29 April, 2011

Syukur..

Alhamdulillah.. disaat-saat aku menghadapi dugaanMu aku di berikan khabar gembira... pagi tadi dapat slip gaji utk bulan nie.. tak de apa yg aku boleh kata kan cuma terasa lapang sekejap dada... Increment gaji utk tahun nie adalah yg terbaik yg pernah aku perolehi sepanjang aku berkerja nie. Alhamdulillah... Terima Kasih BOS.... Nak-nak bila manager kecik ku ckp Bos GM ada puji2 aku masa increment descussion antara2 orang atas nie kan.. so terasa kembang kejap... hehehe.... baru la aku dapat senyum yg ikhlas hari nie... suka-suka.... Mlm nie nak balik seremban lepas tu nak jumpa nenek di Melaka.. yeahh boleh belanja2 diorang esok... bestnyaa...


Semoga perjalanan hidup ku lepas nie lebih di permudahkan utk ku..Amin.


mood hari nie : happy ;)

27 April, 2011

Ermm..

Hujan lagi kat ofis ptg nie.. gelapnya diluar tingkap kaca ni segelap hati ku...
mungkin...
terus x de mood nak kerja dah..
senyap je suasana...
sunyinya rasa di hati...
dah tak tahu nak kata apa...

Sabarlah wahai hati... Kita doakan yg terbaik k... :(

mood hari nie : Sedingin angin ptg ni....

21 April, 2011

Happy Belated Birthday Ayahku..

Actually entry ni patutnya di buat Jumaat lepas, tapi biasalah postpone kerana masalah2 yg tidak dapat di elekkan...hehehe.. Jumaat yg lepas 15hb Apr adalah hari lahir ayahku En. Ab Manap Gani yang ke-56. So weekends lepas sempat la aku bwk satu family pi makan2 kan restaurat Selera Hang Li po kat Seremban.... sorry x de pic, cz gambar x berapa cantik nak jadinya... apa2 pun... HAPPY BIRTHDAY BUAT AYAH.. SAYANG AYAH...Muahhhhhsss...

Ikhlas dari anak mu.. ;)



antara kenangan lama dgn ayah.....gambar ni x ingat tahun bila..rasanya ms umurku dlm 4 or 5 tahun kat rumah Arwah Atok.. comel tak kami berdua..hehehe.. ;p

18 April, 2011

Naik lagi!!!!!!!!!!

Hari nie berat badanku naik lagi..
ermmm dah rasa berat...
muka dah rasa tersangat la bulatnya..
sangat tak suka keadaan sekarang...
huhuhu.. kena mulakan diet semula lagi...
adeiii... maakkk macammana nie??...

mood hari nie : mendatar...ermmm...

15 April, 2011

1st time at TGI Friday's..

Hari nie 1st time makan kat TGI Friday's restaurant.. terima kasih bos kerana memperkenankan permintaan kami... kalau nak makan saje2 kat sini tak dapat la.. x mampu nak bayar...hehehe.. pada mulanya cadangan kami nak makan2 nie Chilis.. tapi Chilis x leh buat booking.. kami ni ramai 20 pack.. so last minit tukar smlm aku booking kat TGI Friday's Wangsa Walk Mall.. makan2 bersama officemate kali nie bersempena majlis perpisahan (farewell) Ah Hing, senior yg paling lama dari ku, dia dah 10 thn dgn kami, alih2 nak berhenti..sob2 sedih, dia ni baik walaupun kadang2 mulutnya agak pedas sikit... ermm reason kedua meraikan kemasukkan staff baru, Technician Exec., Yazid..walcome aboard.. dia ni actually dr IAV Group.. tp pusing2 cerita last2 end up dgn kitorang... suka.. and reason ketiga majlis nie, meraikan Birthday 2 orang officemate yg jatuh bulan nie, Wong, esok...dgn Nicole on next week, 19hb. Happy Birthday to Wong & Nicole... so malas cerita panjang..enjoy the pic k..

oppsss sebelum terlupa..services kat TGI Friday's ni agak ok jugak la.. staff dia agak peramah.. nice location, x pack dgn orang... ok lah.. selesa. Food boleh di katakan sedap.. portion sampai kan kitorang mula2nya makan laju, last semua jadi slow cz x larat nak habiskan portion masing2..hehehe..



