...tempat yg sama kami pergi holiday awal last year, cuma kali ni kami reguest block yg berbeza... tapi mcm 1st expereince dulu, bilik2 kat sini tidak mengecewakan.... sukaaa... so kami x kisah actually nak check in kat sini semula... Asalkan birthday boy sukaa.. x kisah la kan.. lepas check in dah relax kejap aku suprise kan lagi dgn hadiah yg di beli di KL hari tu... lagi la dia terdiam... ;p. Hope u like your present dear. Happy Birhday to u...

Birthday boy lepak tepi pantai sambil makan ABC & Rojak buah..nyam-nyam..

nak mandi x leh so kitaorang lepak je lah tepi swimming pool..
Hari Ketiga Isnin, 7hb... Sblm Check out, harus la berendam dulu dlm laut nie kan... tp yg kurang bestnya, aku berendam sorang2.. memandangkan Docktor lum ckp mata hubby boleh kena air laut so kami x nak ambik risiko, takut apa2 jadi nanti susah pulak... so dia jadi tukang sorang je kat tepi...bising sungguh dia bila dia ckp aku mandi laut mcm celup2 je...hehehe.. nasib la, kalau tak confirm aku dah kena benam dalam air tu mcm tu selalu... ;p. Mandi pagi2 kat sini best, tak de orang... suka hati je nak main air mcm mana pun....

Lepas check out, kami sampai rumah dalam pukul 3... rehat kejap utk next agenda pulak.. aku & hubby dapat tiket pergi Malam Gala Preview filem Hikayat Merong Mahawangsa @ Curve. suka2... Terima kasih Ayu Hamiza & Nurul atas jemputan.... tp yg kurang sukanya cz sesat barat2 aku utk sampai ke sana... gara2 hujan lebat ptg tu, sana sini jalan jem. Dgn aku x tahu jalan nya... berpusing2.... nasib baik keluar awal tadi, akhirnya sampai jugak kat sini lagi 10 min kul 8. dah sampai kat @ Curve... bahgian mana nak pergi pun tak tahu.. wahh nampak sangat aku x pernah masuk sini..adei.. dlm bangunan ni pun kitorang berdua berpusing2 cari tempat.. last2 tanya orang baru jumpa cinema nya.. rupanya kat blok lain, aku kat blok lain..hahaha.. padan muka... sampai cinema tu dalam pukul 8 lebih. Yusri KRU tgh di interview press begitu jugak dgn hero filem nie Steven Rahman... Yg lain x sampai lagi masa nie..... Dalam pukul 8.45pm baru la sorang2 artis lain muncul... Ramai jugak la jemputan utk majlis nie. Ada Dato' Yusuf Haslam, Suhaimi Baba, Sharifah Amani, Lisa Surihani etc...
Yusri KRU Selaku pengarah filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Antara Artis yg beri sokongan - Lisa Surihani, cantik dia nie in live.

Sharifah Amani - comel

Hero filem nie Stephen Rahman as Merong Mahawangsa
Anuar Zain yg membawakan lagu tema filem nie 'Sedetik Lebih'-smart mlm nie

Edry & Wife, antara yg lewat sampai, jem katanya.. hehehe tapi still lum terlambat...

Majlis bermula jam 9.30mlm sharp... Best filem nie...Satu penghargaan buat KRU kerana berjaya menghasilkan filem sejarah sebegini. X ramai pengiat seni yg sanggup ambik risiko mcm ni. Satu kelainan yg di beri dalam industri Filem Malaysia. Dalam Artikel sblm nie ada mengatakan mengenai teknik CGI dalm filem ni yg banyak, tapi pada aku yg dah menontonnya, teknik2 tu tak berapa kelihatan sangat..nampak mcm nature...itu rasanya harus di puji. Dan yg paling aku dgn kawan2 lain terkejut tu, Skrip filem ni sebenarnya diolah oleh Yusri sendiri.. dgn dioalog2 purba di selit dgn lawak jenakanya, x sangka ianya dari Yusri... wahh abg chik sudah semakin maju tau... Bak kata Nurul, x sangka Yusri leh buat skrip lawak...hehehe... so korang jgn lupa tonton tau... kalau nak tgk orang asing bersilat bagai jgn lupa tgk filem nie tau.... hidup KRU...cewahhh..... ;p

me with mummy to be, Nurul dgn poster filem Merong...

