12 June, 2014

Kepuasan bersama JTX1000 GOLD

Ramai dah mempercainya...Ramai YG dah mencubanya... Ramai dah mengaku keberkesanannya... Ramai dah mendapat kepuasan dari nya...Anda bila lagi?... Tak nak jadi seperti mereka??

Sayang Kereta dan kenderaan anda?, Sayangi Enjin kenderaan anda... Jom Bertukar kepada minyak Enjin JTX1000 GOLD... Pasti kepuasan memandu di tangan anda....

Ni antara komen-komen dan juga customer Nor.. baru-baru nie baru nak snap pic, sblm ni x pernah terpikir nak ambik gambar customer..rugi kan?..kalau tak blh buat testimoni... tu la belajar dari pengalaman.



En. Farid ambik tuk Kereta Saga SV nya...


 En. Mohamad Rizal ambik dua Botol sekali tuk Kereta Alphard & Kancil miliknya.



En. Fizi pun ambik dua botol sekali tuk kereta Wish & Swift milik beliau dan Isteri.

Terima kasih buat semua customer Nor dulu dan yg sekarang kerana support Nor... jgn lupa next servis contact2 nor lagi ya... ;)


Jet Turbo Extreme (JTX1000 Gold)


Jet Turbo Extreme (JTX1000 Gold)


1. Pertama di dunia menggunakan Teknologi TRIBOLOGY iaitu 100% tiada penggeseran antara besi dlm enjin.


2. 17 tahun di pasaran sejak 1996.


3. JTX1000 Gold bukan semi sintetik @ fully sintetik tetapi MineralBest Oil yang lebih baik daripada minyak sintetik. JTX1000 Gold merupakan mineral best oil (ibu minyak) yg tahan kepanasan dlm enjin.


4. Tiada Chemical. Berbanding minyak enjin biasa yg ada chemical yg membanyakkan karbon.


5. JIMAT! Penukaran minyak dengan jarak min. 10,000km - 12,000km


6. JIMAT Petrol sehingga 30%


7. Meningkatkan kuasa enjin 20%-30%


8. JIMAT perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan anda

9. Satu-satunya minyak enjin yang sukar disarankan oleh foreman kerana enjin kereta sukar untuk rosak, maka kereta anda akan jarang masuk workshop.


NOR @ 012-6043104

10 June, 2014

PAKEJ JELITA = BB PLUS + SABUN MARINE BAR

Puasa dah dekat...raya menyusul... semua org nak kelihatan menarik di hari lembaran.. tp kulit berminyak.. berjeragat... macamana ni ? Senang je...jom try Pakej Jelita ni, SET HAMBAT JERAGAT... BB PLUS COLAGEN + SABUN HIJAU MARINE BAR NIE... Satu memperbaiki struktur kulit dari dalam, satu lagi tuk menghilangkan, mengurangkan kesan cela di luar... pakej terbaik ini sempena bulan Syawal yg bakal tiba ini..

PAKEJ JELITA 




BB PLUS COLLAGEN SABUN MARINE ESSENCE BAR

Harga asal RM 170+RM105 = RM275
Harga Promotion sempena menyambut bulan Ramadhan dgn Raya nie RM 260 (Free Postage @ Delivery)


Hubungi Nor 012-6043104 tuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 

Sekian.



09 June, 2014

Berpicnic di Tasik Titiwangsa



Bila ya last Nor berpicnic??….lama dah rasanya… kali terakhir seingat Nor 8-9 bulan yg lepas…nk setahun gak la tak berpicnic di pantai, mahupun air terjun/sungai… Semalam dapat berpicnic dgn rakan-rakan biz dit tepi tasik… walaupun tak ramai..but its fun, relax, santai sambil makan-makan, sambil layan Dahlia & Dhia main…. Tasik Titiwangsa lokasi yg dipilih… Actualy Nor pun dah lama x masuk sini, dalam setengah tahun gak la sejak peristiwa hitam dulu…. Errmmm…

Ayuni request Mihun goreng putih dari ku, and lagi sekali benda nie pun dah lama Nor tak masak… seolah-olah hidup ku berhenti sekitar setengah tahun yg lalu… byk benda yg x buat, Nor dah mula buat balik skrg… it’s a good thing right??  Nasib baik mihun menjadi walaupun dah lama x masak. Ayuni bawak nasik putih & Masak lemak cili api ayam, aik nk lawan tokey ni… org pantai timur masak lemak, tp sedap Yuni… thum up…;). Eira bawak desert pulut hitam, and kak izan bawak buah-buahan…. Just lepak2 petang sambil ambik angin, makan berview kan tasik dan air pancut…sekali sekala relese mcm nie seronok jugak… lain kali blh buat lagi k gengss….


