26 September, 2011

Congratulation Nicole..


Semalam aku pergi majlis makan2 sempena perkahwinan officemateku, Nicole Chan. 1st time pergi makan2 utk wedding kaum cina nie, sblm nie x pernah dapat jemputan. Actually nie bukan majlis resepsi dia, majlis resepsi dia buat mlm seblm tu (Hari Sabtu) secara besar2an, and of course la meal dia non-halal kan... so smlm dia buat special utk sahabat2 dia and hubby dia yg muslim and non muslim, yg x dapat dtg pada mlm sblm nya... dia ambik katering melayu, and majlis secara santai gila, dia ckp serba salah pulak kat kitorang yg x dapat dtg majlis dia, so dia sanggup buat majlis lain kat dewan condo dia utk kami2 semua nie..terharu siott... da mcm semangat satu malaysia dah, cz yg smlm punya majlis ada mcm2 kaum, bangsa... apa2 pun Congratulation Nicole Chan & Brian, hope u guys will be happy mariage for ever... both of u are cute couple k, comel sgt2..perangai pun dua2 comel..hehehe..



actually aku suka sanggul amoi nie, byk cantikk wooo..



Sebahagian officemate yg dtg smlm, yg lain2 chinese dah pergi majlis hari Sabtu tu.. tp gambar ni kelakar kan??.. semua tegak je mcm nak ambik gambar family letak dlm frame..hehehe..


22 September, 2011

Saya suka kasut saya..

Saya sangat suka kasut saya..hehehe..gedik tak tajuk di atas???.. pasal x tahu nak tulis apa dlm blog nie, cita kasut lak kita..hehehe... x kisah la apa2 ada brand ke tak kasut nie aku tetap suka kasut ni. hehehe.. actualy kasut nie kasut raya aku yg my hubby belikan kat Wangsa Walk shopping mall.. x la mahal sgt, x la murah sgt.. ok2 lah dgn keadaan aku yg biasa2 nie kan..hahaha.. tp pasal raya hari tu aku x pakai cz ianya color putih, pikir2 kat kg aku dgn kg husband tanah merah, so peram je dulu kasut tu. Alih2 dah nak habis raya nie baru aku berpeluang pakai, tu pun pasal ada makan2 sikit sempena farewell Shameel hari Khamis lepas..(ya pd kawan2 yg kenal tu, adik hensem kami kat ofis nie dah pindah, huhuhu sedihnya...)....






cantik tak kasut ni?? (mcm ayat budak2 baru dapat kasut baru)..hehehe..

Akhir kata..saya sgt suka kasut saya...hahaha... ;p




mood hari nie: cuba utk mengembira kan hati sendiri.. ;)

19 September, 2011

Naik ke tak??

Musim raya orang kata musim makan kan??.. sama lah dgn aku. Bulan puasa hari tu, berat badanku tak jugak turun, orang kata puasa leh turun berat, aku x turun pun, maintain je... Bulan raya pulak, berat badanku naik berkilo2 dari biasa..aadeii.. macam mana mau turun ni, nak kata diet, rasa dah kurang dah aku makan... bukan x makan langsung k, aku masih lagi makan nasik dan yg lain2, cuma aku kurang kan quantiti je.. so kelmarin aku gi tailor hantar baju utk wedding adik ku bulan depan nie, ambik la sukatan badan baru sebab aku ckp dgn aunty tailor tu badan dah naik..alih2 bila ukur dia cakap mana naik maa, pinggang u turun lagi 1/2 inchi?? aikk biar benarrr... kalau ukuran badan kurang, so apa yg naik kat badan ku??.. tulang makin berat kee??.. or dosa yg semakin berat?.. jeng..jeng..jeng..


nota kaki : mood masih lagi boring melampau... huhuhu..

14 September, 2011

Mana pergi semua orang??

Musim Syawal dah pun masuk minggu ke-3.. dan Buat pertama kalinya aku rasa aku beraya kat satu Planet Baru yg tak de orang... cz telefon aku dah lama x berbunyi dari kawan2 yg bertanya khabar.. Tak de sapa nak datang beraya rumah aku selain kakak2 ofis. Dah la tahun nie aku x de jemputan berbuka puasa di luar... beraya pun x de sapa yg sudi nk beraya dgn aku tahun nie.. x de ke orang nak ajak pg beraya?? semua kawan2 sunyi sepi, nak kata aku x call, aku kol tp kadang2 kol aku tak berangkat dan tidak akan di hubungi balik selepas tu. kalau dapat di angkat pun sure time is not right to sembang2... hurmmm.. aku ada buat salah ke sampai semua orang dah lupa kan aku??.. atau pun semua orang ada life sendiri yg nak di uruskan, tu bermakna aku ni tak de life ke sampai kan aku rasa mcm kosong skrg tak mcm orang lain yg ada macam2 hal yg nk diuruskan.


