16 August, 2013

Ifftar @ Rumah Amal Permata Hatiku, Gombak

enrty ni entry backdated ya...sorry..duk dlm draft version berminggu-minggu x dapat nak publish kan...x tahu apa problem BlogSpot kat ofis nie...huhuhu... so cerita agak basi la... tp tetap nak publish gak..hahaha...


IFFTAR BERSAMA ADIK-ADIK RUMAH AMAL PERMATA HATI KU, GOMBAK

 

Alhamdulillah, minggu ketiga Ramadhan yg lepas dapat berbuka bersama-sama adik-adik dari rumah Amal Permata Hatiku@ Gombak anjuran dari BMW GROUP... kalau tak kerana biz ni aku tidak perpeluang mengikuti program sebegini... kali terakhir berbuka dgn anak-anak yatim dlm 3 tahun lepas, tu pun under company... kali ni diri sendiri turut contribute tuk sama-sama memeriahkan majlis ni. Majlis berbuka di teruskan sessi sumbangan & berterawih beramai-ramai... Sangat seronok. Sangat fun... Insyallah ada rezeki tahun depan nak join lagi.. Terima Kasih pada penaung BMW Group, CDM Ramzi & CDM Kak Ina atas penganjuran nie...

So  Ok kita share gambar2 sikit ya...


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA ADIK RUMAH AMAL PERMATA HATIKU, GOMBAK - ANJURAN BMW GROUP


DATE : 27hb Jul 2013
LOKASI: RESTAURANT SUKHUMVIT GARDENS, PERSIARAN MRR2
MASA : 6.30PM


AYuni, Me, Jaja & Kak Izan - entrance Sukhumvit Garden restaurant. sempat lagi pose tau... harus la.. ;). Ada kelainan event kali ni, sebab kitaorang buat di restaurant dan bukan di Hotel mcm selalu... seronok budak-budak tu sekali sekala makan berhidang ala Thai.. bukan buffet style macam majlis berbuka puasa yg lain. Makanan licin habis...lepas terawih sambung makan, kurang pembaziran... Bagus idea-idea AJK majlis buat disni... Tempat yg selesa... private... boleh dtg bawak family lak next time... ;)
Antara menu mlm tu - ikan 3 rasa, Siakap Stim, Kailan, Telur bistik, tomyam seafood, ayam goring kunyit, kuih muih (kuih portluck ramai-ramai)... kenyang habis...Alhamdulillah..

TQ En husband sudi teman saya....  sebelah kanan tu dgn ms Jaja la , sapa lagi yg rajin ajak pose2 nie kan...hehehe...


sessi santai, borak2 sblm waktu berbuka... Nampak tak penuhnya table dgn makanan semua... dalam masa 2 jam habis licin dikerja kan kitorang... Alhamdulillah...



Sessi ucapan wakil dari BMW Group, CDM Ramzi & Dan juga wakil dari Rumah Amal Permata Hati ku.... & Sessi menyerahan Sumbangan serta duit raya dari kami semua termasuk yg nak beri secara kumpulan dan individu.


Majlis teruskan dgn Solat Sunat Terawih beramai-ramai... jelas keceriaan di wajah adik-adik ni... InsyaAllah ada rezeki tahun hadapan kita jumpa lagi ya... ;)
Assalammualaikum.

No comments: