24 April, 2009

Coret-coret...

Halooo haaa… Salam sejahtera pembuka bicara…hehehe.. apa khabar warga pembaca2 sekalian… kalau ada pembaca laman ni la… ku bilang kalau ya…..mula la dah sewel sikit ni, agak keboringan di ofis tahap melampau nie…duk main game je dari tadi.. dah la nak print drawing, server agak lembab hari nie… nak print sekeping sampai kena tunggu 10 minit…. Bayangkan kalau nak print 30 keping layout…berapa lama denn nak tunggu niiii, bila nak siap niiiiii………… adeiii…..

Malam kelmarin makan2 dgn geng Fadam sempena belated birthday Dekwan.. HAPPY BELATED BIRTHDAY WANNN yg ke 24 Tahun. Semoga berbahagia dan bertambah success dlm kehidupan dan kerjaya selamannyaa…. Dan Alhamdulillah, Dekwan dah tukar imej sekarang…dah berhijab, bahasa melayunya dah bertudung…. Aku dah memang tahu awal, tapi kawan2 lain baru tahu mlm tadi… so ramai2 cakap alhamdullillah… ;). Lama x borak…ambik ko sekali dah jumpa…gamat gila… korang x perasan ke mamat belakang akak tu duk jeling2 kat kita…hehehe.. bising gelak punya la x ingat orang lain tauu…. Bukan selalu dapat release tension…jgn marah laa broooo….. ;p.

Ermmm nak story apa nie ya…bila sekali2 dapat peluang menulis, otak jadi blank pulak…kalau time tgh busy dgn tak boleh online tu, mcm2 rasa nak tulis nak share dlm sini…tp bila ada peluang dah tak tahu nak tulis apa pulak…. Kalau korang tgk jadual ku di sebelah ni, korang akan notis aku tiada dlm KL sepanjang weekends utk 2-3 minggu mendatang ni (means berada di luar kawasan la)…. Agak penuh ok, harap2 badan ku blh tahan lasak kali ni, takut gak tumbang mcm raya cina lepas….hehee… so pada kawan2 yg nak mengajak pergi karaoke tu, harap maaf ya….. kalau blh tukar la datenya lepas tgh bulan Mei…boleh kannnn??... aku nak joinnn gakkkk…lama x karaoke nie…. Kali terakhir tahun lepas…. Setahun dah ya Noreen I see you…. Huhuhu kejap je masa berlalu.. boleh la kawan2…jgn la buat ‘family xtvt’ je…hahaha… opsss gurau kak reynaaa jgn marahhhh…. Lagi satu… bila kita nak buat pembukaan trek nie… tahun nie x trek apa2 pun lagi nie… dah nak masuk MEi…satu benda kita x trek lagi….hehehe.. gila ganas sibuk geng kita tahun nie….. tp rasa nya sblm kenduri Dekwan Julai nie nanti, aku nak kena jugak pergi satu dua tempat lepas nie… rasa mcm x sedap pulak x buat apa…….. sapa nak joinnn????

Ohh yaaa cadangan Hi-Tea nie nak proceed ke??... Album dah keluar nie….. ada ’masa’ ke kita nak buat XTVT ni ????? Just soalannnn.... kalau ada apa2 cadangan nak di kemukakan korang tahu mana nak cari i kan..... cewahhh...

Nak shara dgn u all satu perkara... kita masuk bab personal life pulak k.... semua orang sedia maklum sikap panas baran ku…. Tp bukan aku nak cakap besar, alhamdulillah aku berjaya control my emotions sejak 3-4 bulan ni…. For the 1st time last week, aku dah buat pengakuan dgn hubby ku about perasaan ku terhadap seseorang yg hadir sebelumnya… and about perasaan ku terhadap dia…. Pada ku, aku redha dgn apa yg berlaku dlm hidupku… pasrah…. Juga pengakuan dia berkenaan dgn kisah hidup dia, aku terima penjelasan dia. Pada ku, kalau kita dah setuju terima dia bermakna kita kena terima keseluruhan diri dia, the bad and the good side of him…..aku ckp dgn hubby ku, kalau kita redha dan berserah kepadaNYA atas apa yg belaku terhadap kita, InsyaAllah nescaya segalanya akan berjalan dgn baik hendaknya…Amin….. Dan yg paling sweet skrg nie, hubby ku juga dah berubah… Sampai kan mak mertua ku pelik, cz dia dah x marah2 dgn family dia macam zaman2 dulu…… kereta dia excident gara2 abag dia pun dia dah x mengamuk, kalau dulu mau satu rumah tu dia bising tp kali ni tidak lagi….. mula2 aku pelik juga, lepas tu dia ckp balik dgn ku, awak yg ajar saya kan, semua dugaan yg datang kita kena redha dan bersabar, dia pun dah malas nk bising2, diam je lah…. Terus aku senyum je dengar…… Tak sangka kan, masa mengubah semuanya. And aku harap semua perubahan2 ni berkekalan sampai bila2... Amin. Ohh ya btw, saya sayang awak.... (wahhh gedikk dahhhh nieeee, hehehe Angah jgn gelakk kkkk, alang baru nak belajar mengedik nie, x tahu jadi ke takkk....hahaha.... ;p peaceee).

