31 May, 2012

Cara pakai korset PREMIUM BEAUTIFUL

Hari nie hari ke-4 dah aku pakai PB (Premium Beautiful) nie... dah mula rasa sedap.. badan dah rasa fit, tegang sana sini... Semalam pulak aku sempat pergi PB kelas for the 1st time... Ramai yg dah berjaya dgn business nie.. antaranya my Mentor Naa Kamaruddin. Dia yg aku mula-mula jumpa face tu face yg kenalkan aku dgn product dari Hai-O Marketing nie, padahal asalnya aku di sapa oleh Yana Rosli offer kat aku buat side Income, tapi pasal dia jauh, dia kenal kan aku dgn Naa.. Sgt friendly orangnya..sgt kagum dgn mereka berdua ini..muda dari aku tapi dah berjaya mencapai income ribu riban... motivate pada aku utk teruskan usaha ku yg baru ingin bermula nie...

So topic hari nie, cara nak pakai korset/corset PREMIUN BEATIFUL ini dgn betul..orang melayu cakap, cara nak pakai Bengkung la..hehehe.. Senang je..masa mula-mula pakai may be ambik masa lebih 5 minit nak prepare..tp bila dah lama2 boleh pakai dalam masa 2 minit je...

Cara Pemakaian Premium Beautiful dgn Betul

Premium Beautiful ni ada 3 bahagian,
1. Long Girdle
2.Long Bra
3. Waist Nipper

Mule-mule kita kenakan LONG GIRDLE

1. Lipat dihujung seluar dan yang berender dan pinggang seluar dalam 2 lipatan.
2. Sarungkan dengan perlahan.
3. Bukakan kembali lipatan dan ambil lemak2 dibahagian peha masukkan ke dalam cup pinggul.
4. Kemaskan bahagian atas dan pastikan Diamond berada ditengah2


Next is LONG BRA
 
1. Sarungkan bra seperti biasa dari depan
2. Pinkan di bahagian belakang dengan larasan yang selesa.
3. Tundukkan sedikit badan dan tarik lemak2 yang berada di bawah ketiak masuk ke dalam cup.
4. Laraskan tali bra.
5. Tarik dibahagian bawah supaya lebih selesa.

**kalau tangan x sampai ke belakang,and xde sapa nak tlg cangkuk kan..u olls boleh pakai kain batik or ape2 kain dulu (selalu aku pakai tuala la cz de orang nak tolong pakaikan)... so berkemban  dulu ye...then cangkuk kat depan dulu baru turn ke belakang (mcm cara biasa pakai bra)...sbb kalau tanpa kain alas, PB tak boleh nak pusing dah sbb dah lekat kat badan**


Last is WAIST NIPPER!!



1. Ambil waist nipper anda dan pinkan dari bawah ke atas
2. Betolkan kedudukan dan pastikan Diamond berada ditengah dan selari dengan Diamond di bra
3. Tarikkan tali dibelakang untuk merampingkan lagi pinggang anda.
5. Tali itu boleh diikatkan dan sangkut pada penyangkot yg disediakan di hujung tali berlawanan.
ok..boleh paham kan?..

Tapi kalau u ada sebarang pertanyaan/kemuskilan boleh hubungi Nor utk penerangan percuma..nak join business Hai-O Marketing nie sekali pun boleh hubungi saya... Nor 012-6043104

29 May, 2012

CANTIK DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL ... ;)

PREMIUM BEAUTIFUL DI REKA UNTUK


70% KESIHATAN + 30% KECANTIKAN



PELABURAN TERBAIK BAGI SETIAP WANITA TANPA


PIL, DIET, BERSENAM, PEMBEDAHAN & SUNTIKAN

JAMINAN SEPANJANG HIDUP!!!


KEBAIKAN-KEBAIKAN PREMIUM BEAUTIFUL:

Mengurangkan SELULIT dan 'STRETCH MARKS'

Memberi BENTUK BADAN dan POSTUR yang baik

Memantapkan DADA dan PUNGGUNG

Menyahtoksik badan

Meningkatkan PEREDARAN DARAH

Meningkatkan SISTEM PERNAFASAN

Mengurangkan SEMBELIT


Menghilangkan SENGGUGUT dan melancarkan HAID

Menghalang pertumbuhan SEL KANSER

Menghalang serangan MIGRAIN dan GASTRIK

Membantu untuk MENGANDUNG

Mengurangkan SAKIT BELAKANG dan masalah 'SLIP DISC'


dan

BANYAAAAAAAAAAAK LAGI!!!


Pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi Far Infrared Rays (FIR)


Untuk KESIHATAN, KECANTIKAN dan KEYAKINAN



Siri pembentukan kontur buah dada
  • Melangsingkan badan & membentuk payudara yang mempesona
Siri pembentukan kontur pinggang
  • Melangsing & membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping
Siri pembentukan kontur pinggul
  • Mengempiskan perut & membentuk kontur pinggul yang menarik.