3 jelitawan LCT... hahaha.. perasann.. ;p



menu pilihan ku kali nie -Sirloin Steak + corn.. sedap..



ni menu kak wati - Sizzling Chicken and Cheese



ni menu kak roziah - Key West Whitefish. Ianya datang dgn herb rice tapi terlupa nak snap.




yang di raikan.. Ah Hing.. All the best to you...




Early Birthday.. Happy Birthday KP Wong & Nicole Chan..



aku dgn bos kecik.. kak Zie..



13 April, 2011

Manik - Percubaan Pertama..

Duk kerana member2 selalu tanya.. sy letak la jugak (walaupun malu nak tunjuk)..hehee.. percubaan pertama jahitan manik.. tp dengan baju sendiri la.. agak2 dgn percubaan pertama nie ada ke orang nak tempah?.. hahaha... sy budak baru belajar ya, kalau salah tolong la guide kan... hehehe... peace ;p.

>>>>>nama corak nie Blooming Rose, kalau mengikut kata cikgu Azrin la and aku gabungkan dgn teknik manik tabur.... may be color manik tu agak janggal sikit cz masa nie aku just guna manik dari lebihan kelas jahit manik tempoh hari..

>>>>>> 2nd Baju aku buat simple je..just dari teknik manik berpintal di hujung lengan tangan & di kaki baju.

>>>>>> cuma aku tambah kan corak sikit di kaki baju.. ermm x de nama corak kut.. ni teknik jelujur manik + labuci.. ;p



nota kaki : so kawan-kawan macamana?.. ok tak?.. lepas nie nak pi balun manik hijau kat kurung hijau pulakk... hehehe... zasssss....



12 April, 2011

Filem CUN....

Korang dah pergi tgk filem CUN?.. hehehe aku secara tak dirancang telah menonton CUN mlm tadi.. boleh??.. lama x buat kerja gila... Actually tak terniat pun nk tgk filem nie sebenarnya.... ada jugak aku baca komen kat blog2 orang lain, kat paper pasal filem nie, tapi x berbekas kat hati pun nak pergi tgk... alih2 smlm ptg pasal bosan kerja semua dah submit..sementara nk mula buat project baru, aku pi la jalan2 kat youtube tgk trailer cerita2 yg bakal keluar tertgk la trailer CUN and few scence yg ada dlm youtube ni.. langsung terminat nak pi tgk... bila pikir2 hubby tak suka nak tgk cita macam nie..ermm abis tu nak ajak sapa ya??.. langsung teringat cik Zeti kita cz dia fans Remy Ishak and tunangnya x kan tgk cita mcam nie.. so langsung contact2 buat appoinment... zassssssssss mlm nya sampai la kitaorang berdua di panggung....








Kesimpulan yg aku boleh katakan


mengenai filem nie.. Filem ni bergenre komedi romantik... memang sempoi habis la... sakit perut gak gelak.. x rugi aku ajak Zeti pg tgk.. suka.suka.. mulanya aku x paham gak kenapa ada gambar kerbau dlm poster utama filem CUN nie.. rupa-rupanya dia watak utama dlm filem nie selain dari Remy & Maya.. dari awal cerita sampai habis ada kerbau nie... oh ya nama kerbau ni Kembang.. aku rasa dia je kut kerbau yg di pakai kan listik, eye shadow & reben..hehehe.. kalau korang nk tgk rupa kerbau kena makeup pi la tgk filem nie... and sekalung tahniah jugak buat Remy Ishak cz berjaya menjadi orang utara dgn baiknya... kalau kita x tahu dia actually orang Melaka kita akan ingat dia orang Utara.. loghat2 dia menjadi.. and watak dia pun sebagai pemuda kampung.. memang sempoi gila la la... seorang yg panas baran tetapi penyayang... scence dia marah2 kat pasar malam tu... mcm real sian Manis... Maya pulak sebagai Luna, Seorang selebriti yg lari dari KL kerana feedup dgn life popular dan di khianati cinta bfnya watak Jehan Miskin... 'padan muka aku, dulu aku buru gosip sekarang gosip yg buru aku'... hehehe.. but Maya sweet la dlm nie, dgn fesyen kampung moden sebab dia lari so x bwk baju byk, campur2 la baru orang kg, cam comel je pakai kain batik... and Jehan memang sengal dlm filem nie... menjadi gila sengal nya sampai kan aku tgk pun adeii penyampah...