K lah semua, aku nak kena off line dah nie...panjang dah nie..hehehehe.. kita sambung borak di lain entry di lain masa dan hari k.... take care semua..... have nice week semua… byeee…..

Wassalam.

16 April, 2009

Review 2nd Album Farah @ Fantasia

Ok seperti yg aku mention kelmarin.. aku buat sedikit review tentang 2nd album Farah Diana.. sikit je... nak ulas panjang2 x berapa pandai lagi...hehehe... lagipun lama dah x buat review or report2 nie... otak tepu nak buat ayat dah...hahaha... nie just hasil tulisan ku sendiri tiada kena mengena dgn orang lain yaa.. harap maklum.

Review 2nd Album Farah Diana @ FANTASIA

Kalimah Indera
Lagu : Edrie Hashim
Lirik : Edrie Hashim

Bila first time dengar lagu nie terus terharu… Melodi yg indah, muzik arrangement pun best, mcm ada bunyi violin jugak rasanya…and vocal….x sangka begitu besar perbezaan suara Farah dari dulu dan sekarang… Ternyata beliau dah matang dlm membuat inforvasi suara dlm lagu ni…. Betul ckp Ramli MS sewaktu dlm AF dulu… memang penerbit lagu akan suka buat eksperimen dgn suara Farah…dari note yg rendah sampai la ke head tone.

Cinta Ini
Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Ad Samad

Cinta datangnya tak berancang
Satu kejutan manis
Tiada kuduga......


Lagu yang comel…nama pun lagu Aidit kan?...hehehe... suka lagu nie...lagu yg sweet and ringan... Tapi still good voice control dari Farah…. Boleh disarankan utk siaran Radio.

Kau Yang Bernama Cinta
Lagu :Ajai
Lirik : Abie

Lagu nie lagu yg pertama aku dengar utk koleksi 2nd album nie....dah dengar dari 2 tahun lalu lagi…sewaktu Farah buat IKON 2007 dgn Zoom In Bersama FADAM dulu….. mcm 1st lagu jugak…Ajai guna kan suara Farah dari yg paling low note sampai lah yg paling tinggi… secara jujurnya komenku utk lagu ni… lirik mcm terkena diri sendiri…hahaha..and melodinya terlalu “melo” utkku… and utk radio jugak, aku rasa kurang sesuai…terlalu balad….

Tak Pernah Ada
Lagu :Alim The Times
Lirik : Bakhtiar Effendy

Kau tak pernah ada
Kau tak pernah hadir
Saatku perlukan
Sinar kekuatan......


Lagu ini juga aku dah dengar sewaktu di semifinal IKON 2007 lagi. 1st time dengar aku dah mula suka..... ballad yg agak sedap jugakk walaupun aku x kenal sapa penciptanya. Aku lebih suka ballad yg nie dari yg 3rd one…hahaha..sorry Ajai…

Cinta Lagi
Lagu : Ajai
Lirik : Ajai

2nd lagu ciptaan Ajai utk album ni…. And yes this one I like the melody and the lyrics….. Panjang gak liriknya…hehehe…..lirik mcm perli pun ada…hahaha…. Rasanya kalau pertaruhkan lagu nie utk single radio, mungkin boleh di terima ramai. Cz lagu ni dlm kategori pertengahan… tidak terlalu ballad and tidak juga terlalu fast…..

Fantasia
Lagu : Aidid Alfian
Lirik : Ad Samad

2nd lagu Aidid utk album ni…. Mula dengar lagu nie bila Farah mula promosi sendiri di booth Power Root serata Malaysia… ditambah dgn kerjasama peminat2nya, membantu lagi promosi dgn meletakkan rakaman2 persembahannya dlm youtube. Lagu yg fast number and sesuai dgn suara dan attitude Farah yg terkenal dgn kelincahannya…. Dia bleh buat mcm2 aksi bila bwk lagu ni.

Grafiti Cinta

Lagu : Alim The Times
Lirik : Loloq (Al-Fatihah)

Halus rambut di belah tujuh
Halus lagi hati perempuan
Sayang bukan sekadar lafaz
Sayang harus selalu di belai....