PREMIUM BEAUTIFUL PRODUK BERTEKNOLOGI TINGGI FIR



FAR INFRARED RAYS (FIR) adalah cahaya merah yang terhasil daripada gelombang elektromagnet daripada cahaya matahari. Cahaya INFRARED menghasilkan 0.75-1000 mikron merangkumi jarak sederhana dan jarak jauh (FIR). Dalam FIR menghasilkan 4-16 mikron. Spektrum cahaya ini memberikan manfaat kepada kehidupan termasuk kepada tubuh badan manusia.

Melalui penyelidikan sains dan teknologi, produk berteknologi tinggi FIR di reka cipta dari bahan dan komponen yang dapat menghasilkan FIR berbentuk Bio-Seramik. Terapi berbentuk FIR merupakan kaedah rawatan alternatif berbentuk "Thermal Therapy" (pemanasan suhu) untuk membantu merawat, memulih serta mempertingkatkan kualiti aliran peredaran darah dalam tubuh badan. PREMIUM BEAUTIFUL merupakan produk berteknologi tinggi FIR. Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan berteknologi tinggi FIR yang di reka cipta dan di hasilkan untuk kesihatan dan keyakinan. Premium Beautiful memainkan peranan untuk mengalihkan komposisi lemak dari bahagian yang tidak sepatutnya kepada bahagian yang sepatutnya dalam proses membentuk dan memulih semula bentuk kontur badan. Teknologi tinggi FIR terhasil melalui bentuk fabrik yang di hasilkan menggunakan bahan berbentuk Bio-Seramik.

KEISTIMEWAAN TEKNOLOGI TINGGI FIR

- Membantu membetulkan dan memulihkan sistem saraf

- Membantu membetulkan saluran darah arteri, kapilari dan pembuluh utama

- Membantu membetulkan dan memulihkan sistem pernafasan

- Membantu meningkatkan kadar metabolisme

- Membantu mengurangkan lemak, bahan kimia, toksin dan kandungan asid dalam darah.

- Membantu mengeluarkan peluh asid dalam tubuh badan.

- Membantu menggalakan tumbesaran lebih teratur dan sempurna

- Membantu mencegah pertumbuhan bakteria

- Membantu menghilangkan rasa kesakitan pada tubuh badan

- Membantu menghilangkan kulat dan fungus

- Membantu menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan

- Membantu mengekalkan kepanasan suhu dalam badan.

- Membantu mengekalkan dan meningkatkan tenaga

- Membantu menjadikan tidur lebih nenyak dan selesa.

- Membantu mengaktifkan air dalam tubuh badan.


THE 3 PIECE CORSET


LONG BRASSIERE



- Cup berbentuk pirmaid dapat menampung payudara agar tidak jatuh dan puting payudara dalam kedudukan yang betul (untuk mengelakkan daripada kanser)

- Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang (3rd and 4th breast)

- Mengelak daripada masalah berkaitan perut seperti gastrik dan ulser

- Memecah lelemak pada bahagian atas perut

- Lace cup mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan daripada payudara melimpah keluar

- Kedudukan bentuk tali tidak mudah jatuh


LONG GIRDLE


- Menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta menghilangkan kesan rekahan kulit )(stretchmarks) terutama bagi ibu-ibu selepas bersalin.

- Tidak menekan overi dan memberikan kesan hormon yang seimbang 'estrogen' dan 'progestron'.

- Lubang angin mengawal keputihan, pengaliran darah dan udara untuk menghilangkan kesan bau pada wanita.

- 'Love shape' nipis untuk membentuk pinggul yang menarik dan mengukuhkan kedudukan.

- Dua lapisan tenunan di bahagian belakang mengawal lelemak yang telah ke hadapan supaya tidak kebelakang semula.

WAIST NIPPER

- Tetulang memori berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, 'slip disc', sakit pinggang dan pengaliran darah.

- Suntikan F.I.R paling banyak dalam tetulang bengkung

- Sesuai untuk lelaki atau wanita terutamanya selepas bersalin.

- Tali-tali bengkung memudahkan kemasan dan merampingkan pinggang

- Boleh digunakan untuk bahagian badan lain seperti di kepala atau lutut.



Satu-satunya pakaian dalam yang mendapat pengiktirafan dari SUPERBRANDS So...


"FEEL IT YOURSELF TO BELIEVE IT!"


For CONSULTATION and FREE TRIAL:

NOR

012-6043104


21 May, 2012

Main Masak-masak

Last Weekends balik rumah Bonda @ Seremban dgn adik and adik ipar.. So Sabtu tu kitaorang main masak-masak. Adik ipar ajar buat Apam Pokodot (adik ipar yg ajar tau bukan kakak ipar yg ajar adik, terbalik dah ni)...hehehe..cz mlm tu ada kenduri kat Melaka, so nak bawak as buah tangan la... huru hara gak la dapur bila kitaorang bertiga buat kerja.. adik yg lelaki tu pun sibuk nak menyelit2 gak...tp have fun la..seronok.. next time kita buat lagi nak... best.... gambar2 di bawah mengikut turutan penyediaan Apam Pakadot nie ya....

p/s: Terbuka utk Tempahan jugak. 100 biji RM 30. Bergantung pada Pilihan Inti dalamnya. Boleh hubungi di talian 012-6043104. Sekian.


