25 April, 2012

Yehaaaa...

Alhamdulillah selepas hampir sebulan berdiet dgn berjogging at least sekurang-kurangnya 3 kali seminggu akhirnya aku berjaya turunkan berat badanku sbyk 3 kilo.. ok kee penurunan byk tu dlm masa sebulan??.. slow kan?.. tp at least turun akhirnya, lagi pun aku bukan nya mengamalkan diet yg extrem.. makan nasi tetap jugak cuma dikurangkan kuantitinya je lah.... yehhaaaa... sgt happy hari nie... so kawan-kawan jom kita jogging lagi hari nie.. smlm dah x jog pasal hujan lebat..hari nie kena cover double nie... adeii.... Kena teruskan usaha lagi nie supaya dapat berat yg ideal... ;p.

Teringat kata-kata kakak ofis ni, kak wati.."jgn kurus sgt mcm sblm ko kawin tu, kurus mlm tiang elektrik..." adeii.. sabauu je lahh kak.... aku x la nk turun mcm dulu 48kg tu..x mungkin la dapat turun mcm masa seblm kawin.. mustahil la kan melainkan sakit ke apa ke..(Minta-minta di jauhkan).. cz aku just nak turun supaya kena dgn ketinggian ku la sebab semua org yg aku jumpa skrg ckp aku dah bulat.. hahaha 10 kilo lebih berat naik lepas kawin nie, mana tak bulatnyaa... huhuhu...

usaha lagi ye cempaka.. aku boleh...cewahh... ;)

23 April, 2012

Sepetang di Ulu Yam

Sabtu lepas dapat lepak-lepak kat Sungai @ Pusat Rekreasi Ulu Yam, Selangor dgn member-member ofis.. besttt gilaa.. lepas geram main air..cz masa last time aku ke sini setahun yg lepas, aku tgh ada masalah teknikal so x dapat nak berendam sgt, kali nie aku rendam habis.. nasib baik kali nie x ramai sgt pengujung so x la pack dgn orang so boleh buat sesuka hati ku...cewahhh.. gelak kepala kak wati tgk aku main air... adeii.. lantak la, janji aku happy... ;p. Sempatlah kitaorang bakar membakar kat sana.. aku dari rumah memang bawk bihun goreng putih ke sana (atas permintaan kak wati dgn kak zie).. kesimpulannya, best la seronok dapat release tension ke sana...





Nota kaki : Semakin malas utk mengarang.. dah x de buat intro ke baru isi cerita...penutup..semuanya aku gabung jadi satu perenggan... pengsan kalau cikgu BM aku baca tulisan aku nie cz aku main taram je nak tulis apa...

15 April, 2012

Sepagi di Kebun Sayur...

Assalamualaikum semua.. lama rasanya x menyibuk kat kebun ayah..So bila ada masa balik Seremban nie....pergi la pagi nie spend time di kebunnya...Sapa kata duk rumah teres x leh berkebun...wahhh selagi ada tanah seinci pun habis di tanamnya segala mcm pokok yg boleh di tanam kat situ... besttt...hijau jeee... jom cuci mana dgn tanaman2 ayah umi yg x seberapa nie..kira hobi diorang la ni lepas bersara ni, jadi petani yg berjaya..pada ku memang dah berjaya dah nie... masyuuukkkk hasilnyaa.....


Orang kata Berkebun pun salah satu senaman yg baik kan... suka tgk ayah sirap pokok-pokoknya....

Ada pokok Limau nipis..


Ada pokok limau purut.. umi kata bagus utk orang perempuan buat mandi dgn buah nie...


pokok terung..

Pokok daun kari..daunya gemuk2...hijau subur..


Pokok nenas..masa ni ada 6 anak buah nenas tgh membesar dgn jayanya..
Pokok cili padi ni paling byk..menopoli kawasan dikebun nie.. cantikkan naik dia??..geram je..

Pokok pisang pun ada dlm 3-4 pokok tgh berbuah nak tunggu time masak je... leh jual kat orang yg berniaga goreng pisang... pisang tanduk pun ada dalam 3 pokok tgh buah, x ambik la gambar pisang tanduk tu...



pokok kacang botol pun ada..umi buat ulam je ni dgn sambal belacan..


Pokok petola pun tgh byk buahnya... 

yeahhhh...ni lah dia hasil utk hari nie, ada cili padi, daun pandan, serai, kacang panjang & kacang botol, bendi (halia pun ada tp x masuk dalm gambar lak)... seminggu x payah beli sayur kat pasar...;) jimat belanja dapur...