cuaca yg sgt baik semalam.. Alhamdulilah..







 bila ratu monopod nie sampai, x sah la kan kena snap2 la dulu baru leh makan..

tu mamat bj hitam tu saje cari pasal tau... nasib baik kak izan kat sebelah, kalau tak dah belasah da dia... ;p

out picnic food...nyum..nyum..


 Dua orang budak kenit yg comel nie, Kiri Dahlia, Kanan Dhia, umur selang 10 hari je... comelkan??...muka pun nak iras-iras dah..hehehe... btw, Jaja, Dahlia dah nak dgn i la, u x de i ganti jadi nanny for her...hehehe..mood dia sgt baik, sgt aktif, habis berpeluh2 kitaorang kn kejar dia satu taman....


Overall its a fun and relax aktiviti..next time boleh buat lagi...suka.... best... :)

08 June, 2014

Selamat Pengantin Baru Mohamad Ridzwan & Khalisah

Ok kita share entry wedding orang lagi hari nie...hehehe.. bukan orang lain pun, pangkat adik juga dia... Kenal dia dari sekolah rendah lagi, akhirnya besar kawin dah...(x nak mengaku yg sebenarnya diri sendiri yg dah tua nie) hahaha.... Pengantin Lelaki nie adik bongsu kepada my bff si Angah Yus nie... Nikahnya Kelmarin, hari Jumaat, tapi Nor x dapat nak join sebab kerja so datang la hari kenduri sebelah Perempuannya Semalam, Sabtu 7hb. Kenduri Sambut menantu belah lelaki mungkin dalam bulan Sept nanti. Lama x jumpa semua ahli keluarga Angah nie.. cuma smlm x dapat nak jumpa kak Chu dgn abg Adi, tapi yang lain semua ada....
Selamat Pengantin Baru adik Iwan. Semoga berbahgia hingga ke Jannah.
Nama Pengantin : Mohamad Ridzwan & Khalisah
Tarikh : 7hb June 2014
Lokasi : Taman Seroja, Sepang.



duk sibuk selfie dlm kete sementara nk tunggu que pihak perempuan..



X pasal kena pegang bunga telor nie, nasib baik hanya dalam kereta sahaja ok... ;)
Iwan dah mcm pengantin 80-an dah bila dgn spec tu tau... besar dah adik akak..



geram dgn kek pengantin nie... sebab cokelat kit kat tu..hehehe..
l


ni budak x de perasaan nie..susah betul nak buat dia senyum..last si Dafi ni kena tunggang terbalik kan dia baru dia gelak... Lama Aunty Nor x jumpa dia..jumpa masa dlm pantang je..dah besar dah dia..


Selamat Pengantin Baru Iwan & Lisa

Fariha aka kak ipar pengantin... ;p



with my bff angah Yus.. Semoga 20 tahun lebih ikatan persahabatan kita nie kekal hingga ke akhirnya Angah... Luv u forever la...cewah...
btw, Esok birthday Angah kan.??.. 
10 Hb hb June
Happy Birthday to you Sis YUSMAWATI... Thank you for everything u have done to me. Susah senang, suka duka, jatuh bangun alang dari dulu lagi angah sentiasa dgn Alang... huhuhu tetiba lak emo...tetiba nak nangis lak... hehehe.. Selamat Ulang Tahun buat mu... Sayang Angah.. ;). 


04 June, 2014

Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta

23 Perkara Asas "Mesti Tahu" Tentang Servis Kereta


Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. 

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel. Tapi Minyak Enjin JTX1000 & JTX 1000 Gold hanya perlu 10,000km-12,000km tuk sekali servis. Anda boleh jimat disitu.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Sumber: provoox.blogspot.com



Saya tak la pandai sgt pasal kereta nie, sekadar ingin berkongsi ilmu tentang Peringatan tuk Servis kereta ni. Rasanya maklumat yg saya jumpa ini sangat berguna tuk mereka-mereka yg baru nak belajar handle kereta sendiri. Terima kasih Provoox.blogspot.com for sharing this infor.