Apa2 pun x rugi tgk cerita ni, korang pergi la tgk... memang 'chomelll' laaa... hahahaa...



Apa2 pun (lagi sekali ;p) enjoy the song k, from OST filem CUN.... ;)http://youtu.be/4qHB83dkxac




mood hari nie : sangat baik.... senyum dari pagi tadi..asyik ingat sence2 dlm CUN hehehe.. (bengonggg daahh)...

11 April, 2011

Masak-masak lagi - Bihun Goreng Putih

Salam sejahtera semua kawan-kawan... apa khabar u all??.. Apa cerita weekends korang?..ada yg menarik?... hehehe this weekends parents datang rumah, lama dah diorang tak datang... lepas tu kitorang satu family pergi attend kenduri kahwin anak kawan ayah.. kawan ayah ni pernah jadi pengapit masa parentsku kawin... kiranya kawan sekampung la nie... best jugak tgk gelagat orang2 lama nie bila berkumpul balik.. comel je..hahaha boleh kata diorang nie comel?... bedal je.. ayah memang comel pun...hehehe.. ;p.




Ok lah, pasal parents ku nak dtg pagi Sabtu yg lepas, aku prepare kan la Meehoon goreng putih utk diorang... dan atas permintaan kawan2 yg suruh uploadkan resepinya aku letak la kat sini.. bukan nak tunjuk terror tau, aku cuma memenuhi permintaan kawan-kawan yg nakkan resepi... aku tak tahu kenapa meehoon goreng putih ku selalu jadi pilihan bila kami buat portluck di ofis..diorang kata rasanya lain... aku pun tak paham knp, rasanya aku goreng mcm orang lain jugak, resepinya biasa shj... errmmm... tak pe lah.. so pada sapa yg berminat, ini resepi nya k...




Bihun Goreng Putih. (utk makan 2-3 orang).




1. Bihun (2 keping, direndam dgn air dalam 30 minit, jgn lama sgt karang terlebih lembik).



2. 3-4 biji Bawang Merah kecil.



3. 2 biji Bawang Putih kecil.



4. 4-5 batang cili pagi (ikut selera, kalau tak makan pedas kurangkan, kalau suka pedas lebihkan).



5. Segenggam Ikan Bilis.



6. Bahan Mentah (ikut selera masing2). pada ku kali nie aku gunakan sedikit isi ayam yg telah di potong dadu. Dan 10 ekor udang harimau di potong dua.


7. Sayuran (ikut selera masing2 juga). utk ku kali nie aku gunakan sedikit lobak merah di potong panjang & sedikit sayur kailan.
8. satu sudu Garam. Ikut rasa.




Cara-caranya.



1. Tumbuk /Blander bawang merah & putih bersama cili padi.




2. Tumbuk kasar ikan bilis yg telah di basuh (jgn halus sgt).



3. Tumiskan bahan2 yg telah di blander tadi bersama dgn ikan bilis.



4. Bila dah naik bau masukkan garam dan masukkan sekali bahan2 mentah. Gaul sehingga bahan mentah empuk.



5. Masukkan Sayuran. Gaul lagi.









>>>>>>>>>bila semua bahan2 tadi dah cukup masak..













