By the way aku nak share satu artikel dgn u all. Aku jumpa smlm... dari gua.com.my. Artikel nie aku rasa sesuai gila dgn situasi aku skrg... sedikit sebanyak memberikan aku tips dan pengajaran.. terima kasih kepada sesiapa juga penulisnyaaa....
Forgive & Forget
Maaf dan lupa atau forgive and forget ialah suatu perkara yang kedengaran mudah tetapi amat sukar untuk dilakukan oleh hati-hati yang terluka. Apabila hati telah dilukai, masa menjadi penentu untuk memaafkan si dia, apa lagi untuk melupakan apa yang telah berlaku. Memaafkan adalah lebih mudah daripada melupakan dan apabila pertelingkahan terjadi, perkara yang tidak dilupakan tadi akan sering dibangkitkan semula sebagai senjata untuk menyerang pasangan anda. Lebih membinasakan apabila anda memilih untuk tidak mahu memaafkan ataupun melupakan, dan kesalahan beliau selama-lamanya akan menjadi buah keras untuk anda lemparkan kepada si dia jika anda tidak puas hati tentang sesuatu perkara.
Dalam membentuk perhubungan yang sihat dan berkekalan, pertama sekali elakkan daripada melakukan kesalahan yang sukar untuk pasangan anda memaafkan atau melupakan apa yang anda telah lakukan. Dan sekiranya anda gagal untuk menghindarkan diri daripada membuat kesilapan, adalah amat penting untuk si pasangan memaaf dan melupakan kesalahan itu. Namun, untuk memaaf & melupakan, it’s easier said than done. Harus diingatkan bahawa kita semua hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan. Maaf & lupa itu penting kerana mungkin hari ini hari dia dan esok hari kita punya. Bagaimana rasa kita jika kesalahan yang kita lakukan tidak ingin dimaafkan atau dilupakan oleh si dia dan sering digunakan kembali untuk menyakiti hati kita?
Dalam memaaf dan melupakan kesilapan yang pasangan anda telah lakukan, yakinkan diri bahawa cinta anda berdua adalah lebih hebat daripada kesalahan itu. Jangan memberi tumpuan kepada masalah iaitu kesilapan beliau tetapi fokus kepada penyelesaian iaitu forgive & forget terhadap kesalahannya dengan harapan ianya tidak akan diulangi. Tidak adil untuk menggunakan kesalahan yang telah dilakukan untuk menyakiti dia. Perkara yang telah berlaku tidak boleh ditarik balik. Jalan ke hadapan dan jangan berundur.
Walaupun untuk isu besar seperti suami curang dan sebagainya, bawa hati anda untuk memaaf dan melupakan kejadian itu. Untuk melakukan ini, jangan fikirkan tentang dia, tetapi fikirkan tentang anda. Hati anda perlu dipulihkan dan jiwa anda perlu ditenangkan. Seandainya kasih masih menebal, belajar untuk memaaf dan melupakan kerana you cannot undone what was done. Satu sahaja yang anda boleh lakukan ialah moving forward. Maafkan dan lupakan, ianya lebih baik untuk jiwa daripada anda membiar hati meronta dan bergolak mengenangkan kisah lama. Siapa kata dunia ini adil dan siapa kata cinta itu mudah? Buangkan kesilapan yang telah dia lakukan jauh-jauh dan yakinkan diri anda bahawa cinta anda kepada dia lebih berharga dan perlu diselamatkan daripada memberi tumpuan kepada kesilapannya. Jika dia tidak menghargainya dan melakukan kesilapan itu lagi, tepuk dada tanya selera. Apakah perlu dia diberi peluang kali kedua atau singkirkan saja dia dari hidup anda. Jika anda memilih untuk memberi peluang sekali lagi, maaf dan lupakan sekali lagi kerana itu adalah lebih baik untuk diri anda dan perhubungan kamu.
Di akhirnya, kita semua manusia yang mampu melakukan kesilapan. Mengungkit kesilapan lalu dengan niat untuk membalas dendam atau sekadar untuk menyakiti hatinya adalah perbuatan kebudak-budakan dan tidak rasional. Dengan memaafkan dan melupakan apa yang telah terjadi, anda memulihkan hati anda lebih cepat daripada yang anda sangka dan anda akan menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia.
No comments:
Post a Comment