25 June, 2010

A Short Happy Moment

Yesterday aku ambik 1/2day afternoon.. cz nak entertain my only friend from S'pore yg sampai ke KL smlm... Last jumpa minah ni rasanya dlm 2 tahun lepas kut sblm aku kawin lagi... Oleh kerana hari nie dia dah buat plan dgn relative dia so nak tak nak, kitorang just boleh spend time together semlm... best jugak la... aku pun dah lama dah x jalan2 kat area Bukit Bintang, after lunch kat BB...kitorang gi pusing2 kat KLCC pulak... nak ambik gambar kt taman KLCC x dapat cz hujan renyai... minah nie sensitive karang demam..so kitorang pusing2 dlm KLCC je lah yaa... Mlm bwk noreen dinner kat Stick House Kg Baru...aku rasa ada setahun gak kut last yg aku datang sini... x tahu sapa yg tourist...noreen or aku... hehehe...

I, emy & noreen kat lobby hotel, baru nak pick noreen out...

after dinner..zeti, noreen & wan

pose dlm kereta....sblm meninggal kan noreen...

Nice spend time with u noreen... tak sangka kan perkenalan dalam alam maya boleh jadi close sampai skrg... muah.muah.. i tahu u sayang i kan??... cewah... tq for everything....kalau ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye, either di KL or kami pulak ke S'pore.... cewahh....

Ting tong lagiii....

Ermmmm... lepas balik... aku baru nak tarik nafas lega cz enjoy spend time dgn kawan2...bergelak ketawa... alih2 mood aku x berpanjangan... kembali hujan ribut lepas tu kat rumah (dah la kat luar pun tgh hujan)... mesti korang bosan kan baca blog aku nie, asyik mood x stabil je.... aku x blh nak bendung... aku pun x mahu situasi nie... seriusly aku x sukaaa.... nak story kat orang... aku rasa mcm terhalang.... nak simpan sendiri, aku dah sakit... nak tak nak dlm nie jugak aku bebelkan.... Aku sendiri x tahu sampai bila problem kitorang nak slove... terlalu byk cabaran yg aku terpaksa tempuhi dari hari demi hari.... sorry cz korang kena baca benda2 merapu dlm ni lately....

haissshhhhh... tarik nafass.. tarik nafaassss.... u are a tough girl ok.. u can do'it... btw, aku akan cuti memblog dlm seminggu nie... nak tenang kan fikiran.... kawan2 please wish me luck utk this weekend... i realy need it... thank you.

**p/s : I really want to smile again...

22 June, 2010

Forgive & Forget...


Pagi2 mood aku dah larriii... aaaa lambat masuk ofis hari nie...adeii x pernah2 aku bgn lewat tetiba hari nie lewattt gilaaa, may be pasal lately aku kurang dpt tido kut....... spoil terus mod aku pg nie...

By the way aku nak share satu artikel dgn u all. Aku jumpa smlm... dari gua.com.my. Artikel nie aku rasa sesuai gila dgn situasi aku skrg... sedikit sebanyak memberikan aku tips dan pengajaran.. terima kasih kepada sesiapa juga penulisnyaaa....

Forgive & Forget

Maaf dan lupa atau forgive and forget ialah suatu perkara yang kedengaran mudah tetapi amat sukar untuk dilakukan oleh hati-hati yang terluka. Apabila hati telah dilukai, masa menjadi penentu untuk memaafkan si dia, apa lagi untuk melupakan apa yang telah berlaku. Memaafkan adalah lebih mudah daripada melupakan dan apabila pertelingkahan terjadi, perkara yang tidak dilupakan tadi akan sering dibangkitkan semula sebagai senjata untuk menyerang pasangan anda. Lebih membinasakan apabila anda memilih untuk tidak mahu memaafkan ataupun melupakan, dan kesalahan beliau selama-lamanya akan menjadi buah keras untuk anda lemparkan kepada si dia jika anda tidak puas hati tentang sesuatu perkara.

Dalam membentuk perhubungan yang sihat dan berkekalan, pertama sekali elakkan daripada melakukan kesalahan yang sukar untuk pasangan anda memaafkan atau melupakan apa yang anda telah lakukan. Dan sekiranya anda gagal untuk menghindarkan diri daripada membuat kesilapan, adalah amat penting untuk si pasangan memaaf dan melupakan kesalahan itu. Namun, untuk memaaf & melupakan, it’s easier said than done. Harus diingatkan bahawa kita semua hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan. Maaf & lupa itu penting kerana mungkin hari ini hari dia dan esok hari kita punya. Bagaimana rasa kita jika kesalahan yang kita lakukan tidak ingin dimaafkan atau dilupakan oleh si dia dan sering digunakan kembali untuk menyakiti hati kita?

