30 January, 2015

HATI...

Apa yg kau nak sebenarnya wahai sang HATI?

yang diBENCI itu yang kau SAYANGkan
yang diHALANG itu yang kau INGINkan
yang diTEGAH itu yang kau RINDUkan
yang meLUKAimu itu yang kau DAMBAkan....
yang menYAKITI itu yang kau CINTAi,,,

Apa kau tidak serik wahai HATI dari membiarkan dirimu dilukai, disakiti dan akhirnya merana sendirian lagi....


Sedar lah wahai HATI...
dirimu harus kuat melawannya....
kau mungkin tidak mahu tambah parut di HATI mu kelak.... ;(


03 January, 2015

Salam Maulidur Rasul 2015

Hari ni 3hb Jan 2015.. blum terlambat rasanya ingin ucapkan Selamat Tinggal tahun 2014, tahun yg penuh kejutan, kesakitan dan keperitan buat ku, dan Selamat Datang Tahun 2015. Semoga tahun baru nie dapat memberikan sinar baru dalam hidupku. 
 
HAPPY NEW YEAR EVERYONE.
 
3hb hari ni juga jatuh pada hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Maulidur Rasul bak kata dlm Kalender Islam.


  Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam.

Tahun ni alhamdulilah aku dapat mengikuti majlis Maulidur Rasul di surau kawasan rumah keluarga ku...  tapi tah kenapa sepanjang hari ni hati ku tak keruan.. Takala gasidah dinyanyikan, selawat di lagukan, air mata ku ini turun mengalir deras tak tertahan. Sungguh diriku rasa kerdil ya Allah disisimu... 

Solat ku masih blum sempurna, amal ibadatku masih byk yg blum ku laksanakan. Terlalu byk lagi yg blum aku pelajari... disaat umurku begini diriku masih lagi kecelaruan antara kehidupan duniawi dan akhirat. Ampunkan segala dosa-dosa yg telah ku lakukan YaAllah.. ampunkan juga dosa kedua ibubapaku dan saudara-saudaraku yaAllah... Mlm ni ku ingin pohon padamu Ya Allah, Kau temukan lah aku dgn insan yg boleh mengajarku jalan ke SyurgaMu. Sekiranya dia jodohku, teman ku di Jannah Kau satukan lah kami tapi sekiranya dia bukan Jodohku, Kau jauhkan la dari sebarang rasa harapan dlm diriku selain hanya rasa seorang sahabat. Dan sekiranya aku memang Kau takdirkan utk sendirian begini selamanya, Kau kuatkan la hati ku, Kau lapangkanla dada ku tuk menerima segala ajaran dan dugaan mu ini sendirian. Sesungguhnya diriku ini tidak kuat ya Allah... Aku masih memerlukan bimbingan dariMu. 

hanya itu yg kuingin di tahun baru nie... sesungguhnya Kau yg Maha Pengasih lagi Maha Memahami. :'(
Ameen Yarabal Alamin.

Assalamualaikum.