Akhir kata...nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN BUAT AYAHANDA KU YG TERCINTA... hari nie 15hb April.. Semoga ayah di berikan kesihatan yg baik senantiasa... Amin.... Sayang Ayah.... ;)

13 April, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU YAYA & SHAH

Selamat Pengantin Baru buat adik sepupuku Siti Norbakyah or nama panggilan Adik or Yaya anak kepada pal long ku dgn pasangannya Shah (sorry x ingat lak nama penuh sepupu baru ni, hehehe)... Bertempat di Port Klang, Pengantin berdua ni selamat di ijabkabulkan pada 7hb Apr 2012 dan majlis resepsinya di langsungkan pada keesokkan harinya pada Ahad 8hb Apr 2012 di rumah pengantin Perempuan. Tahniah Yaya.. Selamat penempuh alam rumahtangga buat adikku...


























06 April, 2012

Sudah namakan pewaris anda??

Wuaaaa boringnya hari nie...eh-eh lupa lak...

Assalamualaikum semua.. aduh boringnya hari nie...huhuhu... kita borak-borak kosong nak??... kerja pun tgh free kat ofis nie, dah x tahu nak buat apa..nak story event/aktiviti kat dlm blog nie, x de lak story lak nak share...x de buat apa pun 2-3 hari nie selain dari kerja, balik kerja pergi jogging dgn member2 ofis then balik rumah...so x de benda interesting hapen in my life buat masa nie....

Ermm... tadi masa lunch dgn klik-klik kat ofis diorang ada story about unit trust..bla.bla.. aku tak pay attention sgt, x minat and lepas tu topik pasal nama-nama waris dlm simpanan masing-masing, contohnya dlm KWSP ke, Takaful ke, Tabung Haji, ASB ke....mcm aku jugak rasanya aku x pernah update nama-nama waris dalam semua benda2 nie..just bubuh nama sewaktu mula-mula nak mulakan akaun dulu je.. even walaupun dah kawin bertahun ni pun aku still x tukar data-data peribadi..bahaya kan??.. member2 ofis nie pun sama ada 2 orang penama diorang arwah mak diorang, walaupun dah meninggal tp diorang still x update lagi data-data tu.... tu yg kak zie (klik ofis) ni hr tu susah nak tutup akaun Takaful milik mak dia. Nasib baik dah setle, walaupun mak dia dah meninggal lebih dari 3 tahun, baru boleh tuntut...punya la panjang prosedure nya kalau x punya data yg lengkap... kesian pada waris nak kena buat process or ulang alik dari pejabat/bank nak setlekan benda nie..

so reminder utk diri sendiri gak.. kena pergi update data2 di semua akaun.... so kawan-kawan pulak macamana?..dah setle korang punya.. bukan pasal kita nak mati skrg cuma persediaan awal..kita x tahu apa akan jadi di kemudian hari kan.... ok lah off topik ni...

esok den nak kono poi port klang..so chow dulu yek... jumpa next week dlm entry lain k.. salam hujung minggu...byee...


04 April, 2012

Jom Join Feel Good Run 2012

Kak Roziah, office mate ku kat ofis nie tgh sibuk melobi member-member ofis suruh masuk marathon lari-lari NTV7 nie.. just for fun je... so kawan-kawan jom la join kitaorang sekali.. sekali sekala buat aktiviti gila yg sihat x salah kan???... kat bawah nie kita pastekan detail nya dari lawan web NTV7.. and utk keterangan lanjut or pendaftaran sila ke link berikut . http://apps.ntv7.com.my/feelgoodrun/ .. terima kasih... ;p

DO GOOD FEEL GOOD!

A long-distance running event that is usually run as a road race is called the "marathon". What then do you call a run that lets you sweat and have fun, while doing charity AND running alongside your favourite celebrities? As surreal as it may sound, ntv7 made it all possible a year ago with the inauguration of Feel Good Run. Returning for a second year in 2012, the one and only Feel Good Run continues its pledge in bringing the "feel good" factor to all participating runners.

The fun run which attracted amazing numbers in its first year including over 5,000 runners and close to 10,000 visitors, and raised more than RM140,000 for its beneficiaries, will be doing it all over again this year in Sri Pentas, Bandar Utama on 8th July, Sunday. Coming in as main sponsors for this mass run this year are – Pedigree and Whiskas – the world's leading dog and cat food.

With Twenty First Century Sports being appointed again as the Run Management, Feel Good Run 2012 offers the same categories as its first year:

• Feel Good Run – 7km, aged 13 and above

• Run with Celebrities – 3km, aged 13 and above

• Costume Fun Run – 3km, aged 13 and above

• Kids Run – 700m, 6 - 12 years
(so korang pilihlah kategori mana yg korang nak masuk k)... jumpa di sana bulan Julai nanti.. ;p

The mastermind behind this amazing effort is none other than Airin Zainul, Group General Manager of ntv7 & 8TV. Being an avid runner herself, Airin envisioned a platform which could cultivate healthy lifestyle amongst Malaysians, while encouraging the act of giving to those who are less fortunate. "We are truly grateful to the support given by the public in the first year where we took a leap of faith in organising this fun run. We were overjoyed when runners thank us for making their day a "feel good day" – that's the kind of feeling which we get that's priceless," says Airin.