Dalam memaaf dan melupakan kesilapan yang pasangan anda telah lakukan, yakinkan diri bahawa cinta anda berdua adalah lebih hebat daripada kesalahan itu. Jangan memberi tumpuan kepada masalah iaitu kesilapan beliau tetapi fokus kepada penyelesaian iaitu forgive & forget terhadap kesalahannya dengan harapan ianya tidak akan diulangi. Tidak adil untuk menggunakan kesalahan yang telah dilakukan untuk menyakiti dia. Perkara yang telah berlaku tidak boleh ditarik balik. Jalan ke hadapan dan jangan berundur.

Walaupun untuk isu besar seperti suami curang dan sebagainya, bawa hati anda untuk memaaf dan melupakan kejadian itu. Untuk melakukan ini, jangan fikirkan tentang dia, tetapi fikirkan tentang anda. Hati anda perlu dipulihkan dan jiwa anda perlu ditenangkan. Seandainya kasih masih menebal, belajar untuk memaaf dan melupakan kerana you cannot undone what was done. Satu sahaja yang anda boleh lakukan ialah moving forward. Maafkan dan lupakan, ianya lebih baik untuk jiwa daripada anda membiar hati meronta dan bergolak mengenangkan kisah lama. Siapa kata dunia ini adil dan siapa kata cinta itu mudah? Buangkan kesilapan yang telah dia lakukan jauh-jauh dan yakinkan diri anda bahawa cinta anda kepada dia lebih berharga dan perlu diselamatkan daripada memberi tumpuan kepada kesilapannya. Jika dia tidak menghargainya dan melakukan kesilapan itu lagi, tepuk dada tanya selera. Apakah perlu dia diberi peluang kali kedua atau singkirkan saja dia dari hidup anda. Jika anda memilih untuk memberi peluang sekali lagi, maaf dan lupakan sekali lagi kerana itu adalah lebih baik untuk diri anda dan perhubungan kamu.

Di akhirnya, kita semua manusia yang mampu melakukan kesilapan. Mengungkit kesilapan lalu dengan niat untuk membalas dendam atau sekadar untuk menyakiti hatinya adalah perbuatan kebudak-budakan dan tidak rasional. Dengan memaafkan dan melupakan apa yang telah terjadi, anda memulihkan hati anda lebih cepat daripada yang anda sangka dan anda akan menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bahagia.

21 June, 2010

My Litle Brother..

Salam semua.... macamana weekends korang??... weekends ku di habiskan bersama keluarga tercinta... betul la ckp orang, kalau balik kg tiada istilah diet... huhuhu.. balik2 je umi dah siap masak gulai lemak udang galah + sup tulang kaw2 punya...aduuhhh... smlm sblm balik KL umi dgn nenek masakkan aku gulai itik pulakk... meriahh makan kalau balikk nie tau...

Tak byk yg aku blh coretkan kali nie just nak memperkenalkan adik bongsu ku pada u all, Mohd Najmi Naim.. aku dah lama x spend time dgn dia nie berdua sejak kahwin dulu... so ahad lepas, aku bwk pusing2 JJ Seremban sambil tgk movie ToyStory3... sukanyaa dia... cz selalu kalau aku balik sini, pusing2 dgn hubby dia mesti x dapat ikut... so kali ni aku tebus balik la spend time dgn dia....
oklah, enjoy the pic yaa... see u all later..byee...
nota kaki : kalau u all perasan cara si Boy ni (gelaran utk adikku di rumah) posing..hahaha.. angah, zeti jgn marah k...my adik pose tiru trademark kakak dia... i x ajar dia ok..dia buat sendiri... hehehee.... ;p

18 June, 2010

ISF 2010 Exhibition..

