26 July, 2010

Skytrex Adventure @ Shah Alam


Yehaa... yiba-yibaa... hehehe.. dlm takut2 pun akhirnya Skytrex Adventure, Shah Alam kami berjaya.. Alhamdulillah apa yg aku dgn committe lain usahakan berjaya di harungi...cewahhh.....
Pagi sabtu 24hb Jul 2010, Hari kejadiannn...

Memang debaran nak main skytrexxx nie tak yah ckp la.. tapi buat2 kuat.. cover mcm terror je almaklumla nama pun penganjur.. karang x pasal2 kena gelakk... huhuhu.. Terima kasih kat semua my klik's yg sudi join and menjaya program Recreation Club kita kali nie... luv u all... the best kliks yg i pernah adaa.... hohoho... angkat bakull tinggi nie beb...hehehe....

Rumusan sikit pasal Skytrex Adventure ni ialah ianya satu axtiviti lasak luaran yg berhubungkait dgn nature semulajadi.... kat Skytrex nie ada 3 game.. utk kids challege, Big Trill (Sederhana) and utk Xtream.. utk mereka2 yg sukakan lebih cabaran.... game2 nya termasuklah, Crazy Zig-Zag“ and flying on the “Sky-crawl“ at the Bermuda Triangle' crossing “The Earthquake“, Fying Fox, zigzang challenge.. swing and few trex yg aku tak tahu namanyaa... cuma yg aku boleh katakan semua trex nie berada di awangan... My team pilih utk buat Big Trill cz setengah2 dari kami nin rasanya x mampu nak buat X-tream rasanyaa cz max high 22 meter.. (termasuklah aku..hehe).. so utk Big Trill nie maximum high yg kitorang 'dibawa' pergi ialah 17 meter (tinggi tak agak2 korangg, fewwwwwwwww...)....
ok lah.. kita story ikut pic je lah yek.. x de time nak karang mengarang nie.. hehehe...




Kita mulakan pagi dgn sarapannn beramai2...
LCT System staff team photo sblm masuk entrance..
Welcome to Skytrex Adventure...
Ni lah laluan yg telah pun ditempuhi dgn jayanya..cewahhh



Antara2 pose2 yg sempat ni snap sementara nak tungu shuttel bus.. (dari parking ke dlm trek ada dlm 3 km, so x larat nak jalan k.. kena naik shuttel bus... (btw, muka kak roziah cuak giloss laaa hehee... relexxx laa kkakk ) Shuttel buss..
Dah ready dgn tali keselamataaaannn...


AKu, K.Wati, K.Roziah & Shameel dah ready mcm nak pg peraangg je....

ni lah muka2 guysss in my office...

Tgh tgk and dengar instructer bg penerangan permainan..

ni lah Entrance utama ke Big Trilll.... wuaaa lenguh gila nak naik tangga nie tinggiii....


kak ziee steadddyy laaa... neexttt akuu..


Buat-buat tak nampak yek muka cuakk tu...hehehe..
aku menanti menunggu giliran utk terjunnn... huhuhu....

kalau blh turun aku dah turun dah nie... x mauuuuu....
nampak tak aku kat ketinggian mana??... adeiii....
Alhamdulillah.. dalam takut2 nak teruskan, kami semua berjaya habiskan cabaran dgn jayanya tanpa sebarang kecederaan atau pun ada penarikan diri... semuaa successss... yeahhhh....
muka dah penat, tgh tunggu shuttel bus ambik nak balikkk.... ;p
Lunch kat Pizza Hut sambil buat celebration Birthday utk Khairil.. Happy Birtdayyy Khairill...
Bila daaa pic ni kena ambikk???... huhuhu... habissss... dah kenyaanggg blh balikkk...

Nota kaki : Sampai hari nie badan ku masih sengal2 terutama kat bahagian tangan dgn lengan.. may be pasal xtvt di atas byk penggunaan tangan dgn genggam tali2 tu... sooo.. aaaa nak masssageeeeeeeeeeeee.... huhuhu abgg nak uruttt lehhh??... cewahh....

21 July, 2010

Anyonee???

Tak tahu knp lately aku teringin nak makan steamboat.. memandangkan makanan jenis nie x sesuai nak makan2 sorang, lebih sedap ramai2... kenalah aku ajak orang lain.... kalau jenis yg blh makan sendiri... dah lama aku beli makan sorang2... tapi kan kalau pg makan steamboat sorang2, karang orang yg lalu lalang pelik pulak tgk aku makan sorang2 mcm tu.....

so aku....

ajak la kawan bff... = x tahu mcmmana nak balik mlm nanti..
ajak kawan ofis... = x senang..bla..bla.. tgh bulan.bla.bla..
ajak kawan2 lain.. = dah ada appoinment...
ajak lagi member lain.. = x reti mkn steamboat pulekkkk... alacate ada tak???.. adeii..
ajak adik sepupu.. = dah busy sampai hujung minggu...
ajak adik sendiri... = ko nak belanje kee?? aduhhhh...
ajak husband... = minggu depan laa.. minggu ni x dapat.... x leh sabar???

tiba2 terasa x de orang yg boleh temankan aku skrg... i'm loneelyyyy... (ooover pulakkk)

.....wuaaaaaaaaaaaaaaaaa... sadissssnyaaa.. nak ajak makan pun susahh.... huhuhuhu.. :(

14 July, 2010

hollaa..