2nd lagu dari Alim… but 1st lirik dari Arwah Loloq utk Farah dan kini menjadi yg terakhir…what a nice lyric, aku sukaaa. Terima Kasih Loloq…. Ditambah dgn melodi, errrmmmmm…hehehe aku rasa aku dah mula suka lagu2 ciptaan Alim nie…ada nada yg tersendiri…. Lagu nie pun aku suka jugak kalau terpilih utk ke radio….. ;)

Gembira Hidup Ini
Lagu : Ajai
Lirik : Abie

Lagu terakhir dlm album nie merupakan lagu yg di petik dari Soundtrack Filem Kayangan… mcm yg sedia maklum lagu nie fast number and enjoy bila mendengarnya di tambah dgn gelagat Farah kalau bwk lagu nie…hehehe… lagu ni dah mula bersiaran di radio dari tahun lepas lagi.

**k lah u all....tu je utk kali nie... budak kepoh dlm ofis nie dah masuk... i beter log off now...enjoy reading... see u next time....take care semua... adioosss....

14 April, 2009

2nd Album FARAH DIANA @ Fantasia...

Just nak share cover album Baru Farah Diana yg bru memasuki pasaran diberi judul "Fantasia".... walaupun marketing agak slow and kelam kabut gara2 syarikat rakaman baru shj istihar di tutup... tpi usaha FFC menjual Album ini melalui internet...amatlah di hargai.... sila ke laman web http://www.farahfanclub.com/ utk keterangan lanjut...



Aku nak buat review about this album..tp x sempat nak karang lagi..kerja tgh banyak... but InsyAllah akan ku cuba jugak review album nie sedikit masa nanti.....









**Ada beberapa lagu yg di keluarkan di saat2 akhir..antara lagu yg di keluarkan "9 Langkah" (judul asal 2nd album nie) & "CT lagi", tak tahu apa masalahnya.... pasal 9 Langkah tu, zeti & emy, tu lah suka sgt nombor 9 tu kan...dah kena keluar..... hehehe... badi ke??... opppsss....





Setelah 4 Bulan...


Kelmarin genap 4 bulan usia perkahwinan ku.... x sangka kan..rasa mcm sekejap je dah nak masuk setengah tahun... dlm masa nie jugak, emy dah pun selamat mengikut jejak langkah ku mendirikan rumahtangga... Dekwan jugak sudah selamat menjadi tunangan orang... betul la karang orang2 tua... masa amat pantas berlalu... mcm2 suka duka yg aku alami selama 4 bulan nie... Aku akui aku masih dlm process mengenali husband ku luaran dan dalaman... masih cuba belajar apa2 yg patut.... sedikit sebyk aku dah kurang rasa kekok skrg... cuba utk adaptasi kan beberapa perkara yg tidak pernah terlintas di fikiran ku nak buat sebelum nie... hahaha kelakar dgn sikap husband ku last week..terkejut dgn tingkah laku ku yg padanya tidak pernah di lihat sblm nie... well kena kena la buat suprise sekali sekala dlm perkahwinan kan.... baru la sesuatu hubungan tu akan manis sepanjang masa.....

k lah... sambung entry later k...hehehe..byk drawing nak kena submit this week.... x sabar nak tunggu weekends ni... miss my parents.... next weekends parents mertua di Kluang pulak.... kembali ke seremban awal bulan depan.... huhuhu, jaduallll adeiii, sesiapa yg ada agenda utk ku utk 3 kali weekends nie, harap maaf sekiranya tidak dapat dipenuhi, may be next time yaaa....... take care semua.... byee....

sekian.

07 April, 2009

Selamat Bertunang Wan..

Still in UTM kuliah room... cilok sekejap time, lecture dah keluar..mak aii habit dari kolej sampai la nie x ubah2...hehehe.. pengalaman 2 hari course disini telah mengimbau kenangan sewaktu belajar di kolej dulu... ada kelas room, komputer, screen projecter..pensyarah..hehee.. manis sekali bila dapat ke kelas semula..walaupun hanya seminggu... ok-ok.. x leh panjang2 karang kantoi pulak...hehee..

just nak drop by to wish...SELAMAT BERTUNANG kpd adik ku, cik Siti Wan Mahani...hehe...Dekwan...yg telah pun selamat bertunang pada Sabtu lepas dlm majlis yg meriah..... semoga semuanya berjalan dgn lancar hingga ke akhirnya...amin... luv u always sis....

yg lain2 take care.... see u next time... byee...

**sorry x de pic k, member lum emailkan lagi...kak reyna, zeti, wan, email please..tq..