Aku minta Maaf Zahir Dan Batin kalau aku ada sakitkan hati mana2 kawan-kawan aku.. kadang2 aku tak perasan... I'm sorry k...


My life is so empty right now. Kan best kalau ada baby skrg, mesti aku tak merepek sorang2 mcm nie.... mesti aku tak terasa sgt kalau kawan aku tak cari aku, cz aku sibuk jaga baby...

i wish my dream will came true...... Amin. :(


13 September, 2011

Jamuan Aidilfitri 2011 @ Seremban

Assalamualaikum.. Alhamdulillah Sabtu lepas, Selamat sudah Jamuan Aidilfitri di teratak bonda ku, Cewah.. di Seremban Selatan... Sambutan memang meriah....

Tetapi Waktu pagi Sabtu tu Hujan turun dgn lebatnya, aku dgn mak dah cuak gila dah kut2 orang tak datang pulak sebab hujan... bila dah agak2 reda dlm kul 10 lebih, baru lah adikku keluar susun kerusi meja kat khemah... dlm kul 11 mcm tu dah ready terima tetamu nie.. aku dgn family dah siap2 salin baju semua menunggu.. walaupun ada yg kata nak sampai pukul 11 tapi masih lum nampak kelibat sapa2 lagi... risau gak kalau x de orang dtg... tp alhamdulillah sblm kul 12 tghhari orang dah mula sampai sikit demi sikit.. yg bestnya dalam kul 12 lebih je, orang mula bertambah ramai, aku dgn family mula dah x cukup tangan kaki keluar masuk tambah lauk, makanan... sampai kan barisan kat meja buffet panjang, khemah penuh, siap ada yg kena makan bersila kat depan & dalam rumah..punya la pack... busy gila, tp seronok..Alhamdulillah dengan bermenukan nasi beriani 6 kilo, ayam masak merah dlm 10 ekor, kurma daging dlm 5 kilo, nasi impit dlm 16 ketul besar, rendang ayam, Lemang 5 batang, tapai 3 kilo, satey 400 cucuk habis dalam masa x sampai 3 jam ... anggaran tetamu yg hadir dlm 200 lebih orang....meriah gillaaa... walaupun penat, tp seronok tgk mak dgn ayah jumpa kawan2 diorang... Alhamdulillah, majlis selesai jugak lewat petang...


Terima kasih kepada sesiapa yg hadir di majlis raya rumah keluarga ku ni di Seremban Selatan, ada umur panjang kita buat lagi makan2 raya tahun depan k...




Keadaan sblm tengahari..lenggang je.. siap adik leh baca surat khabar lagi..



kek cokelat, umi/mak ku buat 2 buku... sedapp...nyumnyum..

Tapai buatan umiku..





Ayam masak merah..



Kurma Daging..



Rendang Ayam


Nasi Beriani..



Satey paling hot sekali, habis 400 cucuk dlm masa sejamm... gilosss la, tuan rumah gigit jari je tgk..huhuhu..



orang dah mula sesak.. dah mcm kenduri kawin dahh..

07 September, 2011

Kisah Raya 2011

Assalamualaikum..


Hai kawan-kawan.. apa cer Cuti Raya korang last week.. Ermmm aku kurang meriah, kurang best la tahun nie walaupun tahun nie beraya di rumah parents sendiri, walaupun rumah bercat warna baru, walaupun tikar2 di rumah mak semua bertukar baru... Aku still tak dapat rasa kemeriahan seperti mana raya dulu.. Sedih... x de lagi konvoi2 rumah sedara2... x de lagi hiruk pikuk rumah di kampung... bak kata husband, masa dah berubah, dunia dah berubah.. awak kena terima la perubahan dalam sanak saudara awak.. huhuu... sedihnyaaaaa... Di tambah pulak tahun nie ramai sedara2 yg sakit, Mak su Nora, adik mak aku, kena barah parudara, raya ke-4 kena buat 'kimo' ke-2, pak uda lak baru lepas excident, kaki masih berbalut lagi, adik sepupu lak, kena keracunan makanan muntah2 mlm raya sampai la 1st raya, abg sepupu pulak masuk wad raya ke5 cz kena duri ikan pari masa gi mancing... aduhaiiii mcm2 tahun nie... Apa2 pun aku doakan semua mereka akan bertambah sihat dan cergas semula... Harap tahun depan kalau umur yg panjang, kita akan sambut Aidilfitri dgn meriah k... (walaupun thn depan turn Johor, huhuhu...)





Lama rasanya x ambik gambar bertiga dgn adik2ku ini..


Family ku tema hijau, tp hubby li kain purple, kesimpulannya, bj aku kena lah ada dua2 colour purple & hijau... oko lah kan.. (dua2 muka dah bulatttt..... aaaaaa tidakkkkkkkk kena diettt nie ;p )