29 September, 2009

Raya 2009...

Assalamualaikum... Kembali semula kita sesudah cuti...wuuaaa malas sungguh rasanya... So apa cerita raya korang??... kalau tanya tentanya cuti raya ku yg seminggu lebih ni, memang akan ku katakan cuti raya tahun ni, raya yg amat memenatkan... mana tak nya 1st year raya 2 kg sekali... huhhhh bak kata husband ku, dah mcm tour aidilfitri dah rasanya.... dari 1st raya sampai sampai la raya ke-8 ahad lepas, memang pagi keluar balik mlm... dah x terkira berapa rumah dah aku pergi... endingnya smlm aku MC, flat terus x boleh bangun...(alasan x masuk kerja lagi...hehehe).... dari Seremban, Gemas, Gemenceh, Kluang, Pasir Gudang, Melaka, Kota Tinggi, Air Bemban, Puncak Alam, Klang, Puchong, Sg Besi, Semenyih dll.. dah x ingat dah mana lokasi aku singgah.


Tapi tahun nie dlm sejarah jugak la, Pagi2 raya pertama terasa cemas jugak la, coz ayah ku kena di kejarkan ke bahagian kecemasan hospital besar Seremban, gara masalah di perutnya.. prolem bermula dari pukul 3pagi raya pertama tu, ingatkan ayah ku kata try bertahan sampai lepas sembahyang raya baru nak pergi check, akhirnya dia x tahan beralah jugak pegi hospital pagi2 raya tu dgn bj2 melayu, adik dgn husband ku siap samping lagi pergi hospital. nasib baik jugak x kena tahan wad, cuak jugak aku... ayah ku kena injek lepas tu blh balik. ptg tu bila agak kondisen ayah ku dah agak2 ok, kami pulang jugak ke kg dgn 2 kereta. aku bwk kereta ayah ku, kete ku husband ku yg drive. yg lawaknya, ptg tu jugak x lama sampai dah sibuk nk tour raya ke Gemenceh dah kg atuk ku..mak aiii bermula la kembara ku raya ini....
ok lah, nak sambung kerja yg dah sedia menanti dgn setia di ofis ni...kita sambung cit cat later k... daaaa....
aku dgn husband di ptg 1st raya
3- beradik

**kawan2 mcmana plan tour raya di KL pulak nie??... minggu ke-3 ok ke??

17 September, 2009

Salam Aidilfitri buat semua..

So esok kemungkinan aku akan mula bercuti raya selama seminggu... rasa mcm x sempat nak online dah esok... so kita nak beraya di alam maya ni dulu k...
Aku nk mohon ampun dan maaf pada sesiapa sehaja di sini sekiranya ada salah dan silap ku di mana2... dan dgn ucapan , SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN...
Selamat bercuti dan hati2 di jalan raya k.

16 September, 2009

Dinding Rumah ku..

Salam semua... agak2 apa persiapan korang utk raya kali ni??..kalau orang lain sibuk dgn baju raya, kuih raya dan sebagainya...adik ku pulak sibuk dgn dinding raya.... adeiii.... so just nak share kretiviti adik lelaki ini buat u all....

1. Setelah 6 hari bertungkus lumus..inilah hasilnyaa.... ok tak???

2. Sewaktu khusuk dgn lukisan dan segmen mewarna....