Salam everyone... kita lupakan my personal life utk sementara waktu, letak tepi dulu.... kita fokus pada kerja ok.. kerja tetap kerja... kena teruskan utk hidup.. cewahh... (cuba nak happy kan diri sendiri for the moment).. ;)

Smlm hampir seharian aku di KLCC Convention center utk ISF 2010 Exhibition.. pada sesiapa yg tidak mengenaliku dgn begitu rapat.. cewah.. my job scop is ELV designer... apa tu ELV??.. ermm susah kalau nak explain pada orang yg bukan dlm bidang nie.. lebih pada engineering mechanical part.. utk design Public Address, Intercom, CCTV, Security, Card Access, Fireman intercom, Audio visual..etc.. lebih kurang la.. tapi aku punya scop kerja just as designer and drawing (AutoCad).. cost2 and price aku tak involve..hehe. tu part senior2 aku.... aku tak campur bahagian2 harga... so smlm punya exhibition lebih pada utk bahagian Security System... oleh kerana aku tak de benda urgent nak kena submit kat office,...kak zie tarik aku sekali pergi exhbition tu smlm... walaupun aku lum ada mood nak bersosial...tapi pergi jugak la.. at least, aku leh tgk pemandangan... tgk orang ramai... aduhhh... ramai sungguh... naik lenguh jugak la kaki berjalan smlm, punya la besar hall nya, adeii... so balik ofis semula ptg smlm dah pukul 5.50pm...ngam2 utk patch out time je kul 6...hahaha.. kak Roziah ckp.. korang pandai yek balik ngam2 je... tau x pe kak.. bukan selalu pun ngelattt kerja... hehehe... so aku paste sikit pic yg sempat di snap...x byk sgt la..
dgn kak zie..baru lepas registration...
Entrance.. ready to tour.. adeii...


my klik sibuk dgn seribu satu soalan utk every booth.. adeii..rajin tu diorang nie..



antara produk-produk yg ada smlm... kamera cctv & card access system...

**so tu je lah kut... kita jumpa next week k di lain entry k... esok den nak balik Serembann.. huhu.. x sabarnya..dah 2 bulan x balik nie.. mcm jauh je kan??.. tapi masa membataskan utk aku balik dgn lebih kerap lagi... umi nak kari ketammmm??.. (demand tau anak dia nak balik...hahaha.. jahat kan??).

***By the way..HAPPY BIRTHDAY UTK ADIKKU NADZRY (smlm birthday dia)... Semoga lebih success and bahagia selalu k... bila nak masuk minang Ayu nie.. berjangkut akak tunggu tau.... ;p (hehehe...gurau je)

adiosss semua..

15 June, 2010

Kebenaran..

Nak termenung dah hilang pemandangannya…

Nak menangis dah tak terkeluar air matanya…

Nak mengadu dah hilang kata-kata…

Nak pendam sendirian tak tertanggung rasanya…


Kenapa ya kebenaran selalunya menyakitkan??…

14 June, 2010

Jumpaaa???

Secara tak sengaja...aku terjumpa page yg 'tidak 'sepatutnya' aku tahu. Walaupun dalam hatiku kadang2 tertanya sendirian knp aku tidak perlu tahu page nie...

tapi sedaya upaya, cuba berfikiran positif.... tiada apa yg perlu di risaukan...

tapi bila aku tgk date..sekali lagi hati ku terdetikkkk....

mengelamun ku seketika....

kain..kain..

hellooo everyone.... selamat memulakan hari baru di minggu baru ok.... eeeeiii malasnya nak start kerja in the Monday Morning ok... my office klik ni pun ramai yg masuk lewat, gara2 demam Bola Piala Dunia... adeii...

Sabtu lepas, lepas kerja (1/2 day) aku pergi teman kan my BF (best friend) cari kain pengantin utk majlis akad nikahnya bulan NOV this year.... lepas kitorang lunch kat Pizza Maju Junction, kitaorang mulakan la 'pengembaraan' kitorang di sepanjang jalan TAR (Jln Tunku Abdul Rahman) nie... orang tak payah ckp la, hari Sabtu kan, + pasar malam lagi...memang ramai la umat nya.... yg nak shopping raya pun ramai, yg sama tujuan mcm kami ni pun ramai... majoriti semuanya hujung tahun punya date.... uiisssss kena redah jugakk ni....
Keluar masuk Alina's, Harris, kedai kecik2 sepanjang tepi jalan TAR tu... aku pulak yg dah rambang tgk kain...excited pilih kain nie... my BF nie katanya pilihan colour is grey (kelabu)... aku ckp dgn dia jgn cari yg dark grey karang nampak gelap pulak pengantinnya...hehehe... bila dah lenguh kitorang jalan, kitaorang end up kat Jackel... haaa dia dah tersangkut pulak kt sini.... hehehe...pilih jgn tak pilih angah....

