13 April, 2010

Baju Raya??? + AF

Salam sejahtera semua... hellooo.... apa mood korang hari nie?... mood aku...ermm.... so far so good... boleh la dari mood last week kan... aku baru balik dari PJ, jumpa my favourite tailor utk tempah baju raya this year... yup, i dah tempah.. jgn kata awal ok walaupun bulan Syawal dis year jatuh pada September kiranya ada lagi 4 bulan... tapi hakikatnya tu pun dah dikira lewat, dan dah nyaris2 aunty tailor tu x nak ambik cz dia kata dia dah banyak tempahan... mak aii awallnyaa org tempah sekarang nie... nasib baik dia terima juga tempahan ku cz aku dah memang regular customer kat dia, kalau orang baru dia memang dah x nak ambik..every year mesti ada muka aku dgn muka mak aku tempah kat dia dari kecik sampai sekarang. Walaupun lokasi dah jauh, tapi tetap nak tempah kat dia jugak, cz aku selesa dgn jahitan dia.. bukan x pernah try tempat lain, tapi hasilnya mendukacitakan aku so aku tetap sent kat dia walaupun orang kata mahal dan jauh, janji aku selesa... Aku sibuk2 nak antar awal nie bukan apa cz nk balas dendam, last year dapat buat sepasang je, sebab x sempat nak buat... so kali nie aku prepare awal... hantar sekali 3 pasang tadi... 2 kurung moden dan sepasang kebaya batik.... harap2 menjadi la jahitan2 nya lagi kali nie mcm biasa.
AF8???
Eermm.. aku nak coret sikit pasal AF8 kat sini boleh tak??.. hehehe lama x merepek pasal AF-af nie kan..... secara jujurnya aku x pernah tgk full version konsert sepanjang musim AF8 ni berlangsung...so far la... tapi kadang2 ada tertukar channel jugak kejap2 masa diari atau pun masa konsert utk satu2 lagu je.... Perubahan yg aku nak komplain sikit ialah.. masa diari diorang di kurang kan dari satu jam kebiasaannya menjadi hanya setengah jam tayangan sahaja sehari... dan selama setengah jam tu pulak, aku rasa sangat la payahnya nk tgk sence Linda Jasmin... x best pulak rasanya....x dengar jeritan Linda tu rasa mcm aku x tgk diari lak..hehehe.. tu pendapat aku la.... dan lagi satu....x adil la pada aku, dah la masa diari di potong, masa persembahan pun di potong gak.... knp ye??..dah mcm One in Million pulak perform setengah lagu... mula2 aku x perasan sgt, tapi pasal last week aku bosan, ao main tukar2 ch TV tertgk kejap ulangan konsert... mula2 aku ingat satu dua lagu je rupanya2 semua persembahan di pendek kan lagu2 diorang.... ishh..ishh.. x fare sungguhh.. kalau budak2 lama blh perform full song, siap tarian, siap backup vokal member lagi, siap dgn lagu bonus + lagu Menuju Puncak.... kenapa pulak budak2 baru nie di beri masa pendek2 segala, dah la Menuju Puncak x perform mlm yg sama... x cukup sponsor ke Astro utk hak masa penyiaran... patut lah aku tgk shedule masa Konsert AF blh habis pukul 10.30, cz kalau ikut2 senior diorang semua habis dalam pukul 11mlm. Kesimpulannya, walaupun aku peminat Que Haidar & KRU.... tapi buat Abg Long Norman, anak murid mu tetap tidak mendapat perhatian penonton mcm saya. Harap Maaf.

ok lah, adios korang... see u all in the next entry...byee...

p/s : AF2 the bestt...wahh tetiba tauu... hehehe...

10 April, 2010

Minggu yang Bosann..!!!

Minggu nie minggu yg bosan bagi ku... bosan dari segala sudut... bosan dgn suasana kerja... bosan dgn keadaan ku sekarang.. bosan dgn semua benda... Blank sampai tak tahu nak buat apa, hilang idea utk bertindak... nak hang out keluar... teman2 kebayakannya sibuk2 belaka, diorang pun ada masalah dan jadual sendiri so......... ermmmm......... sampai kan aku nak balik rumah parents sendiri pun diorang x de kat rumah nk layan aku...adeiii... kalau ada yg free, mood pulak tak baik.... kol husband sendiri, mood dia pun x baik gak...nak keluar sendirian mcm dulu2, aku rasa x selamat pulak dgn keadaan semasa yg melanda negara kita nie. Dgn ragutla, pukau la..... mcm2 hal laa.... kesimpuannya, so 'bored' hidup aku sekarang ok, tanpa family, tanpa kawan2, tanpa aktiviti.. serba serbi x kena aku buat gara2 kebosanan yg melanda.... sampaikan nak mengarang pun aku dah x de mood... hermmm.... :(

06 April, 2010

Kembali...

Aku kembali menulis setelah beberapa minggu x update.. ermm apa nak tulis ya... tgh sibuk dgn drawing2 nie... pening kejap, mata dah juling tgk benda kecik2 dlm drawing nie.. so kita larikan mata kejap ke screen menulis..

Perkembangan ku lately, in case korang nak tahu la, cz last entry aku byk merapu kan... nothing much perubahan dgn masalah ku. Nak kata dah selesai tidak jugak...., namun buat masa nie aku cuba elakkan supaya tidak menjadi lebih parah... 'act' selagi mampu.... Cuba utk bertahan sebaik mungkin.