Hari ke empat, Selasa 8hb Mac...Lepas b'fast pergi klinik. badan ku dah x sedap2...selsema x henti2 walaupun balik movie smlm dah makan Panadol solubel. balik klinik rehat kejap, tghhari pergi Hospital Selayang pulak utk check up mata Hubby. Alhamdulillah, doktor ckp radang mata hubby dah semakin baik dan dia dah boleh buat cermin mata. Ubat2 makan masih diteruskan tapi dgn kuantiti yg dah di kurang kan. Alhamdulillah. Mlm pulak aku dgn hubby lepak kat Tasik Titiwangsa sambil makan burger...

Wahhh tu la jadual ku sepanjang 4 hari nie... boleh ke korang baca karangan lebih 360 patah perkataan nie?.. hehehe sorry terpanjang daaa..... mcm x biasa, x suka skip je x yah baca ya... ;p.

kita jumpa di lain entry ya... take care...bye...

04 March, 2011

Mood Baik..

Hari nie mood baik..
kerja banyak tapi still nak senyum..
boss bising2.. tapi masih rasa nak jerit keriangan..
esok mula bercuti selama 4 hari..
suka..suka..suka..
Harap-harap semua plan berjalan dgn lancar..
Amin...


*nota kaki : apa yg aku nak buat dalam masa 4 hari ni??... tunggguuuu ulasannya next week k... daaaaaaaaa.... ;p

02 March, 2011

CSi VS Bieber








VS

















Salam Sejahtera semuaa... hehehe... tetiba topic rancangan tv hari nie.. nak cerita pasal life aku skrg, rasanya x de yg berapa menarik yg nak di kongsi... lagi pun lately selalu duk rumah je.. so bila dah habiskan waktu di rumah apa lagi..TV la yg jadi bahan utk habiskan waktu2 kosong ku kini..cewahh.... umumnya aku memang meminati drama bersiri menyiasatan CSI ni sejak masuk Astro bertahun dulu.. x kisah la CSI, CSI NY & CSI Miami, 3-3 aku layan... so pasal dah tahu 1hb Mac iaitu smlm start episod baru, so excited punya pasal awal2 lagi dah tukar channel AXN takut termiss...

Sekali dah separuh cerita keluar watak Bieber.. aduhh... Bieber Fever nie dah sampai masuk CSI ke?...class ko dek.. secara jujur nya aku x la kenal sgt dgn Bieber dia.. tapi just tahu yg dia bwk lagu 'Baby' tu... cuma lately dlm majalah2, newspaper liputan luar negeri, byk sgt story pasal Bieber nie atau Jastin Bieber nie... sampai di beri nama fenomena Bieber Fever... teringat kata Zeti masa keluar dinner last week... zaman2 kita utk lagu2 mcm Justin Bieber nie dah berakhir kak, tu yg x tahu sgt.. kita dah pernah rasa dah zaman gila2 dgn artis mcm tu dulu...hehehe.. nampak benar kita dah tua Zeti...hahaha.. aku cuma sambung ayat dia... Justin Bieber nie beruntung cz dia boleh jadi fenomena di merata dunia sampai orang kena Bieber Fever kerana dunia skrg kekurangan artis remaja belasan tahun lebih2 lagi artis lelaki... so dia keluar time mcm nie, memang rezeki dia la terus boom... zaman2 kita dulu ada Backstreet Boys, New Kids on the blok la and ramai grop2 remaja lain.... ramai saingan.. dia pulak duk2 sorang2 je... memang boom la sampai boleh masuk scene dalam CSI kali nie.... so sapa2 yg miss episod smlm don't worry, next week Selasa mlm ada lagi kul 10pm kat AXN 701.. scene dia x habis lagi smlm... ada sambungan..so tunggu........

sorry tetiba topic cita tv lak, x tahu nak story apa..hehehe.. ;p

CREDIT PICTURE KAT GOOGLE IMAGES.