Lepas pening pilih kain kat Jackel, kitorang masuk SemuaHouse pulak tgk bekas2 hantaran dgn bunga2an... lagi sekali my BF ni dah confiussss... hehhee.. sian angah... alang paham angah, alang dah pernah lalui perasaan nak pitam mcm tu....hehehe.. step by step k... so kalau korang nak tgk hasil pemilihan kain & barang2 dari kami... tunggguuuu bulan NOV nanti k....

muka orang tgh confius nak pilih kain..hehehe... ;p



ni kain yg kitorang dah shortlisted kan... hehehe.. ok takk???

10 June, 2010

Happy Birthday Angah...

10hb June kembali lagi...cewahhhh.... HAPPY BIRTHDAY ANGAHHH.... luv uuu.. muah..muahhssss..... ;p

09 June, 2010

Keep It For Yourself !!!

Kita punya HAK secara legal.. tetapi dalam kehidupan sebenar/in reality, kita TIDAK BERHAK utk bersuara... secara perlahan kita di ajar utk menerima segalanya, utk telan semuanya, berdiam diri atas kepercayaan tidak ingin mengeruhkan or merumitkan keadaan/suasana.... dan akhirnya akan memakan diri sendiri.. :(


08 June, 2010

Holiday + kenduri kendara.

Assalamualaikum kawan2... maaf kiranya blog ini sudah lama tidak di update..cewahh seminggu x tulis apa2 kira lama jugak lah tu x updatekan??.... last week busy melanda + pulak x de story yg menarik sgt utk di story... tapi utk hari nie nak share sikit cerita2 perjalan yg aku lalui selama 4 hari bercuti nie... nak kata holiday sgt tak jugak, nak kata full time berkenduri pun tidak jugak.. so half2 la jadinya...

Jumaat - 040610
Aku dah mula cuti hari Jumaat lepas, bertolak pgi dari Stesen bus Bkt Jalil, sampai di Kluang dalam pukul 1pm lebih.... lepas lepak2 kejap kat rumah mertua ptg aku pergi saloon rambut.. i cut my long hair... huhuhu.. dah penndekkk..... so kepala ku dah ringan sikit.... senang nak sampoo... hehehe.. lepas tu lewat ptg dinner kat Bisik-Bisik Batu Pahat... nice place...1st time makan kat sini, my hubby dah terpikat.. nk dtg lagi ke sini katanya... menu2 merangkumi western and local food... suasana lebih kurang mcm Intai-Intai or Bora Ombak.. but with reasonable price... may be pasal bukan dlm bandar... Sorry x leh nak share pic cz semua x jadi, gelap sgt kut...tempat ala2 romantik, x sesuai nak bergambar dgn kamera biasa...hehee... and bintang pun byk mlm tu... gila crazy byk... x pernah aku tgk bintang kat langit sbyk tu kat KL nie.... sayang aku x de kamera 'canggih' yg boleh snap pic2 mcm tu..kalau tak mestii bestt.... lepas dinner aku dgn hubby lepak pulak Batu Pahat Mall, tgk Prince of Presia... full house panggung walaupun cita nie dah ditayangkan dlm 2 minggu lebih.... nice story too..... balik lepak rumah kul 3 pagi... wuaaaaaaaaa ngatukkksssss....

Sabtu - 050610
Pagi2 pukul 8 dah bgn, cz hubby sibuk sgt nak b'fast Mc'd... layan Mc'd kejap lepas pusing2 Kluang pg2 cari kedai tayar... mana ada bukak la nama pun Public Holiday..apaa daaa... so patah balik rumah, berkemas utk ke JB pulak.... coz kena check in Hotel before 2pm kan... kalau tak x dapat bilik besst...hehehe... Kitorang decide nak stay hotel JB cz hari ahad nya ada weedding kat area sini....dah alang-alang nak may sini kan, so bercuti la sekali... konon2nya laa..... gerak dari Kluang dah nak kul 12 tghrari gak... tp kitorang sampai jugak Danga Bay, JB kul 1 lebih, rempit...hehehe... ni kali ke-3 aku lepak M-Suite Hotel, berhadapan dgn Danga Bay... x tahu kenapa aku suka tempat nie, bilik besar, suasana ok... x mahal sgt and x murah sgt, tgh-tgh. X kisah la apa pun orang komen dlm internet pasal hotel nie, tapi aku tetap suka lepak sini... hehehe... my hubby pun sama...


Katil yg sangat besar dan bestt...


Living yg agak selesa jugak...


siap dgn kitchen lagi....