6. Masukkan Bihun.



7. Gaul sehingga rata.



8. Sebagai hiasan boleh taburkan cili merah yg di potong halus bersama dgn telor dadar yg telah di cincang halus.


















>>>>>>>>> Bihun Goreng Putih telah sedia utk di makan.. ;)
















**Selamat mencuba ya kawan-kawan.

08 April, 2011

Apa nak buat??

Apa yg aku buat sampai kan blog nie dah x update berhari2..

jawapannya, x de buat apa-apa...

tak keluar kat mana-mana...

x de program apa-apa..

x de majlis apa-apa...

so aku buat apa yaa minggu ni??.. oh ya bila malam je aku sibukkan diri jahit manik kat baju2 lama ku.. habis tercucuk jari ni kena jarum 2-3 hari nie... hahaha.. semangat.. x tahu la kalau semangat baru2 belajar.... harap2 berterusan la semangat ku ini... nak upload kat sini, mcm sengan cz lum siap sepenuhnya, biasalah orang baru belajar, terkedek-kedek sikit nak siap kan satu baju...hehehe.... nanti la dah siap nanti aku share patern2 manik ku itu kat sini yek.. (ada ke orang nak tgk, sambil tutup muka, maluuuu ;p).


nota kaki : Awal minggu hari tu kereta ku masuk bengkel lagi.. kali nie kipas kat radiator tu pulak x jalan, patutla kenduri weekends lepas temperature naik mendadak, nasib baik x terbakar kat tgh jalan kete tu...huhuhuhu.. keluar lagi $$$ bulan nie utk kereta...adeiii....

05 April, 2011

Kelas Jahitan Manik...

Assalamualaikum semua.. rasanya entry nie terlewat pos dari hari sepatutnya.. masa tidak mengizin kan.. semalam ada masa nak post tapi cable lak tertinggal kat rumah, so x dapat la upload pic2 kelas hari tu.. hari nie baru dapat curi masa...sysss. bos kecik ada kat ofis, tgh duk taip senyap2 nie... nanti dia dengar...hehehe.. (mcm x biasa kan...)..

Mcm yg ditulis last week, Sabtu lepas aku dgn jayanya telah menghabiskan kelas manik (ala-ala krusus sehari)... suka..enjoys gila masa belajar manik nie.. nak-nak group yg sekali dgn ku nie pun semua best2...so pembelajaran tu menjadi seronok... sambil belajar sambil bergosip bertukar2 pendapat... byk jugak yg aku belajar pasal manik nie... ermm nak kena practise2 kan jari jamari ku lepas nie, nanti dah lembut tangan2 nie senang la nak jahitkan baju orang kan... sekarang x berani lagi..masih kekok lagi.. kelmarin aku try siapkan sekuntum bunga manik kat baju kurung ku yg lama pun dah nak dekat 2 jam.. kalau aku ambik utk satu baju, mau sebulan baru siap sehelai baju...hahaha.. tak pe-tak pe..kata orang practise make prefect kan?... ok lah, malas nak gomel panjang... enjoy the pic k...


lama-lama nie boleh tambah power spec aku nie dgn manik2 kecik nie, adeii..


fokus..fokus..



kalau tak bergosip sambil jahit tak sah tau... ;p. Peace angah...


ni la hasil tangan ku selama sehari... habis jgk semua modulnya..alhamdulillah..


ni la group kelas 2hb Apr 2011... salam perkenalan buat kalian.. cewahh.. sblm balik bergambar dgn hasil kain masing2....


ni la cikgu kami.. cikgu Azrin.. terima kasih Azrin kerana sudi mengajar kakakmu ini yg terlebih slow nie..hahaha... (btw, abaiku muka ku itu, kelas sampai malam, habis muka dah naik berminyak bagai.. adeii..)



nota kaki : kalau siap project pertama bunga manik nie kat baju lama ku itu, aku akan share kan pic dgn u all.. korang komen la ok ke tak?.. sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan yaa... ;p.