Assalamualaikum.. hola semuaaaa....

yiba.yiba.. musim bola dah habisss... walaupun oren kalah, tapi kalah last minit.. x pe.. boleh di terimaa.. ehh tetiba story bola ni kenapa pulak.. aku kan memang x suka bola nie... saje je nak buat mukadimah entry, dah seminggu x masuk sini kannnn, cz musim bola baru berlalu.. tak kan nak cerita perang parlimen mansur UPSR dgn PMR pulak kan.. (apa yg aku merepek nie)..adeii..

Ok lah terus ke mengumuman asal... just nak bg tau disini, bahawasanya aku akan dapat adik ipar secara official..hahaha... selama ni lum official ke?? adeiiii... Alhamdullilah majlis merisik Bro Nadzry telah selamat berlangsung pada Sabtu lepas... so kalau tak de aral melintang, majlis b'tunangnya pada Nov this year and langsung nya pd Nov next year... so aku dah full kenduri pada Nov ni ok ye kawan2... adik sendiri awal bulan, my bf nikah hujung bulan Nov.. so tgh2 ada sapa nak isikan jadualll???...


Cuma aku x tahu nak buat apa dgn majlis adik sendiri ni.. hehee.. kalau orang yg dah kenal dia sure tahu perangai dia kan.. dia ni 'berseni' sendiri. tangan dia ni lagi lembut dari aku, hehehe...... everything nak buat sendiri.... dia ada plan sendiri, aku nak tanya lebih2 pun aku takut... so tunggu dia bukak mulut je kalau2 ada benda nak tolong... kalau aku nak mencelah mana2 takut dia x puas hati pulak... so abg kalau nak akak tolong ckp je ye... kami sendiri membantu..cewahh...

ermmm nak story pasal aku tak in few days back???... ermm x payah la yek..x de apa yg intresting sgt... kita sambung cita in next entry je la k..byee.....

06 July, 2010

Kata Pujangga.... ;)

Kata-kata pujangga

perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang.... abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam

tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
--------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan Seorang Isteri dari "Mutiara Kata"

1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,sayur dsbnya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Sekian.....

05 July, 2010

Majlis Persanding Iza's..

Salam sejahtera semua.. selamat memulakan hari baru di minggu baru ok... hari nie malas nak mengarang...x de mood...cewahh tak de lah, drawing tgh byk nie..so x sempat nak menulis.. just nak share picture di sekitar majlis persanding sepupuku... di mana majlis nikahnya pada bulan Apr yg lepas (ada dlm entry Apr dulu)... so setelah 2 bulan baru la majlis kenduri persandingannya dapat di laksanakan..memang meriah...


Nama Pengantin : Sharifah Azliza & Mohd Firdaus

Lokasi : Kg Sentosa, Paroi, N. Sembilan

Tema : Hitam, Putih & Kelabu (grey silver)

Tarikh : 03 & 04hb Jul 2010




Malam Berinai, Sabtu


korang teka apa kebendanya nie???... ;p


pengantin berkonsepkan jawa di iringi ke tandu...


taadddaaa...Pengantin di arak dgn menaiki Tandu Sampan di celahan bunga api...



Steady iza... muka cuak gila budak nie takut tandu tu terbalik..hehehe..







Hari Persandingan- Ahad



Pagi hari di mulakan dgn majlis Berzanji....

Senyuman Pengantin perempuan sementara menunggu ketibaan pengantin lelaki..

Pengantin dah bersedia utk berarak.. (mcm ku kenal budak yg pegang bunga manggar ni, bila pulak dia minta job ni...adeii..hehee)


Acara Berarak masuk pengantin bermulaa...



Tetibaan Rombongan Pengantin Lelaki




Kompang pengantin nie memang best... meriah..


Pengantin bersedia utk acara silat..



Silat..sikit punya ramai daa...


Sessi menepung tawar Pengantin..

Sessi Makan Beradap/Damai

Pose terakhir utkku..Selamat Pengantin Baru Iza... Semoga bahagia ke akhir hayat..


02 July, 2010

010710 @ Birthday Umi...

0107... date Birthday my mum, Puan Lela Bt Kasim... HAPPY BIRTHDAYY UMIII... sayangggg umi..muaahhhsss... but yg special nya.. Birthday Umiku pada 1hb Julai juga actually sama date dgn Abg umiku yg sulung yg lebih ku kenali sebagai Pak Long Suri.. Happy Birthday utk pak long jugak... jarang kan kita jumpa adik beradik yg Birthday nya sama date tepat2 (kecuali kembar la)... ;)

So sejak kelmarin lagi ayah dah buat plan nak makan ramai2 kat restaurant sekitar senawang utk meraikannya... Ayah tanya sekiranya aku dan adikku blh balik Seremban mlm 1hb tu... ermm lepas berfikir2 akhirnya.. aku, adik lelaki ku & bakal adik iparku.. termasuk la my BF yg dah memang anak angkat umi ku, angah setuju balik meraikan Birthday Umi....so apa lagi lepas kerja smlm kitorang 4 org ni pecut terus la masuk highway.... hujan lebat sepanjang perjalanan, dgn keadaan kereta bergerak agak perlahan, so kami lewat sikit sampai la.. sikit je x lama...hehehe... janji sampai kannn.... best jugak la..cz umi x expect kitorang nak balik... hehehe...
Dan resultnya, aku agak mengantuk today...hahaha.. tido kul 1-2 pg tp bangun kul 5 pagi cz kena sampai KL before 7.30pg (pasal angah kena masuk kerja today awal dari aku)..adeiii.... alhamdulillah, kami sampai off ontime, walaupun kereta bergerak dgn perlahan...

HAPPY BIRTHDAY UMI & PAK LONG...
sblm acara melantak..hehe..

Faiz muka ko buat gambar akak rosakk laaa...adeii..


umi, mak long & mak ngah..

makan timeeeeeeeee...