So end of sad story... u all nak cerita funny tak?... last saturday aku telah di lantik di ofis nie sebagai president (atau lebih dikenali disini as chairlady) Recreation Club kat ofis nie... hampeh tak hampeh aku cakap.. menambah kan lagi tugas ku yg dah sedia bertambah ni.. so my GM nak rangka2 XTVT yg boleh aku arrange sepanjang tahun nie sehingga awal tahun hadapan. Dari majlis makan2 (perkara wajib niii, hehehe), utk kategori sport (yg aku memang x suka) dan lastly bahagian XTVT outdoor/outting. So smlm aku arrange small meeting antara aku and committe baru di bawah ku... u know what?... mcm2 crazy idea yg keluar. Naib aku kat sini memang sewel.. gilos dapat dia bawah aku.. memang hyper.... nak di jadikan cerita, lastly kitorang decide nak buat jungle trunking, flying fox and etc... cuma lokasi tgh pikir cz bos minat Frim tapi overall termasuk aku x suka kat Frim (bad experience).. (btw, kita skip bhgn sport dgn makan2 tu yek).... tetiba en. Azizi (my AJK) ckp
"kita pergi kat Perak tu la.. ada kolam air panas... tempat yg leh buat xtvt tu...apa ye nama nyaa??..."
aku jawap : "Perakkk??..kolam air panasss??..." (dlm hati mcm kenal je tempat nieii...) tetiba terus keluar lampu kat kepala ku.. " Sungkai ke?. Trolak??""
Azizi : " haaa yg tu laaa, nak??"
terus aku senyum sampai telinga..tahukah kalian bahawasanya aku memang dah ada quatation tempat tu sejak dari 3 tahun lepas lagi... adeii.... terus terimbau kenangan lama... aku kena arrange semula function yg tak jadi aku buat 3 tahun lepas utk budak2 FA-DAM... dan dari idea yg sama aku kena rangka versi ofis funtion pulakk.... what a coincidence laa..... so perkembang xtvt nie... akan aku hurai kan sekiranya lampu hijau di beri oleh semua pihak di sini... can't wait laa... ;)


23 March, 2010

Sebenarnyaa...

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku byk nak tuliskan di sini... nak upload pic2 pergi aquaria KL baru2 nie.. pic masa pusing2 putrajaya last weekends... tapi keadaan semasa membataskan utk aku berkongsi semuanya disini... not in reality right now.....lately aku byk hilang fokus di tempat kerja.. kurang bercakap.. senang hilang mood, kerap mengelamun...

Mengetahui sesuatu yg di luar expectation kita, di luar jangkaan kita betul2 menyesakkan diriku... Hati ku kini lepih parah dari kes 'menantu vs mertua'.... Berperang dgn kepercayaan sendiri lebih menyakitkan....

Kalau orang kata dia pandai berlakon... heyyy its me ok.. aku pun boleh berlakon jugak... don't start it ok... you did'nt know how far i can go..... :(

p/s: Its hurts... really-really hurt...

16 March, 2010

Wedding's @ Reunion Schoolmate

Hellooo everyonee... seronoknya kelmarin dapat jumpa balik schoolmate.... walaupun not all but it enjoy dapat jumpa diorang... majoriti semua dah berubah.. makin sihat2 belaka..hehehe... kitorang ada 2 wedding ahad lepas... satu Rahman, majlis berlokasi di perkarangan Masjid Taman Tasik... satu lagi my klik from Taman Tasik Permai... loverly majlis... 2-2 majlis pun meriah... we all konvoi dlm 5-6 kete.. bestt gillerrr....


Selamat PENGANTIN BARU RAHMAN @ WIFE..



SELAMAT PENGANTIN BARU Buat KAK CHAAA.. @ ROSIDAH SAHAB


** member2 lain..bila nak jumpa lagi..x puas borak la ari tu.. huhu..;p


10 March, 2010

..........

Lama x singgah disini sejak aku kenal dunia facebook... tapi actually busy sebenarnya... cuma satu soalan aku nak tanya...apa yg bestnya kat dunia facebook nie?... just nak sampuk2 komen2 orang... tgk gambar2 orang, komen gambar orang.... untuk nak express feelling...rasanya di f'book ni kurang sesuai cz ianya open pada semua 'member' utk baca... so ada rasa kurang privacy yang menyebabkan secara langsung ayat yg di keluarkan juga terpaksa ditaip dgn penuh hati-hati supaya apa yg di tulis hanya berkisar dgn kita ataupun pendapat kita tanpa menguris hati sesiapa.

Pagi2 dah keluar kata-kata mukadimah... errmmm not in mood actually...jiwa kacau, hati x tenang... perasaan berkelodak... sedih je rasa... air mata bergenang dari smlm.... aku x larat kalau perkara begini berterusannn..... terasa keseorangan utk hadapi semua nie....

Kadang-kadang aku rasa dah mcm double personality... belah sana bertindak ceria gembira, memberikan yg terbaik.... tapi di sini memendam perasaan sendiri, menelan semua kekecewaan secara senyap kerana kuatir takut2 menguris mana2 hati yg lain..... kita kena jaga hati orang... bukan orang nak jaga hati kita... tapi hakikatnya kita seharusnya kena jaga hati sendiri walaupun.............

**abaikan entry di atas ni, cz ianya sekadar luahan peribadi.

01 March, 2010

Its Hapen Againn!!!...

Its hapen again.. until when..i don't have the answer.. its will hapen again and again until i don't know whennn it can stop...... :(