The Organising Committee has also come out with a tagline this year – Do Good, Feel Good! – created to inspire the public to have a big heart for those in need, which not only include humans, but also animals with proceeds to be channeled equally to four participating beneficiaries – Yayasan Chow Kit, Kiwanis Down Syndrome Foundation, Pure Life Society, and PAWS Animal Welfare Society Malaysia.

Registration is open from 21st March and closes on 1st June with registration fees of RM25 for participants aged 13 and above and RM10 for those aged 6-12 years and below. Registration can be done online at Feel Good Run's official website, www.ntv7.com.my/feelgoodrun, while manual registrations can be done at the following:• Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur • Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya Interested participants can also email their enquiries to feelgoodrun@ntv7.com.my or call 03-56373821 for more information.

02 April, 2012

Mendaki Bukit Broga, Semenyih.

Assalammualaikum semua.. salam sejahtera, cewah mcm ada reader je kat sini kan, padahal type syok sendiri je nie..hehehe.. Sabtu lepas sekali lagi aku berjaya buat kerja gila.. x la gila sgt, cuma aktiviti extreme la cz aku dah lama x buat kerja2 yg mencabar mental fizikal nie...


Asalnya aku dan 2 orang officemate aku kak wati & yati nak naik Bukit Broga @ Broga Hills nie last week, tp pasal si Gooi ni nak ikut kami tukarkan datenya jadi Sabtu lepas 30hb Mac. So berjanji temu la kami di Petronas Mines pukul 7pagi... sampai kat kaki bukit Broga tu dalam pukul 7.50pagi..sblm lapan la rasanya... dari kawasan persekitaran nampaknya parking agak penuh, dgn ada beberapa kumpulan student kolej and sek men buat ala2 kem motivasi kat sini... so agak ramai la orangnya pagi2 nie...



Betul kata kawanku, pada permulaan trek utk ke atas bukit agak mendatar sikit, and lama2 makin mencuram jalannya.. dah la pagi tu hujan ada rintik2 sikit, takut jugak kitaorang kalau lebat, cz kalau lebat memang x boleh lalu trek kat sini cz jalan2 dlm hutan ni jadi licin. so agak bahaya... tp nasib kitaorang baik la rasanya cz rintik-rintik hujan tu memang sampai kitaorang turun dari Bukit.. x lebat..selamat sikit... di tambah pulak dgn cuaca yg agak redup.. kalau hari biasa, matahari dah naik kul 9am tu dah masak salai dah kitaorang kat atas..nasib tak... Bagi orang yg jarang buat aktiviti extreme mcm aku nie, perjalanan lepas setengah jam tu agak mencabar nk-nk bila sampai kawasan yg agak curam.. gayat jugak jadinya... nasib baik masa kat satu kawasan yg aku stuck tu ada sorang abg tu tolong tarik tangan aku cz aku dah rasa gayat dgn kecuraman bukit tu..rasanya abg tu cikgu kut, cz dia tgh handle budak2 turun... Alhamdulillah, sampai jugak aku ke 3rd stage dari 4 stage bukit Broga tu... kak wati dgn Gooi je yg sampai ke puncak, aku dan Yati tetinggal kat last stage utk sampai atas...pancit oooo.. takut aku kena asthma, aku x berani naik yg paling atas sbb pernafasan ku dah sedikit terganggu tika nie.. tapi apa2 pun utk sampai ke 3rd stage nie dah cukup bagus bagi ku.. view yg sangat cantik dari atas bukit nie, leh nampak satu Semenyih dari sini.. best... sejuk je suasana nya... 1 jam jugak la aku utk sampai atas nie.... Satu pengalaman yg mencabar tapi puas hati seronok sebab dapat keluarkan peluh sampai lenjun baju... ;p.


Di kaki bukit Broga..


Masa naik, Yati tertinggal sikit di belakang..hehehe..


Orang dah ramai turun masa kitaorang baur nak naik..agaknya diorang ni lepas subuh dah naik kut...hehehe.. awal gila dah turun...


ni la kawasan yg aku stuck tu.. lama gila sangkut kat sini nak-nak tgh ramai orang yg nak turun, terpaksa la beri laluan dulu....


berehat sekejap kat 1st stage.. dah penat gak masa nie... ;)

berjalan menuju ke 2nd stage.. kat belakang tu kita leh nampak piss stop utk 1st stage.




Cantik kan view kat belakang tu.. nie dari 3rd stage..

sblm turun bukit dalam pukul 9 lebih... satu pengalaman yg seronok.. terima kasih kawan-kawan sebab sudi teman kan saya... ;)


nota kaki : sakit betis kaki sampai skrg, kena sapu krim panas lagi mlm nie...huhuhu...