NAK TRY MINYAK ENJIN JTX 1000 & JTX 1000 GOLD, boleh hubungi Nor 012-6043104 tuk Tempahan. COD sekitar Ampang, KL, Lembah Klang.

26 May, 2014

Gempor Raya 'MBO' (Mudahnya Berniaga Online)

Assalammualaikum... Hola semua...
Hurmmm.... Nak cita personal lagi nak cita biz??.. hehehe... bosan dah u all kan baca about my personal life lately... ;). Tak pe, hari nie nak buat entry pasal biz + lesure time with my biz partner at MBO Gempur Raya Ahad lepas.

Apa tu MBO?.. MBO tu short term for Mudahnya Berniaga Online. Kn sekarang ramai buat side income melalui online..facebook la, instagram la, weechat la..bla..bla.. So Ahad lepas ada free talk yg dianjurkan oleh BMW Group yg dikelolakan oleh CDM Ramzi Abdul tuk mereka-mereka yg nak buat duit raya gemoks dgn biz nie... senang dan mudah... simple step and we will guide you all the way... berminat nak buat duit raya dgn produk-produk yg memang panas dipasaran kini?.. boleh contact nor kat sms/weechat/whatsap/facebook @ 012-6043104. kita sembang-sembang caranya... ;).


Sembang Biz Gerak MBO Gempur Raya 
Dewan Convention Ukwah, Wisma Koperasi, KL
Tarikh : 25.05.14
Masa : 2-6pm




Perkongsian yg cukup hebat dari CDM Ustaz Ramzi Abdul. Terima kasih CDM atas tunjuk ajar yg diberikan.



kami bertiga lagi...hehehe.. cam biasa.. Nor, Jaja & Eira


After berbengkel, kita melepak MCd pulak kat Sogo...lama rasanya tak jerit2 cam budak sekolah.. riuh walaupun kami berempat je..hahaha.. lain kali kita buat lagi ya..


jumpa u all lagi di lain entry...daaa... ;)

14 May, 2014

Sherliza Wedding plus School Reunion

Entry terlewat...as usual la kan ;)... asal event je mesti entry terlewat dalam blog nie...hehehe.. busy-busy plus blog ni susah bebenar nak uploadkan pic kalau dari h/p skrg...asyik hang je..tu yg delay memanjang bila nak update enrty pasal wedding dlm blog nie...

2hb May yg lepas selamat berlangsungnya majlis akad nikah member sekolah menengah. Seminggu sebelum majlis semua orang excited tuk pergi majlis dia... Excited nk tgk dia kawin satu hal sebab dulu masa sekolah dia macam tomboy sikit, lasak.... plus excited nak jumpa member2 sekolah yg lain pun ya jugak...ala-ala mini Re-Union kat majlis nie... dah bertahun rasanya tak pergi mana-mana wedding member sekolah kawin. meriah mlm tu..seronok jumpa kawan-kawan lain yang dah bertukar rupa..dah beranak pinak, bawak pasangan dgn anak masing2.... Happy tgk life semua kawan-kawan ku yg bahagia... bila dah ramai-ramai nie dah mcm balik zaman remaja pulak... walaupun status dah berubah, ada tu perangai still x berubah... gamat majlis jadinya... but its fun night..event yg best... sempoi but meriah...

So di kesempatan ni Alang ni wish kat Sherliza aka Shellec & Affendy, Selamat Pengantin Baru sis, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.. Awak cantik sgt mlm tu... terkejut semua orang tau... ;)

so nak share sikit pic-pic sekitar majlis Akad Nikah member ku ine...


Majlis Akad Nikah Sherliza & Affendy
Lokasi : Dewan Nikah, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL
Tarikh : Jumaat 2hb May 2014
Masa : 9mlm




selfie dgn angah kejap sementara nak tunggu member2 lain sampai..


With lilte angah heheheh.. Indah 

sorry pic agak kabur..


Sewaktu Majlis sedang berlangsung. 

awak nampak nervous la Shellec...hehehe... ;)





Seronok jumpa u all semua... bila dapat jumpa lagi kan... ??


x sempat nak snap dgn semua orang sekali gus... dapat separuh-separuh je...ada yg kejar anak la, anak yg kena pg makan dulu la...hehehe.. so snap mana yg sempat ada je lah... but tu pun dah havoc dah... best.. fun... Hopely dapat jumpa u all lagi lepas nie.... 

all the best tuk semua...