16 May, 2012

Side Income

Assalamualaikum semua.. kata orang kalau duduk kat KL nie x de side income agak payah la, kena strugle la nak hidup kat kota besar nie kan... dulu-dulu ingat nak buat side income dgn manik, tp nampaknya tak mendatang kan hasil sgt..just utk kepuasan sendiri boleh la... so sehari dua nie, ada kenalan ajak buat busines utk tambah-tambah side income.. errmm..pikir-pikir mcm minat..tp pikir sekali lagi takut tak boleh nak buat pulak.. Apa-apa pun esok ada explanation lagi yg akan di buat, kita tgk dulu mcm mana story sok k.baru boleh buat keputusan nak teruskan atau tidak...

04 May, 2012

Ikan Bakar Muar Special ;)

Assalamualaikum semua....sorry la lama x update blog...balik dari Kluang je terus 2 hari MC demam panas x boleh bangun..habis sengal-sengal satu badan... hari nie baru jumpa ofis baru jumpa PC.. haa baru lah boleh update story morry.. tp sorry ni pun last week punya story la dah basi pun.... Bila bercuti di kg hubby ni, mula la gatal je mulut ni..ckp dgn hubby rasa nak makan ikan bakar la.. kan mana best..so tanya2 orang, hubby ckp dgn Muar ada Medan ikan bakar best nak pergi tak??.. aku orang dah ajar laju je la angguk kan?... So Sabtu petang lepas tgk wayang cita Avengers kat Batu Pahat, terus masuk highway menuju ke Muar....

Nak di jadikan cerita kami 2 ni x berapa pakar jalan ke sana, memang kg asal usul Hubby kat Muar tapi kg kat awal2 Muar, x la sampai hujung...Medan Ikan Bakar nie kat Hujung Muar, lepas pekan Muar... orang cakap sedap makan bakar-bakar kat sini di Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar. Terbaik di Johor..agaknya la kut, sedap dgn harga yg murah..x caya??..nanti aku serta bukti k... Medan makan ni ada byk-bakar corner/kedai la.. so u all cari kedai Wak Jos, cz yg paling sedap.. Tapi bila kitaorang sampai  kat parking Medan Makan nie, tempat cantik la..kami dapat tahu Wak Jos ni dah bukak cawangan kedua di luar dari kawasan Medan Makan ni, di sebelah taman... Oleh kerana tempat kat situ dah 'crowded' kami berdua pun pergi cari Kedai Wak Jos yg baru bukak tu, senang je, sempang kanan lepas simpang dari Medan Ikan Makan Sabak Awor tu ada papan tanda Ikan Bakar & Asam Pedas Wak Jos... wahh laju je kitaorang masuk... Kesimpulan yg boleh di simpulkan kat sini, makanan2 nya memang sedap-sedap. Servis pun cepat, korang boleh pilih seafood mana yg korang nak makan, masakan apa yg korang nak diorang masakkkan. Harga kira sekali dgn masak... and yg penting harganya memang berbaloi-baloi..kan best kalau kat KL ada tempat makan dgn harga macam nie?... ;) boleh ke??.. hehehe...

otw ke Muar..muka tgh excited nie nak gi makan seafood... nyum..nyumm..

Ni la restaurant Wak Jos.. untung besar kut dia dari Medan Makan tu sampai leh bukak restaurant sendiri dah.. lokasi nya berhampiran dgn Medan Ikan Bakar Sabar Awor tu..

Menu pertama yg sampai dulu..satey.. ok baca bismillah, kita mulakan pembuka selera dgn satey ayam & daging...

Menu ke-2 nie.. gabungan udang & sotong goreng tepung.. sedap, leh buat kudap2 je benda nie bila cicah dgn sos.. laju jee.... ;)

Menu ke-3 Ketam (gemok ketam nie).. masak Stim.. mak aiii sedapp.. yg paling best terasa freshnya ketam nie...

Menu ke-4 . Ikan Pari Bakar sambal... terangkat sambalnya..hehehe..


Menu ke 5- Kerang bakar sambal sepinggan... pun aku layak sorang, hubby x larat nak makan dah..

Menu ke 6- Cencaru Asam Pedas.. terus teringan kat kak wati & Yati kat ofis nie, diorang suka asam pedas pekat-pekat mcm nie.. sedappp...

ok nie la harganya utk semua makanan di atas termasuk nasi dgn air minumam sekali ya... best kan kalau dpt kat KL mcm nie... jimaatttt.....