Lepas fresh-up, ptg tu gi rewang (gotong royong sblm majlis) kat rumah Pengantin yg jugak rumah sepupu hubby ku... agaknya muka aku nie muka bunga rampai kut.. mana2 aku pergi dari dulu lagi sblm kawin or lepas kawin pun aku mesti kena bab buat bunga rampai... adeii.... kat sini x byk kerja yg nak di bereskan cz semuanya katering, and ready made.. so senang.... lewat ptg bila aku tgk semua kerja dah stabil, aku dgn hubby gi cabut (jahatkann kitoranggg?? ;p ).. hehehe gi tgk Lagenda Budak Setan kat JJ Tebrau... giloss la paggung paling besar but still full house... gilaa dasyat.... tu la penangan novel LBS ni, fans dah sedia ada....


Tapi utk aku komen cerita nie... errmm zeti, akak sependapat dgn ko.. kita as peminat novel nie, dah terlebih expectation utk filem nie...so bila x berapa nak sampai, agak mengecewakan.... aku x ckp filem ni gagal... filem ni tetap tergolong dalam kategori berjaya cuma pada ku x berapa nak kick utk aku katakan 'WOW'... just pada pendapat aku la.... apa2 pun hubby aku kata best.. (pada ku pelik cz dia x minat filem melayu before, may be pasal dia bukan fans novel LBS, and dia x pernah baca novel nie so dia x de expectation apa2, lucky for him).

Mlm tu lepak mkn kat Steamboat, tempat yg diorang panggil Dataran... aku pun x sure dataran apa..hehehe.. tp kat sini memang byk la jual steamboat2 nie.... lagi sekali mlm nie kitorang sampai hotel around 2 pagi lebih..... teruss ZZZZSSSSSSSSssss...

Ahad - 060610
Pagi kul 7 lebih dah bgn cz nak pi b'fast kat lobby.. lagipun kenduri start kul 10pg (majlis nikah pg, tghhari sandingnya)..... memang liat gila nak bgn...hahaha.... b'fast kat sini pun best2, choice2 pun byk... senak gak perut makan pg2 nie..hehehe...


posing kat luar lobby Hotel sblm kitaorg check out...

1st time duk hotel kul 10am kitorang dah check out... gila awalll.... x byk yg boleh aku story pasal majlis akad nikah nie, simple but nice bertemakan outfit putih purple and hantaran hijau berbalas pink. utk mjlis sanding... satu pengalaman yg menarik blh ku katakan cz 1st time aku tgk dgn kepala mataku sendiri konsep 'TOL' di lakukaan....hehehe.. kelakar gila... Selalu aku baca kat majalah cz dgr orang cerita jee..... pengantin lelaki di kena kan 1st TOL sewaktu baru mula nak berarak oleh bapak2 saudara and sepupu lelaki belah pengantin perempuan... dan kali ke-2 kena TOL kat depan Pelamin pulak oleh mak2 saudara dan sepupu perempuan pengantin... memang hapening gilaaa.... aku rasa kopak jugak la pengantin lelaki kena... ramai tu yg mintak.. aku dgn hubby pun kategori boleh minta cz kitorg dah kawin, tp aku malas nak masuk kat tgh2 acara.... so aku senang jadi pemerhati jee.... so acara selanjutnya aku pastekan gambar je lah ya... mcm dah panjang je nie... hehehe...

Pengantin dgn brg hantaran selepas selesai majlis Nikah...

suka jugak dgn pelaminnyaaa....

Meja mkn damai/beradap... hijau pink nice combination... jarang orang nak ambik risiko tapi diorang ni berani tampil dgn kelainan... yg pasti cantik hasilnya....

Kek pengantin 3 tingkat.

Pengantin lelaki x leh face dgn pengantin perempuan selagi TOL x setle..hehe..

Siap kepung pelamin tapi... hahaha.. block jgn tak block.. mak uda rock laa.. ;p

Sessi rundingan 'TOL'

Sessi penyerahan 'TOL'..

Selamat pengantin baru kak Natrah & Nizam...

perasan nak bersanding lagi nie..hehehe...

Lewat ptg, aku & hubby, sepupu2 hubby satu kereta, parents in law dgn abg & kakak iparku, kami lepak minum kat hentian R & R Machap sblm balik Kluang... lepas tu sampai je rumah, kitorang satu family terus flattt.... lembik gilaaa.. hehehe.. what a trip laaa...


Isnin pagi smlm baru aku gerak balik KL... so aku habiskan baki cuti ku smlm dgn membasuh kain yg bertimbun, hehehe..... kesimpulan keseluruhannya aku seronok + penat... standard la in any event/trip pun kannnnn.... ;)